Friday, January 18, 2013

Baru Sekolah Menengah, Dah Pandai Melatah "pantat"

at Friday, January 18, 2013 1 comments
Hah, amik ko...!!!! Tajuk memang takde lindung-lindung, main boo je aku letak ni. Hahaha

Aku tak faham dengan budak zaman sekarang ni, kalau marah je, pantat. Marah je, pantat.

Takpun melatah je, pantat

Aku dulu masa sekolah menengah tak ada pun kalau marah dengan kakak senior yang suka me 'ragging' tu, takdelah aku pantatkan dia. 

paling berani aku, "saya nak bawak mak saya jumpa akak..!"

hahahah.. tak kool betul, marah je panggil mak, gaduh je panggil bapak datang sekolah.

kejadian ni berlaku masa aku nak beli token LRT dekat area kampung baru. 

Disebabkan selama ni kalau naik lrt je, dengan berlagaknya aku main swipe kad saje, tanpa beratur depan mesin godang tu, sambil jeling-jeling yang tengah beratur dengan maksud 'ko hado..!'. hahaha..

Allah itu maha besar, lama-lama ko swipe, rata jugak duitnya kan... Sebab takde duit kecik nak top up touch n go (read: takdo duitt), jadi terpaksa kuis kuis purse beli token. hahaha Sadis sungguh kisah aku..

Masa tengah beli tu, tetiba kat sebelah aku, apa jadi entah, token takmo keluar agaknya, ada sorang budak terus marah, kemudian apa lagi, "pantat"..!

Tak pasal-pasal mesin tu kene pantat padahal benda tu tak berjantina pun. hahaha..

Dik oi, jaga bahasa sikit, muda lagi. masih pakai uniform sekolah lagi, lelaki nak ngurat pun, terkencing tengok kau maki mesin tu.

Ingat lagi, dulu kalau waktu sekolah aku mencarut sebut 'babi' ke, memang bersambal la bibir ni ibu tonyoh dengan lada.

Macam kene suntik la sekejap bibir ni, tebal sesado..

Budak budak sekarang ni, kalau tak belajar dekat rumah, sah sah belajar dekat sekolah. nak nak dapat member yang suke memantat 24 hours, aci berani kerat jari, mesti akan terikut-ikut. 

Tapi tula, yang suka memaki ayat lucah ni perempuan aja. Kalau nak dengar lelaki yang sebut anu diorang tengah marah, memang jarang la aku dengar.

Kalau la satu hari aku beli token lrt lagi, lepas tu tetiba ada yang memaki 'kote betul..!', memang kat situ jugak aku belahak dekah-dekah... hahaha

 

by Gadis Cantik

Friday, January 11, 2013

Jangan Tanya Kenapa Aku Tak Kawin Lagi

at Friday, January 11, 2013 0 comments
Walau aku dah umur 26, tapi masih belum kawin, adalah suatu perkara yang membuat aku orang paling looser sekali.

Perempuan yang belum mampu kawen dan tengok member lain kawin adalah sesuatu yang menyakitkan hati.

Yess... Walaupun ko tengok muka aku senyum or sebut tahniah kepada yang dah kawin, tapi dalam hati, aku rasa nak merempan.

Nak nak aku tengok yang kawin adalah lagi muda dari aku kan, mula la syaiton nirrajim meniupkan hasutan untuk mengutuk yang berbunyi, "Muda-muda gatal nak kawin...! Spender sendiri pun tak mampu beli lagi..." Hahahaha...

Sila kutuk aku sebab aku keji sangat... Ye itu perkara pertama yang aku pikir, kalau spender pun masih mak yang basuh, sila jangan gatal pantat nak kawen (geram pulak aku ni, hahaha).

Kadang-kadang aku tengok, yang suami tak habis degree pun lagi, tapi ko dah sibuk minang anak orang. Hello, ko tanggung bini dengan duit ptptn adalah sangat tak cool ok..

Oh ye tanggung bini dengan duit keluarga double tak kool, and double looser. Tapi aku sangat hairan, macam mana boleh jalan jugak majlis. Itu namanya jodoh ye kan..

Jodoh tak kenal orang tu duit berkepuk ke, boxer si suami masih beli pakai pinjaman PTPTN ke, janji kawin.

Ada sesetengah orang boleh tunggu, ada yang tidak. Kalau tanya aku, HARUSLAH TIDAK...!! hahaha.. Dasar gatal kan.

Tapi apa nak buat, perkahwinan bukan sahaja melibatkan aku, tapi keluarga jugak.

