Sunday, June 16, 2013

Bukan Niat Nak Burukkan Cerita Man of Steel

at Sunday, June 16, 2013
Sapa dah tengok Man of Steel..??

Aku sebagai kaki wayang haruslah tengok. Walaupun terpaksa bersesah-sesah dengan ketiak orang, ahkak sanggup..!!

Filem yang rami orang tunggu kot.. so Jumaat lepas, ahkak bersama penternak lemak kesayangan pelan nak tengok Man of Steel.

Aku pun on saje memandang kan dalam hati nak tengok cerita Pee Mak buat kali kedua. Kah kah kah. 

Bila aku nak tengok cerita tu buat kali kedua, encik bam bam buat muka. Eh aku pang kang… 

Pasrah je aku bila beli tiket man of steel. Kalau tak best, siap..!!

Disebabkan aku baru balik kerja dan tersangat penat, aku berdoa biar cerita tu sehebat iron man or paling cikai pun Fast & Furious…

Padahal tiket aku pukul 8.30  malam, takkan lemau kot kan..

Suprisingly, masuk wayang pukul 8.30, pukul 9.30 aku dah tido.  9.30 okeh..!!!!

Ini bukan sebab penat, tapi sebab bosan..!!!! sumpah bosan..!!!!!

Aku baca review sana sini, semua kata best best best..! hello, tang mana bestnya. Aku bagi review based pada pandangan aku. 

Bukan aku sahaja yang kata movie ni slow, en bam bam yang suka filem action pun kata, “cerita ni slow la”

See… aku yang tak minat dah kata slow, ini dia sendiri kata. 

Walaupun aku tidur tidur ayam je, aku pasti, aku hanya dengar orang gelak sekali je. That’s it. Lepas tu sunyi…..

Pukul 11 en bam bam kejut aku, jom, movie dah habis… hahahaha… bengkek je dia, beli tiket mahal tapi aku bantai tidur. 

Aku tak tahu la kalau orang lain kata best, tapi pada aku, aku kasi rate 1/5 je.. tidak seperti yang aku harapkan. 

Jalan cerita terlalu heavy untuk budak-budak, dan terlalu serious. 


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review