Monday, October 31, 2011

Gambar Konvo Sudah Siap

at Monday, October 31, 2011 0 comments

Yeay...!! Nasib baik senyuman itu sangat menawan, dapatla menutup kecacatan badan yang bak RED HIPOPOTOMUS itu..




Tema adalah merah, dan mak aku tu yang paling beriya suruh pakai merah. 

Dari atas sampai bawah. 

Kalau pakai baju transperant, bra pun wajib ikut tema. 

Arggghhh.. Tension acik. Family aku je kot.. 

Dahla sama dengan uniform  tentera yang main pancaragam tu kalern merahnya

Lagi tension..!!

Ada lagi, orang lain bunga kecik-kecik, bunga adik aku special case.. Macam bunga orang letak kat kepala zaman dolu-dolu..

Takpelah. Janji adooooo..

Aku konvo, TAK NAK BUNGA ITEWWWWW..!!!


Sunday, October 30, 2011

Papa Roti Yang Nom Nom Nom

at Sunday, October 30, 2011 0 comments

Kalau pergi carefour, bende wajib dibeli adalah ini.. Rasanya ala-ala roti boy jugak. Bila masuk dalam mulut, adalah nikmat gilak.. Roti ni selalu jual panas-panas. Baru sedap makan.. Kalau dah sejuk, boleh masuk dalam oven, panaskan balik.. Jadi enggak perlu riso bahh.. Jemput makan.. Nom nom nom..


Bye Bye Olss

at Sunday, October 30, 2011 0 comments

Ai olss nak balik kampung..! Yeeehaaaa... Angre angreeeeee... Rasa lama je tak balik.. Eh baru sebulan lebih.. Disebabkan kali ni cuti 2 minggu, apa lagi bergumbira la acik..! Kalau takat seminggu, nak buat sekilo lemak pun tak cukup.. Walopun dekat yo, tapi malas gilakkk... Ok lah bas iolls dah gerak.. Nak mabuk pulak rasa naik bas 2 tingkat ni..

Thursday, October 27, 2011

Tak Semua Mak Saudara Berhati Baik

at Thursday, October 27, 2011 0 comments
Cerita ni baru je lagi.

Dalam 2 minggu lepas kot, mak aku kol..

Biasalah tanya khabar, pok pek pok pek..

Tetiba terbukak cerita pasal mak saudara aku ni. 

'Siang tadi ibu berbual dengan ****'

'Dia nak apa ibu..??'

'Saja berborak, dia ada tanya pasal kau'

'Pasal apa..?'
'Dia tanya la kau kat mana sekarang, pastu ibu jawabla kau dekat UPSI amik master. Pastu ade ke dia cakap, tula amik course yang bukan-bukan, kan dah susah dapat kerja'


(LANCAU GILA MULUT)

'Dia cakap macam tu..? Habis ibu balas apa..?'

'Ibu geram, ibu cakapla EH, DIA AMIK PENDIDIKAN, KELUAR NANTI JADI LECTURER. Pastu ibu tanya la, ANAK KAU YANG SI **** BUAT APA SEKARANG..??'

'Dia jawab apa bu..?'

'Dia kata la anak dia tengah mohon rayuan nak masuk UITM course Visual..'

Dalam hati aku, LIKE HELLO..! 
Kau kutuk aku, tapi anak kau sendiri yang buat perkara tu..

Hek eleh, kalau kau kata anak kau nak rayuan medic, aku bangga la jadi anak sedara ko, tapi like hellll... 

Itupun rayuan..!!

At least aku amik subject science.. ANAK KAU..??????

Konon mengaku 8A straight dalam FB, padahal NAN ADOOOOOOO...!!

Berbulu aku, berbulu...


'

Tuesday, October 25, 2011

Cara Sejukkan Laptop Yan Panas

at Tuesday, October 25, 2011 0 comments

Laptop lama aku ni, memang cepat panas.

Bukak 5 minit, panasnya sampai kau boleh masak air kat sebelah bahagian yang panas.

Masak meggi pun boleh cik senanh oiii..

Bila pakai cooler pad, tunggulah sampai KLCC tu berkembar 4, tetap akan panas.
Bila panas laptop, hati tu mula panas la kan

Puas mikir, takkan nak heret kipas sebesar alam dekat dengan meja??

