Adik aku yang tembam tembun tu kalau bab mencukai aku memang no 1.
Tapi dia ni mudah sejak kecik lagi.
Kalau bawa pergi kedai, nampak menan, memang tak pernah tergolek tergeliat meraung-raung atas lantai suruh belikan.
Dia tahu, kalau dia buat peel begitu, bukan dapat menan, tapi dapat penampo je dari aku.
Sebab tu aku suka bawak dia pergi kedai. Kadang-kadang kalau dia nak sangat, contoh eskrem, dia akan mintak elok-elok.
Kadang-kadang ada time dompet aku 'tergeliat' tu, aku kasitau betul-betul tak dak duit, dia paham. Terus senyap.
kalau dia mintak eskrem koneto hat mahal pulak, dan sekali lagi dompet aku 'tergeliat' (manjang tergeliat ko ni peah), aku offer yang hat singgit punya, dia tak ada hal.. Belasah. Janji sejuk..!
Dah besar sikit, dia suka pula minum coolblog. Kalau order dengan bapak aku, manjang order rege 3 hengget ke atas.
Kalau dengan aku, memang tak dapek la. Aku kasi yang RM 1.80 punya pun, dia takda hal. Janji coolblog.
Baru-baru ni, aku pi bawa dia pergi supermarket, aku nak beli pad. Sebab dah bawak pergi kedai, kesian la pulak tak beli apa-apa. Aku cakap:
'Ha, amik la apa Atin nak. Tapi, JANGAN MAHAL-MAHAL'
hahahaha.. dasar kedekuit. Pastu dia pun pi la kutip benda yang dia nak.
Dah pilih tu, aku tanya berapa harga? Dia jawab:
'RM 2.00..!'
Pastu sampai dekat kaunter, cashier scan. Tet..! Keluaq harga RM 3.00
Balik rumah aku tanya:
'Tadi kata 2 hengget je jajan tu, kenapa jadi 3 hengget'
Dia bidas:
'Betul la... 2 ringgit 99 sen..!!'
Masa aku tanya tadi, tak keluar 99 sen pun. Dan dan dah bayar keluar 99 sen. Kene cong aku kali ni
Wednesday, November 20, 2013
Friday, November 15, 2013
Result UPSR Adikku Yang Embam-ambam
Aku dapat menjangkakan mak aku akan kekal jadin singa jadian barang seminggu dua
adik aku kata, mak aku buat hantaran sirih junjung pun kemain berhari-hari tak siap lagi.
tu stress la tu anak kesayangan dia dapat 2A je. Ada C pulak tu kan. Naik hantu la orang tua tu.
Kepantangan betul mak aku anak dapat C. Mak aku bukan jenis mudah mendapat keredhaan macam mak hampa kalau result dapat teruk...
Dia membebel tu, kalau tadah pakai beldi, penuh air liuqq dalam beldi. Kalu buleh, buat mandi teruih, mujarab untuk jadi pandai. hahaha
Tu belum campur adik aku hat sorang lagi yang membebel. Tiap malam duk mengajar matematik.
Hat tu tak payah tadah air liuq. Dia punya bebel je dah boleh buat mak aku tak payah siram pokok bunga selama seminggu..!
Nak kata tak rajin pergi sekolah, jarangla nak dengar dia monteng. Orang lain habis pereksa, berkeliaran satu kampung, tak pergi sekolah dah, dia masih semangat ke sekolah.
Dia bab belajar ni, nak nak matematik, memang kemain selowww sangat...
Kalau bab gosip skandal kakak-kakak dia, kemahen...
Dari Fadli, Nazri, Ashraf, Wan balik semula ke Nadzri, buleh hafal turutan sampai buleh patah balik lagi..
Kalau matematik, sampaikan adik aku keluar ayat gini..
"Aku ni rasa nak bunuh je ko ni Fatin...!!"
kuikuikui...
Mak aku kalau mengajor, tak adanya nak slow slow, tak dapat je, zassss...!! Tu pasal dia masuk darjah 1, dia dah boleh membaca.
Ingat lagi, dulu cikgu english aku memang garang nak mampus.. dia ni memang bangsa tak dapat je, zasssssss... Sama keturunan dengan mak aku ni..