Ada sesetengah keluarga, yang sangat sporting. Tak kisah sape bakal menantu, janji berkerja, baik budi, dan mampu. Yang paling bagus, tak tanya berapa basic gaji.. hehehe..

Basic gaji paling tak tahan, tapi kalau rasa nak lempang tu siap tanya o.t berapa jam sehari... over la tu.. Yang palih gah sekali kalau bakal menantu pegawai kerajaan, konon stabil. Padahal anak sendiri, nak kata kerajaan, swasta pun tak boleh lepas. Cehhhh..!!

Kalau yang bakal menantu adalah engineer ke, menggelepor la kan pi tempah dewan, catering, pelamin, cuba kalau kerja biasa-biasa aje... Siap mikior siang malam macam mana nak tarbiah anak suruh putus. Sangat bangsat sekali.

Aku respect mak ayah yang tak kisah menantu adalah biasa, gaji basic pun seribu lebih aje, tak ada rasa yang 'oo anak aku degree, anak ko spm, jadi tak leh kawin', gituuuu...

Jadi apa yang buat aku tak kawin sampai sekarang...??? jawab nya omak den sangat cerewet...!!!!

yess, mak aku tak macam mak uolls. Mak aku kalau boleh nak anak menantu gaji 3 K, kereta paling bangsat pun Persona, kalau dibagitahu ada motor je, menjuling-juling matanya sebab tak suka.

bertahun-tahun aku dapat tentangan, tak pernah di setuju sapa pun pilihan aku. Namun disebabkan aku dah berumur 26, jadi dia pun macam dah slow down kan sikit tentangan dia tu.. huhuhu...

Itu dah cukup syukur dah pada aku sebab aku takot nak kenalkan En Ebob pada dia. Takot jadi macam yang dulu.

Aku bukan jenis yang pandai nak kenal-kenal dengan orang ni. Tak pandai nak tapis-tapis sapa kerja gaji banyak, sapa kerja gaji sikit, sangatla aku tak suka.

Kalau gaji sikit, aku boleh tolong sampai dapat gaji banyak, macam En Ebob.Mungkin dia tak suka En Ebob sebab kerja dia kotor, kerje bengkel, tapiiiiiiii boleh dikatakan gaji dia kalah gaji basic budak master.. 

I loikeee...! Tu yang awal bulan aku duk ngikis je... Hahahahaha...

Tapi omak den tu macam dah bagi green lite untuk kawin je.. Wehuuuu.... meloncat-loncat jantung ahkak deknon..



by Gadis Cantik

Wednesday, January 9, 2013

JOZAN vs JAMBU

at Wednesday, January 09, 2013 0 comments


Sekarang kan tengah hangat dengan Maharaja Lawak Mega kan. 

Bagi aku, aku minat gila dengan Jozan and Saywho. Dan En Ebob pulak minat dengan Jambu.

Buatla ape pun, kalau dah namanya Jambu, yang tak kelakar pun jadi kelakar.

Part yang dia selalu ulang yang "PUNCH LINE NYA ADA DI MANA-MANA, DI KOKDIANG... bla bla bla"

Hari-hari video tu yang diulangnya... Eeeee semak...! Terberanak taik aku tengok video tu hari-hari.

Pastu, aku saja la nak kenekan dia, Minggu 8 jambu tak best langsung..!

Pastu dia jawab, alah tu saje la tu, cemburu la tu, punchline nya ada di mana-mana, di kokdiang, di kluang 

PFTTTTT...~

by Gadis Cantik

Belum Kurus Lagi, Tapi Bolehla...

at Wednesday, January 09, 2013 0 comments

 Agak-agak nak lempang daku kerana tajuk di atas, silakan... Hahahaha
Gambar diambil pada minggu lepas. Agak-agak dah hilang pinggul unta aku yang selebar tayar lori 16, baru berani upload.

Sudah berani pakai skirt. Yeay...!! Dan pakai skirt adalah sangat selesa okeyh...

Aku kan dah masuk warga makcik-makcik. Dah tak berapa in nak pakai jeans.

Sebabnya ialah aku rasa jeans tu mendatangkan gatal-gatal pada kulit aku.

Selalu jugak kalau pergi dating dengan En Ebob, aku terkeruk-keruk.



 Bukan senang wei nak body gini.

Macam-macam pengorbanan aku buat, termasuklah say bye bye tu nasi kukus, nasi kerabu, nasi lemak, ayam penyet...

Tapi kadang-kadang tu memang terbabas jugak..

Reward katanya, REWARD...!!


by Gadis Cantik

Tuesday, January 8, 2013

Another Durian Crepe Yang Hurmmmm...~

at Tuesday, January 08, 2013 0 comments
Selepas badan aku digoncang oleh durian crepe yang maha sedap di Sweet Chat itu, jadi aku bincang-bincang dengan En Ebob Pujaan Jantung Pisang.

