Monday, November 11, 2013

KIMBALL Pun Dah Ada Produk Non-Halal: KIMBALL CHIU.. (terbaikkkk)

at Monday, November 11, 2013
Reactions: 
Ok, ni bukan aku nak propa, tapi memang ada kat market, depan biji mata aku..

hat ni aku tak cilok kat mana-mana page. Cuma aku tak dan nak ambil gambar sebab tak bawa phone tadi..

kisahnya, tadi aku keluar dengan adik aku yang embam embam.. 

kalau bawak embam tu, memang aku asyik kene cukai la...

So aku pi supermarket cokia depan rumah. 

Lepas dah kene cukai, aku nak cari barang aku pulak, masa nak ke eskulator tu, aku lalu dekat satu section non-halal food. 

Selalu kalau aku lalu, memang aku perasan, takde pun brand yang aku selalu guna kat rumah. 

Tapi kali ni, aku jeling, ada bottle sos cili dan sos spagetti dekat situ. Bila aku tengok betul-betul, jenama KIMBALL okeh...!!

Brand ni memang ada keluarkan non halal punya produk ek selama ni

ke aku yang bebal ketinggalan zaman..

Kat situ dia tulis "KIMBALL CHIU"

Sebab aku ni hari-hari layan drama Hongkong, chiu is ba alif ba ya..


Aku bukan apa, risau sebenarnya, sebab yang pakat datang tu, orang tua-tua. 

Mana la orang tua ni nak paham chiu tu apa. Diorang ni nak senang je, kalau ada yang dekat, diorang main angkat je. Mana nak baca benda lain hat tepek-tepek kat kertas kecuali harge.

Nak nak bila ramai dah boikot Prego, so semua berarah Kimball. Aku harap diorang packing food non-halal ni kat kilang berbeza la ya, lori berbeza, eh bak kata semua kene berbeza la.

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review