Tuesday, February 1, 2011

Habis RM 200 yawww.!

at Tuesday, February 01, 2011
Kentang tak kentang, aku habis dekat RM 200 masa shopping dekat SOGO dan Jalan TAR masa tu... haihhhh... Salahkan Sogo ok, kenapa banyak sangat papan tanda ATM dalam bangunan tu. Jalan sikit ATM, jalan depan lagi ATM... Cuba la kan, buat papan tanda ASB ke... Bagi keinsafan sikit pada yang tak insaf-insaf.. Manusia yang tak insaf, mesti yang cantik-cantik... Hak hak hak...


Betulll, cuba kalau takde ATM, xdelah aku nak keluarkan duit, takde la aku nak tekan 'Pengeluaran Tunai', takdelah hujung-hujung bulan, 'Baki Anda Tidak Mencukupi'.. Salahkan ATM, salahkan ATM.. Takdelah hujung bulan, 'Papa, nak duit...~' Memang kene lempang..


Jom tengok apa yang aku beli...



Part baju aku nak kasi cerita ni.. Punya susah nak carik baju yang murah kan, semua harga 40 lebih ke atas... Jalan punya jalan, nampak baju murah... Aku budget, walau saiz XL, mesti macam mak gajah dah nak beranak untuk kali kelima.. Masuk fitting room, muka pasrah, muat tak muat, kita tengok dulu...


Sekali longgar uolsss...!!! hak hak hak... Terus angkat saiz L... Keluar fitting room, muka berlagak, hidung kemain tinggi. Aku saiz L wei, saiz L...!!!



Baju 15 hinggit.. Made in Jalan TAR.. Yang ni pun pasrah muat tak muat.. Sekali bila pakai, memang cun meletop la... Ni pak imam tengok aku pakai, boleh lupe tertib wuduk ni... Hak hak hak




Shawl Jalan TAR. Dah jalan 3 jam, baru jumpa yang berkenan.. Cari tudung pun, macam bercinta..

Cantik kan...? Ketat dan seksi...(maksud aku bajunye yang ketat, hahaha)... Tapi kain jenis memeri, memang terbaik ah kalau aku yang pakai...



Ceria pasal seluar pulak... Dulu-dulu kan, aku kalau nak beli jeans perempuan, mesti selalu sentap, sebab aku dulu saiz 36 kot..ulang ye, 36... Standard size untuk ikan paus.. Pastu kalau untuk ladies, maksimum ialah 33... Mana muat kan, bila nak masuk pinggul je, macam berperang dengan kereta kebal dia punya berpeluh.. Lepas tu, tambah pulak perlian dari pihak mulut laser, tula, sape suruh gemuk sangat, nak cari seluar pun kene pergi bahagian lelaki baru ade saiz ko...


Sentap nya mampu untuk aku mengarang Warkah Terakhir Hidup Cik Peah..


Say no to 36, say yes to 32, 33, 34.. Just say it babyyy...!!!! Oh yeahhhh.... Tapi 32 tu sempit sikit la, tapi boleh butang ok.... Yang penting boleh zipppp... Pinggul aku ni kan macam Rozita Che Wan sikit, 32 kira gila kentang seksi la... hik hik hik


2 comments:

mama_iris said...

hehhe...tahniah2..dah berjaya mengecikkan nyaa....bestnya soping banyak2...hwaaa!!gaji lom masyukkk!!

Fariha said...

shopping memang best mama_iris..pejam mata je bayar...bile dah hujung2, tahu la langit tu tinggi atau rendah..huhuhu

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review