Selepas badan aku digoncang oleh durian crepe yang maha sedap di Sweet Chat itu, jadi aku bincang-bincang dengan En Ebob Pujaan Jantung Pisang.
Jom, cari durian crepe yang home made yang lagi MORAH dan BANYAK nak..??
Morah dan banyak itu penting sebab aku dan En Ebob adalah bangsa kalau dapat makanan sedap tapi sikit, kompem bercakaran.
Bila dah berebut, kompemla badan aku yang bagai pahlawan ni akan menang, dan En Ebob yang berhati tisu itu akan merajuk berjam jam..! Pftttt
Ye, die kalau tak jaga perut die betul-betul, kompem merajuk.
Dan aku pulak, jenis kalau dah jumpa makan sedap, memang prinsip aku ialah "ngap dulu baru pujuk".. Kah kah kah..~
Kalau tak, nanti dahla aku yang pujuk, dan sah sah nak mujuk kene bagi makanan yang sedap tu, ahkak juga yang nganga.
Jadi aku search je dekat mudah.my, type durian crepe.
Mujur orang tu ada stok. Dan kitorang dengan tamak amik RM20 terusssss.. Hahaha untuk elak daripada bercakaran sebenarnya.
Sampai kat rumah je, terus ngap...! En Ebob dengan rakusnya makan tanpa ajak aku. Tahu tahu mulut dia duk ummm ummmm ummm..
Komen dia ialah, durian crepe yang kali ni tak se ngancam yang dekat sweet chat tu.. Tak boleh lawan lagi. Murah memang murah, besar bapak ko punyei pun, kulit kuning mengilat, tapi kalau nak repeat order, memang tak la...
Yang dekat sweet chat tu memang mahal, tapi mahal yang puas...! bila ko makan, ko akan berfikir, patutla mahal...patutla sikit, tapi puas hati. Bila masuk dalam mulut tu, macam dilambung-lambung. Eh... hehehehe..
by Gadis Cantik
0 comments:
Post a Comment