Friday, November 15, 2013

Result UPSR Adikku Yang Embam-ambam

at Friday, November 15, 2013
Reactions: 
Aku dapat menjangkakan mak aku akan kekal jadin singa jadian barang seminggu dua

adik aku kata, mak aku buat hantaran sirih junjung pun kemain berhari-hari tak siap lagi.

tu stress la tu anak kesayangan dia dapat 2A je. Ada C pulak tu kan. Naik hantu la orang tua tu.

Kepantangan betul mak aku anak dapat C. Mak aku bukan jenis mudah mendapat keredhaan macam mak hampa kalau result dapat teruk...

Dia membebel tu, kalau tadah pakai beldi, penuh air liuqq dalam beldi. Kalu buleh, buat mandi teruih, mujarab untuk jadi pandai. hahaha

Tu belum campur adik aku hat sorang lagi yang membebel. Tiap malam duk mengajar matematik. 

Hat tu tak payah tadah air liuq. Dia punya bebel je dah boleh buat mak aku tak payah siram pokok bunga selama seminggu..!

Nak kata tak rajin pergi sekolah, jarangla nak dengar dia monteng. Orang lain habis pereksa, berkeliaran satu kampung, tak pergi sekolah dah, dia masih semangat ke sekolah.

Dia bab belajar ni, nak nak matematik, memang kemain selowww sangat... 

Kalau bab gosip skandal kakak-kakak dia, kemahen...

Dari Fadli, Nazri, Ashraf, Wan balik semula ke Nadzri, buleh hafal turutan sampai buleh patah balik lagi..

Kalau matematik, sampaikan adik aku keluar ayat gini..

"Aku ni rasa nak bunuh je ko ni Fatin...!!"


kuikuikui...

Mak aku kalau mengajor, tak adanya nak slow slow, tak dapat je, zassss...!! Tu pasal dia masuk darjah 1, dia dah boleh membaca.

Ingat lagi, dulu cikgu english aku memang garang nak mampus.. dia ni memang bangsa tak dapat je, zasssssss... Sama keturunan dengan mak aku ni..

Sebab tu dalam kelas dia, budak-budak proaktif. Otak ligat memikir sebab tak nak kene sebat.

Mak sekarang, anak kene libas sikit pun dah meroyan dalam pesbuk.

Si tembam ni memang tak pernah kene libas dengan mak aku, tu yang 2A je. Kalau kene, mahunya 5A

Si tembam ni belum lagi mengadap aku lagi ni.

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review