Sunday, November 6, 2011

Topik Makcik-Makcik Bila Berkumpul

at Sunday, November 06, 2011

 Tak habis-habis pasal kawen kawen kawen

Eeee tensen la acik. 

Ye, aku kawen, nanti aku kawen.

Dah takde duit, nak kawen camno....!

Ramai sangat orang kawen tahun ni. Tak syiok la. 

Hehehe. Aku ada pendapat aku sendiri tentang isu kawen ni.

Aku nampak orang melayu ni, berlambak-lambak, berlumba-lumba nak kawen. 

Kalau orang kampung sebelah ramai kawen, yang jiran kampung lain pun sibuk nak ada kenduri kawen.

Masing-masing berlumba-lumba, khemah sapa yang paling banyak, tetamu sape yang paling ramai.

Nanti, sibuk la makcik-makcik ni tanya, menantu kerje apa, gaji nya berapa, besar ke tak.. Boleh lawan tak dengan menantu kenduri kampung sebelah tu..

Kita ni sebenarnya dalam perkahwinan, dah tak ramai mementingkan kualiti dalam institusi kekeluargaan. Boleh kerat jari la, dalam ramai-ramai yang kawen ni, beberapa tahun akan datang, berapa ramai yang kekal.

Kene muhasabah dalam diri, kita kawin ni adalah sebab kerana betul-betul dah bersedia, ataupun terdesak..!

Terdesak sebab keluarga atau pun terdesak bila tengok member ramai naik pelamin. Tengok anak-anak zaman sekarang, tak terurus. Nak tengok punca masalah paling dekat, tengok mak bapaknya.

Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, dan banggakan kaum lain. Cuba tengok kaum lagi satu, memang jarang kita nampak majlis-majlis perkahwinan bangsa diorang ni.

Ini sebab, mereka mementingkan kualiti daripada kuantiti. Kalau keluar 3 anak, 3 3 boleh dikatakan berjaya. Jarang kita dengar bangsa diorang ni malas, tak berjaya. 

Ada memang ada, tapi kurang. Cuba kalau bangsa kita. Hurm.. Malas nak komen. 

Kepada yang di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, renungkanla. Adakah memang kita dah bersedia, ataupun terikut-ikut dengan trend 'orang lain kawen, aku pun nak kawen'..!

Kehlas hujah cik peah hari ni.. Hohohoho




0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review