Last-last baru aku teringat, aku ada dapat free kipas masa beli laptop baru



Mula-mula dapat tu, macam-macam persoalan la timbul

Apa motif dia bagi aku benda ni..??

Kau ni ada function ke dalam hidup..??

Cewah, persoalan tak boleh belah

 

Bila pasang, tak sampai seminit, dah sejuk okay.. Hilang semua panas di laptop. Maka hilang la panas di hati .

 Nak pakai pun sonang.

Cucuk je pada USB... Nanti kipas dia berputar-putar..

Laju ok, tak macam cooler pad tu, ada kipas pun, kipas sendu..!!


Sunday, October 23, 2011

Boyfriend Baru Saya

at Sunday, October 23, 2011 0 comments
 Pink gituuuwwww....

Disebabkan yang lama tu macam hantu kongkang, maka dengan tekad membeli yang baru.. 

Yang lama tu, dah tak syiok.

Play video pun sangkut-sangkut. Apa kejadahnya aku letak ram tinggi, tapi sangkut medang

Memangla mengundang kemarahan di hati..

Maka aku carikan kau madu yang lebih selim, stylo, dan aummmm.. 

Walaupun dia jambu, tapi inilah yang aku usung sana sini.

Orang nak sentuh pun, jelingnya macam nak menyentuh laki aku..

Lihat je la laptop lama ni, memang sedih.
Nak bawak pergi library pun pikir patpoloh kali. 

Disebabkan kau sudah nazak sana sini, maka dapatlah madu baru.. Dan aku sangat sayang pinky ku...




Musuh Utama Wanita

at Sunday, October 23, 2011 0 comments
 Adalah melipat baju..!!

Huruf M yang sangat besar menghempap kepala ni..

Nyut nyut bunyinya.

Badak pun tak semalas kau la kak peah.

Selepas tersadai beberapa hari di ampaian, baru datang rahmat nak mengangkat.

Itu pun sebab terbau ada orang goreng ikan masin.

Sepantas kilat, Zassssss sap sap sap bawak masuk dalam bilik.

Boleh tak aku kepam seminggu baju ni.. Next round punya basuh baju baru lipat.

Kah kah kah..


Eh baru minggu ini ye fenomena di atas dapat dilihat. 

Selalu memang laju je, lipat terus campak dalam lemari. 


Captain America: The First Avenger (2011) - Download

at Sunday, October 23, 2011 0 comments


Masa tengok cerita ni, aku adalah tengah mengira-ngira anak kambing.. Means mamai-mamai nak tido. Lama kot cerita ni. Aku bukan boleh tengok cerita lama-lama. Mula la hilang fokus. Tengok-tengok, dah THE END. ekekeke


Sinopsis:

After being deemed unfit for military service, Steve Rogers volunteers for a top secret research project that turns him into Captain America, a superhero dedicated to defending America's ideals.

Monday, October 17, 2011

Suaramu Menyentap Jiwaku.. (Dadali Band)

at Monday, October 17, 2011 0 comments

    

Demam lagu indon sudah melanda lagi.

Selama ni aku dah stop nak menyukai lagu-lagu seberang.

Tetapi lepas dengar lagu Dadali Band, melodi dia buat aku adehhhh adehhhh adehhh

Terus jatuh cinta okeh...

Dan sejak saat itu, pagi petang malam, nak tido, lagu ni je layan.. 

Pasti roomate aku muntah kalau aku tak pakai earphone bila play this song. 

Ni pun dia dah mual-mual, bila tengok aku nyanyi penuh perasaan.

Dengan buat muka kerut-kerutnya konon boipren lari. Kah kah kah


Sunday, October 16, 2011

Akhirnya En Bam Bam Pasrah, Walaupun...

at Sunday, October 16, 2011 0 comments
Kisah sambungan cerita "Sangat Kecewa"..

Jadi bila dah 2 jam mesej, aku balas macam air batu je, sejuk, kejung keras macam tiang gol.

Jadi dia pun tanya, "Are u ok sayang..??"
Selepas 2 jam, baru nak tanya ok..! Grrrr...

Bila dia dah tanya soalan tu, maka terluahla semua kemarahan yang ditanggung dari malam tadi..

