Saturday, June 15, 2013

Kot Iye Pun, Janganla Kedaung Sangat

at Saturday, June 15, 2013
sejak dari kecik, aku dan keluarga aku memang bangsa makan kedai kedai kedai.

nak nampak dapur aku berasap, memang aku pitam beribu kali la. sebab mak aku malas masak. wakakakaka...

dapur tu berasap, kalau tak sebab kebakaran, takpun mak aku dapat rahmat dalam tidur dia. kihkihkih

jadi memang kitorang anak beranak biasa dah makan kedai ni.. beli bungkus je. 

kalau tak bungkus, makan dekat situ je. jadi mak aku selalu pesan something.

mak aku selalu kata, dalam banyak benda kita boleh beli dalam dunia, ada satu benda kita beli, jangan sesekali kita tawar menawar, iaitu makanan..!!

mak aku cukup pantang. kalau mahal pun, bayar je. jangan mintak murah ke hapa. kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.

jadi memang sampai sekarang aku pegang prinsip tu. memang aku ni kaki tawar menawar, tapi bab makan, never..!!

tadi aku pergi pasar malam. aku nak beli air. selalu memang aku beli kat satu pakcik ni.

standard la air pasar malam, singgit secawan. cuma kedai pakcik ni, jual air cendol, singgit setengah. tak kisahla kan, sebab air dia sedap. cendol pulak, bukan cendol bodoh gitu je.

masa aku beli, ada 2 orang pempuan tengah beli air. nampak gaya memang student.

yang sorang beli air biasa, sorang lagi beli cendol. mungkin sebab tak ada tanda harga, pakcik tu kata, 'seringgit setengah dik'

aku tengok dekat tangan dia ada 12 hinggit. bila dia dengan singgit setengah, dia boleh kata gini..

"SINGGIT BOLEH..??"

pftttttt......

pakcik tu balas, "cendol memang singgit setengah dik"

dia tawar lagi "singgit boleh tak?"


BOLEH...???????????

ada jugak makhluk gini....

aku pelik, bukan tak ada duit. tapi 50 sen tak mampu nak bayar. boleh pulak tawar menawar air secawan. aku tak tahula kalau dia memang bangsa kedaung..

pada aku, nak sedap, bayar lebih, nak murah, togok air paip je. lagi mahu bercendol-cendol. aku jendulkan baru tahu..

agak-agak ar kan. pakcik tu dah la susah, makin kau nak susahkan dia... 50 SEN JE CIK KAK OII...!



by Gadis Cantik


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review