Wednesday, November 20, 2013

Dua Ringgit @ Tiga Ringgit

at Wednesday, November 20, 2013
Reactions: 
Adik aku yang tembam tembun tu kalau bab mencukai aku memang no 1.

Tapi dia ni mudah sejak kecik lagi.

Kalau bawa pergi kedai, nampak menan, memang tak pernah tergolek tergeliat meraung-raung atas lantai suruh belikan.

Dia tahu, kalau dia buat peel begitu, bukan dapat menan, tapi dapat penampo je dari aku.

Sebab tu aku suka bawak dia pergi kedai. Kadang-kadang kalau dia nak sangat, contoh eskrem, dia akan mintak elok-elok.

Kadang-kadang ada time dompet aku 'tergeliat' tu, aku kasitau betul-betul tak dak duit, dia paham. Terus senyap.

kalau dia mintak eskrem koneto hat mahal pulak, dan sekali lagi dompet aku 'tergeliat' (manjang tergeliat ko ni peah), aku offer yang hat singgit punya, dia tak ada hal.. Belasah. Janji sejuk..!

Dah besar sikit, dia suka pula minum coolblog. Kalau order dengan bapak aku, manjang order rege 3 hengget ke atas.

Kalau dengan aku, memang tak dapek la. Aku kasi yang RM 1.80 punya pun, dia takda hal. Janji coolblog.

Baru-baru ni, aku pi bawa dia pergi supermarket, aku nak beli pad. Sebab dah bawak pergi kedai, kesian la pulak tak beli apa-apa. Aku cakap:

'Ha, amik la apa Atin nak. Tapi, JANGAN MAHAL-MAHAL'

hahahaha.. dasar kedekuit. Pastu dia pun pi la kutip benda yang dia nak.

Dah pilih tu, aku tanya berapa harga? Dia jawab:

'RM 2.00..!'

Pastu sampai dekat kaunter, cashier scan. Tet..! Keluaq harga RM 3.00

Balik rumah aku tanya:

'Tadi kata 2 hengget je jajan tu, kenapa jadi 3 hengget'

Dia bidas:

'Betul la... 2 ringgit 99 sen..!!'

Masa aku tanya tadi, tak keluar 99 sen pun. Dan dan dah bayar keluar 99 sen. Kene cong aku kali ni


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review