Walaupun aku sudah menggunakan pujuk rayu untuk kesekalian kalinya untuk petang ini, maka, memang dah tak dapat di bendung lagi, bila je dia cakap..

"Ayang boleh terima dengan ikhlas kan semua ni ??"

Dengan tegasnya, aku jawab...

" Ayang tak nak...!!!!"
Yes, aku melawan. Kih kih kih...

Korang pun dah boleh agak apa jadi..

ye, En Bam Bam saya sudah merajuk dengan jayanya.. yeay..!!

Dan saya telah pulih dari merajuk dengan bangganya...

Terus aku mesej, "Thanks baby sebab bagi ayang pergi" (Saja bakar line)

kah kah kah.. 

Sangat PUASSSSSS...!!!!


p/s: malam karang pujukler.. Alah, jauh mana sangat pun merajuk lelaki, sekejap je tu (sedap kan hati, walaupun...)


Sangat Kecewa

at Sunday, October 16, 2011 0 comments
Semalam adalah hari bermanja-manja dalam telefon bersama En Bam Bam.. 

Bila mood tengah cantik, mood romantik.. Aku pun mula la nak memasang jarum, nak bagitahu yang aku nak attend wedding member dekat KL minggu depan.
Bila dah kasitahu tu, aku budget, idokler dia kata apa-apa. Macam selalu, dia akan pesan, hati-hati, jalan tengok kiri kanan, jangan noty..

Tapi semalam adalah lain..!!

Dengan tidak semena-mena, dia kata NO..!!!!

O MAI MAI. Adalah sangat bukan dia bila aku mintak sesuatu, dia kata NO..!!

Selalunya, OK AYANG...~

Tsk... Memang sedih habis. Sebab aku dah berjanji dengan member akan datang wedding dia sepuluh bulan yang lepas. 

Dan sebagai tanda protes kepada En Bam Bam kerana tidak benarkan saya pergi, maka mesej mesej hari ini, adalah SEJUK SEPERTI AIR BATU. Sekian.~

Saturday, October 15, 2011

Perangai En Bam Bam Saya

at Saturday, October 15, 2011 0 comments


Hayati perbualan kami di bawah;

Situasi adalah di atas motor dan En Bam Bam telah melanggar lopak yang besar.. Grrrr

Eeee baby ni, takkan tak nampak lubang tu.. Suka langgar lubang

Ala, dah tu..??? Nak lalu semula lubang tu..pastu elak ?

Grrrrrrrrr



Situasi kedua adalah bila awek nye membangkitkan hal untuk berjumpa bakal mertua

Baby dah sedia nak jumpa ibu..??

Hurmm.. Kalau time nak jumpa, by cakap "ye saya..??" boleh ? (dialog Abang Long Fadhil bila nak lari dari penyangak dalam filem KL Gangster

Grrrrrr lagi sekali...!


Situasi ketiga adalah di kedai makan, bila nak pilih menu makan.

By nak daging.

Takleh. Makan ayam ye..??

Nak daging, nak nak nak nak nakkkkkkkk

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr


Thursday, October 13, 2011

Tahniah Kawan..

at Thursday, October 13, 2011 0 comments
First, syukur gila kau dah tunang.

Second, syukur giler kau nampak gemuk.. Kah kah kah...

Third, kire aku ni medium antara kau dan jodoh kau 6 tahun lepas.. Kan.? Kalau tak kerana aku ajak kau duduk rumah aku lepas SPM dulu, tak mungkin kau jumpa dia kan...













Tahniah kawan ku yang montel. After this sila lupakan skandal-skandal pakai buang ko tu ye. Dah rimas aku dengar...

Turn aku..???

Aku cekik abang peah sampai mati pun, belum tentu dia nak masuk minang.. Tskk..! MENCIK..!!!


Nak Buat Reunion..??? (Dalam mimpi la..)

at Thursday, October 13, 2011 3 comments
Aku dah dengar desas desus yang somebody nak buat reunion untuk kelas 'kesayangan' aku dulu. Kelas yang mana??? 

Malas acik nak bagitahu. Yang penting budak-budak nya memang kehlas akak kata ni..

Cakap pasal reunion, well, first its suck...!!!!

SEBAB..?????

Suck bila kita dah pernah jadi organizer, tapi no one come.. Its suck and fuck..!! 

