Wednesday, November 16, 2011

Kenapa Dah Tak Ramai Suka Cerita Hindustan

at Wednesday, November 16, 2011
Reactions: 
Kalau aku ajak En Bam Bam pergi tengok cerita hindi kan, muka dia dah lain..

Dalam hati mesti kata, "Eeee, elergik aku, elergik..!'

Hahahaha.. Walaupun dia tak kata demi kebaikan kami berdua, di mana aku memang cepat sentap dengan komen dia, dan membawa kemerajukkan di wayang itu selama berjam-jam, tapi, aku boleh baca ok air muka dia.

Alah, dia tu memang senang aku duga..

Kalau dia kata, hari ni makan tak sedap, tapi badan bau Kehepsi, memang siapla kene kan.. Kalau dia kata tak makan untuk satu hari, ade la tu yang cuba disembunyikan. Kalau dia kata makan menu biasa-biasa, sambil cube elak dari pandangan mata aku, maknanya, makan sedap la tu. Tak nak kongsi le tuww..

Kan panjang pula melalutnye.. 

Minggu lepas, aku layan cerita Bodyguard. Salman berlakon. Adik aku kata best, mak aku kata x best.

Tapi bila tengok, eh best le pulekkkk...

Tapi sekarang ni aku perasan, Kareena banyak berlakon la. 

Kan dia tengah meletop. Jadi derektorr nak amik jalan selamat, amik pelakon top top je.

Yang heroin sendu-sendu, boleh balik rumah, kelek skandel..

Sebenarnya banyak cerita best, cuma orang sekarang dah layan hollywood. Hindi-hindi ni untuk zaman mak mak je.. sanggup ngangkang 3 jam depan tv. 

Kalau ending best, sampai ke malam la senyum. Kalau ending tak best, laki nak rogol  malam-malam, buat muka signboard 'No entry'. Kah kah kah..


0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review