Sebab tu dalam kelas dia, budak-budak proaktif. Otak ligat memikir sebab tak nak kene sebat.
Mak sekarang, anak kene libas sikit pun dah meroyan dalam pesbuk.
Si tembam ni memang tak pernah kene libas dengan mak aku, tu yang 2A je. Kalau kene, mahunya 5A
Si tembam ni belum lagi mengadap aku lagi ni.
Monday, November 11, 2013
KIMBALL Pun Dah Ada Produk Non-Halal: KIMBALL CHIU.. (terbaikkkk)
Ok, ni bukan aku nak propa, tapi memang ada kat market, depan biji mata aku..
hat ni aku tak cilok kat mana-mana page. Cuma aku tak dan nak ambil gambar sebab tak bawa phone tadi..
kisahnya, tadi aku keluar dengan adik aku yang embam embam..
kalau bawak embam tu, memang aku asyik kene cukai la...
So aku pi supermarket cokia depan rumah.
Lepas dah kene cukai, aku nak cari barang aku pulak, masa nak ke eskulator tu, aku lalu dekat satu section non-halal food.
Selalu kalau aku lalu, memang aku perasan, takde pun brand yang aku selalu guna kat rumah.
Tapi kali ni, aku jeling, ada bottle sos cili dan sos spagetti dekat situ. Bila aku tengok betul-betul, jenama KIMBALL okeh...!!
Brand ni memang ada keluarkan non halal punya produk ek selama ni
ke aku yang bebal ketinggalan zaman..
Kat situ dia tulis "KIMBALL CHIU"
Sebab aku ni hari-hari layan drama Hongkong, chiu is ba alif ba ya..
Aku bukan apa, risau sebenarnya, sebab yang pakat datang tu, orang tua-tua.
Mana la orang tua ni nak paham chiu tu apa. Diorang ni nak senang je, kalau ada yang dekat, diorang main angkat je. Mana nak baca benda lain hat tepek-tepek kat kertas kecuali harge.
Nak nak bila ramai dah boikot Prego, so semua berarah Kimball. Aku harap diorang packing food non-halal ni kat kilang berbeza la ya, lori berbeza, eh bak kata semua kene berbeza la.
Friday, November 8, 2013
Perempuan Bertudung Ni Pemalas..!
Firstttt....
This word bukan dari aku.. Kene bagitahu awal-awal, kang ahkak dicerca..
Nak cerita pengalaman aku pergi interview 2 tahun lepas.
Banyak-banyak interview, ini la pertama kali aku sangat offended bila interviewer tu komen pasal perempuan bertudung.
Aku interview dekat company kecik je, bukan la company bisness besar-besar tu, tapi school untuk kanak-kanak istimewa..
Aku dapat kerja tu, tapi, ada satu rule yang aku tak boleh ikut.. iaitu...
AKU TAK DIBENARKAN BERTUDUNG...
pfttt.. sangat taikkk...!!
Bila aku tanya why..??
Macam-macam alasan dia beritahu. Antaranya budak-budak kat sini istimewa, jadi kalau mereka nampak orang berbeza sikit dari diri mereka, mereka akan tanya macam-macam.
Tapi aku dapat merasakan itu bukan sebab budak-budak tu.. tapi...
Ade satu alasan yang diberi, katanya, most parents yang hantar anak dia dekat situ, TAK SUKA PEREMPUAN BERTUDUNG...
They assume:
PEREMPUAN BERTUDUNG PEMALAS
PEREMPUAN BERTUDUNG TAK BOLEH BUAT KERJA
PEREMPUAN BERTUDUNG NOT FLUENT IN ENGLISH...!!
Seriously..??
Aku tahu company jenis mementingkan customer... Student lari, duit lari
Aku dapat rasa company ni tak berapa nak sensitive hal agama, so aku decide NOT TO ACCEPT THE JOB...
Lepas aku habis degree dulu pun, pernah interview dekat 1 syarikat ni... Manager dia omputih...
Same question dia bagi sebijik kat muka aku...
"When I saw you in baju kurung, I deeply feel that you cant do this work."
Aku dapat rasa mereka ada satu pendapat mengenai orang yang bertudung, berbaju kurung.. iaitu..