Jom, cari durian crepe yang home made yang lagi MORAH dan BANYAK nak..??

Morah dan banyak itu penting sebab aku dan En Ebob adalah bangsa kalau dapat makanan sedap tapi sikit, kompem bercakaran.

Bila dah berebut, kompemla badan aku yang bagai pahlawan ni akan menang, dan En Ebob yang berhati tisu itu akan merajuk berjam jam..! Pftttt

Ye, die kalau tak jaga perut die betul-betul, kompem merajuk.

Dan aku pulak, jenis kalau dah jumpa makan sedap, memang prinsip aku ialah "ngap dulu baru pujuk".. Kah kah kah..~

Kalau tak, nanti dahla aku yang pujuk, dan sah sah nak mujuk kene bagi makanan yang sedap tu, ahkak juga yang nganga.

Jadi aku search je dekat mudah.my, type durian crepe.

Mujur orang tu ada stok. Dan kitorang dengan tamak amik RM20 terusssss.. Hahaha untuk elak daripada bercakaran sebenarnya.

Sampai kat rumah je, terus ngap...! En Ebob dengan rakusnya makan tanpa ajak aku. Tahu tahu mulut dia duk ummm ummmm ummm..

Komen dia ialah, durian crepe yang kali ni tak se ngancam yang dekat sweet  chat tu.. Tak boleh lawan lagi. Murah memang murah, besar bapak ko punyei pun, kulit kuning mengilat, tapi kalau nak repeat order, memang tak la...

Yang dekat sweet chat tu memang mahal, tapi mahal yang puas...! bila ko makan, ko akan berfikir, patutla mahal...patutla sikit, tapi puas hati. Bila masuk dalam mulut tu, macam dilambung-lambung. Eh... hehehehe..

 
by Gadis Cantik

Tuesday, January 1, 2013

Durian Crepe...!!!!!!

at Tuesday, January 01, 2013 0 comments


Aku bukan jenis yang makan durian.

Tapi sebab bangsa bangsa di FB tu sudah crepe sana, crepe sini.. Jadi takkan aku nak cengang sorang-sorang kan.

Dekat KL memang tak susah nak cari crepe, tapi nak cari yang murah, memang semuanya duduk jauh-jauh.

Yang ni aku beli dekat Times Square sajok. 3 ketul besor tiga ibu jari harga 9 hinggit lebih.

Agak nak terberak jugak nak membayor, tapi nak merasa je. (Bayar sambil menangis dalam hati)

First aku beli dengan En Bam Bam. 

Kali pertama beli, ropenye memang tak menaikkan selera. 

Aku yang tak suka durian ni pun rasa was was. Jadi mari kita menggunakan khidmat kekasih tercinta yang suka makan ituwwwww... Hahahaha..

By, try makan dulu. Rupanya macam menakutkan la

Dia seperti biasa, bagaikan perut disorongkan nasi kenduri, amik satu, terus ngap....!!!

Masa tengah makan tu, bulat-bulat mata.

SEDAP YANG...!!

Dalam hati aku, hamboi orang tua ni sedap sangat ke..

Bila aku try, memang sodap...! Berbaloi aku membayornye 

Mana nak cari..? turun ke araf LG dekat Time Square tu, and cari SWEET CHAT..


Selamat Tahun Baru uolls..!

at Tuesday, January 01, 2013 0 comments
Macam biasa seperti tahun-tahun lepas, aku takde azam..

Malas nak ada azam ni, kang tak dapat capai, aku sorang yang meroyan.

Tapi memandangkan umur yang acik buyung yang menten lapanbelasssshhhh ini (hahahaha), makanya, aku membuat azam, iaitu NAK TUKAR STATUS..!!!

Hahahah.. penat la asyik status gf orang je... Kalau boleh tahun 2013 ni, nak dua status terus..!! Bini orang dan mak orang..

Mak orang ko..!!! Gelojoh bebenor. Kalau aku ni sebangsa dengan Diana Danielle yang sekali tembak terus kene tu, lain la cerita. Hahahaha..

Azam nak tukar status ni, memang dari tahun lepas aku verangankan. Tapi apa kan daya, nak menunggu En Bam Bam dapat kerja tu, bertaring aku menunggu.

Namun, we are waiting for the good news 3 hb ni...

Kalau jadi, tahun ni jugak boleh jalan. Hahaha.. Akhir tahun aku boleh post gambor anak aku.. hahaha..

Bongek.

by Gadis Cantik
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review