Boleh percaya, hanya 3 4 people je yang datang..

Serius kejadian ni berlaku bila one of my friend adakan reunion. 

Of course la dia buat iklan bagai dalam FB, dan yang lain, kemain beriya ni, "ye ye aku datang".. Siap yang group satu lagi pun, pun beriye cakap nak datang secara car pool, KONONNYA LAH..!!

Sekali pada hari yang dijanjikan, campur diri aku, hanya 4 orang.. Dan termenungla 4 orang itu tak tahu nak buat apa..

Cerita yang lain pulak...

Diadakan jugak reunion, budak kelas yang sama.. Jadi aku yang kepoh ni, tanya la..

"Pasal apa korang tak datang masa si polan buat reunion?? Lama kitorang tunggu"

Maka jawabla perempuan tersebut tanpa rasa bersalah..

"Ala, weolls tak berapa suka la kalau geng tu buat reunion. Reunion ni pun diorang tak tahu tau"

Bunyi rasa nak panggil jantan 30 orang fuck budak ni. Eh kita satu kela kot. Ada beza ke geng ni buat reunion, geng tu buat reunion..??

Sebab tu, aku malas nak attend mana-mana reunion.. Aku nak ko rasa betapa looser nye diri uollss bila nobody come..!


Tuesday, October 11, 2011

Buat Sedap, Nak Buang Sakit

at Tuesday, October 11, 2011 0 comments


This picture aku dapat dari FB..

First thing yang aku rasa after tengok gambar ni ialah NGILUUUUUUU siotttttt...

Hahahaha.

Perempuan, kalau ada gambar-gambar yang berkenaan itu, memang akan cepat ngilu... Dan aku salah sorang daripadanya..

Wonder, mcama inikah caranya??

Sebab as yang aku tahula, doktor mana-mana pun takkan buat abortion if kandungan dah berusia more than 2-3 months gitula

Satu, of course, boleh bawak kematian. Bukan pada baby la, sah sah dia nak bunuh baby tu, apa nak kisah. Maksudnya kematian perempuan bangang tersebut..

Eeeee tak boleh pandang betul. Boleh tak jangan cube masukkan bende besi kat situ...???? Acik ngiluuuuuuuu

Monday, October 10, 2011

Sedap Sangat Ke Comolot ?

at Monday, October 10, 2011 0 comments
Dapat video ni dari you tube. After tengok, reaksi aku, GILE....!!!!!




Ok, first aku rasa, budak ni ade betul-betul ada nafsu nak kiss mat rempit gini, yang pada aku sangat YEARKKKKK..!!!

Second, bila budak-budak bercium aku tidak rasa itu menggairahkan, tetapii, macam cium bibir kuda. Eee oorkk eeeee orrrkkkk. Eh, tu keldai la cik Peah.

Third, balak dia bonzaiiiii..!! Kah kah kah...

Fourth, eh kemonlahhhhh... GET A ROOM..!! Rumah tumpangan Sin Keong pun boleyyyy 

Sunday, October 2, 2011

Konvokesyen

at Sunday, October 02, 2011 0 comments


Acik ari ni gigih bangun seawal 6.3o. Make up bagai nak retak cermin, iron baju sampai senget board, dan zassss pakai cantik-cantik.. Sebab ari ni adik aku konvo... Dah alang2 ni, syok jugak kalau singgah sogo.. Ekekeke... Nak beli something untuk abang peah... Chow...

Saturday, October 1, 2011

Muffin Dap Dap

at Saturday, October 01, 2011 0 comments


Besar, sedap, gebu, bam bam. Macam abang peah... Wakakaka... Badan die pun sodap digigit, tapi kekontrasan warna antara muffin dan dan abang peah, masih tak boleh diperbetulkan... DIA GOLAP..!

Zzzzz...

at Saturday, October 01, 2011 0 comments


Keberadaan saya di dalam dewan konvensyen ini semata-mata nak menguap-nguap... Giler bosan mendengar presentation. Sikit lagi, sikittttt je, nak tanggal rahang menguap banyak sangat... Takde ke aktiviti main kerusi berlagu, banding aktiviti menaikkan suhu bangku ni... Huarrrggghhhhhhhhh.. BOSAN... Tulun acik, tulun...
 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review