TAK PANDAI BUAT KERJA
Then last month ex boss aku ada buat presentation dekat Romania.
So aku advice dia...
"Kalau Puan decide untuk pakai baju kurung pada hari presentation, boleh. Tapi pakai coat"
Dia macam faham apa aku maksudkan.. Ada sesetengah orang fikir orang yang bertudung is dumb..
So, aku pesan "wear the coat. Look presentable and sophisticated."
Sebab tu bila aku interview company swasta, memang tak la aku pakai baju kurung...
Wednesday, November 6, 2013
Tak Jadi Bertunang
FIRST.....
Bukan aku yang bertunang... kihkihkih...
Ye, aku tahu ramai menanti, ahkak tak famous macam Che Ta yang buat pre wed sampai ke Paris..
Gila uolsss..!!
Disember ni adik aku yang gemuk bunch... tu nak tunang.. Dapat orang Perlis..
Adik aku tu dulu player sikit, sana sini di torai nya...
Banyak yang sebelum ni ditorai, semua mak aku reject..! Jelita ke tidak jelita ke, memang kalau tak kene di mata, mak aku reject...
Cuma yang ni mak aku tak reject la, walhal masa mula mula kenal, bakal adik ipar aku kata muka mak aku macam singa jadian... bekeng semacam..!
Tapi lama-lama, kalau pergi KL, tiap kali tu jugak nak jumpa bakal menantu..
Dan patutnya bulan 12 ni kami sekeluarga je pergi sebab bertunang je.. mak aku pun kata malas nak naik kereta, bas je sudehhh...
Tapi, hari ni... lain pulak ceritanya...
Bakal besan tepon mak aku, dia kata tak payah tunang...
NIKAH TERUS...!!!!
hahaha... tinggal sebulan je wei....
mak aku gelabah la... macam macam kene pikir.. tu belum campur plan nak jahit kain sepapan.
kononnya sedondon... I is pengsan
Aku tak sanggup nak masuk geng merhaban lagi...
Dan yang paling terkejut, family sepupu aku pun nak ikut...
Hamboi, tak padan baru lepas beranak mak aku kata... hahahaha.. takpe, lagi ramai, lagi meriah...
Tema baju tak decide lagi... aku terpikir-pikir nak kuning sebab kalau en bam bam pakai kemeja kuning, dia punya comel, macam minion hat paling gemuk tu... hahahaha
Bukan aku yang bertunang... kihkihkih...
Ye, aku tahu ramai menanti, ahkak tak famous macam Che Ta yang buat pre wed sampai ke Paris..
Gila uolsss..!!
Disember ni adik aku yang gemuk bunch... tu nak tunang.. Dapat orang Perlis..
Adik aku tu dulu player sikit, sana sini di torai nya...
Banyak yang sebelum ni ditorai, semua mak aku reject..! Jelita ke tidak jelita ke, memang kalau tak kene di mata, mak aku reject...
Cuma yang ni mak aku tak reject la, walhal masa mula mula kenal, bakal adik ipar aku kata muka mak aku macam singa jadian... bekeng semacam..!
Tapi lama-lama, kalau pergi KL, tiap kali tu jugak nak jumpa bakal menantu..
Dan patutnya bulan 12 ni kami sekeluarga je pergi sebab bertunang je.. mak aku pun kata malas nak naik kereta, bas je sudehhh...
Tapi, hari ni... lain pulak ceritanya...
Bakal besan tepon mak aku, dia kata tak payah tunang...
NIKAH TERUS...!!!!
hahaha... tinggal sebulan je wei....
mak aku gelabah la... macam macam kene pikir.. tu belum campur plan nak jahit kain sepapan.
kononnya sedondon... I is pengsan
Aku tak sanggup nak masuk geng merhaban lagi...
Dan yang paling terkejut, family sepupu aku pun nak ikut...
Hamboi, tak padan baru lepas beranak mak aku kata... hahahaha.. takpe, lagi ramai, lagi meriah...
Tema baju tak decide lagi... aku terpikir-pikir nak kuning sebab kalau en bam bam pakai kemeja kuning, dia punya comel, macam minion hat paling gemuk tu... hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)