Tuesday, March 26, 2013

Bini Langsing...

at Tuesday, March 26, 2013 1 comments

Ketahuilah bahawa di saat aku menulis entry ini, aku takut akan di santau oleh bini bersaiz XXL di luar sana... hahaha...

Apa yang aku cakap adalah atas pandangan aku sendiri. jadi kalau ada yang terasa, tak perlu la sentap. sebab aku sendiri bukan bersaiz S, tapi XL jugekkk...

Aku tulis sebab aku rasa benda ni betul, kalau korang rasa tak betul, ADA AKU KISAH KAN..???

Artikel ni banyak di sharekan di FB, mostly untuk melangsingkan produk kuruskan badan katanya. Aku bukan tertarik pada artikel ni, tetapi pengomen-pengomen yang 90% adalah sentap..!!

Aku agak, yang sentap ni mesti saiz XXL kan?? hahaha... dan yang menyokong statement ni, mesti antara badan yang maintain dari anak dara liuk lentok, jaga makan, jaga minum semua..

Itulah lumrah dunia, bila dikatakan suami lebih "sedap" kalau bini langsing, nak kan bukti sahih. Bila dah ada proper kajian, tau pulak nak memekak kan.

Tahu tak berapa susah nya seorang perempuan yang dah beranak 3 4 maintain kurus??? walaupun aku tak kurus, tapi aku tahu sangat susah..!!

Bukan senang. Tengok anak makan sedap, suami makan sedap, bini terpaksa ratah sayur macam kambing dah kekdahnya..

Ramai yang kata, "suami saya tetap sayang walaupun saya gemuk bulat macam capati" puiiiiiiii... 

ya, memang sayang, tapi tu agak-agak kalau dapat laki yang kategori "kurang nakal". memang bertuah la kan. agak-agak kalau sebelum kawen dapat ayam serama, dah kawin dapat seladang, bila lalu ayam serama depan mata, takkan tak pandang kan?

lelaki... nafsu... adalah SATU..!! jangan tipu kalau kau nak kata kat aku "laki saya bernafsu tengok lemak saya yang macam ropol-ropol meja ni"

Pfftt... ada suami yang tidak kisah bini saiz S atau XL, tapi percayalah cakap aku ni, kalau laki kau kene cucuk dengan perempuan bersaiz S, memang menangis la ko di sana mengenang nasib memegang title MJ.

Bini langsing ni sebenarnya bukanlah penentu utama rumahtangga bahagia, tapi antara salah satu punca yang boleh memberikan kebahgiaan. SALAH SATU....

Letakkan diri sendiri sebagai suami, tanya diri, "kalau aku jadi suami, aku suka bini aku gemuk ke kurus"

Dalam sekelip mata, ko sendiri terbayang betapa cantiknya nya kalau diri kau sendiri ada berat sekitar 50-52 kg... kan...

Aku pernah ada berat 65kg masa dua tahun lepas, dan aku rasa bangga tengok diri sendiri dekat cermin. Bila dah gemuk, aku rasa kenapa aku pilih badan gemuk padahal aku boleh kurus dengan usaha. 

Jangan kata "suami saya tak kisah, tak tegur". Berwaspada ya. Lelaki yang tak pernah bersuara atau yang memendam ini la yang bahaya, sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Dia diam, tapi banyak agendanya. Dia bising, tapi kita tahu apa yang dimahunya. 


 

Friday, March 22, 2013

Jangan Kasi Can

at Friday, March 22, 2013 0 comments
Aku ingat lagi dulu waktu aku sekolah rendah, aku ada seorang member, nama dia Mas.

Kira aku kamcing la dengan dia. Kalau darjah 6 dulu, kira aku, dia and beberapa orang lagi, memang otai habis..! Kepala besarrrrr punya. hahaha...

Walaupun otai, ada lagi murid yang lagi otai dari kitorang ni, ini jenis budak-budak yang suka usik-usik tarik tudung la..

Ala, bese kan dulu kecik-kecik, budak laki tarik tudung budak perempuan, sampai koyak la jugak jahitan tengah tudung tu. Aku pernah kene banyak kali ok..! eh tapi aku rasa semua yang tarik tudung aku tu mesti sebab syok kat aku. wakakakaka..!!!

sebab diorang tak ada modal mengurat, diorang mengusik la kan. en pandai-pandain je teori ko kan pempuan gemuk.

Ramai la budak perempuan kene usik, tapi tak siapa yang berani buat lebih-lebih dekat si Mas ni.

Padahal nak banding dengan aku, mesti dia paling banyak kene tarik tudung sebab dia lagi gojes dari aku. Eh. hahahaha..

Masa aku pindah masuk sekolah tu, aku tertanya jugak la. kenapa ramai tak ngusik dia kan.

Lepas tu suatu hari, entah macam mana, ada seorang budak ni, dok main ejek-ejek nama bapak.

ni lagi satu tektik nak ngurat. ejek nama bapak..!! kalau budak yang nama bapak pelik sikit tu, memang kene la kan..

bila budak ni ejek nama bapak mas, BAPAK DIA DATANG SEKOLAH OK..!!

Kuss semangat. ni baru budak yang tak berapa nak panjang "barang", kalau agak-agak kene bantai dengan cikgu...??

Selalu juga aku yang kene bahan ejekan, cuba la juga mengaharapkan mak aku datang sekolah and bagi sedaaasss dekat budak jahat tu, tapi mak aku adalah sangat tak suka ambil hal benda remeh temeh ni.

Pada dia kalau ada apa-apa berlaku itu adalah salah sendiri. Jarang nak salahkan orang lain ataupun pihak sekolah. Kalau boleh berubat, pergi hospital, tak payah banyak cerita.

Datang sekolah semata-mata nak amik report kad.

Kalau aku ngadu ada orang ejek pun, jawapan dia satu je, "biar je la"

Dulu kalau kat sekolah, aku memang selalu kene bantai dengan cikgu, punca utama HOMEWORK TAK SIAP..!

Tapi aku tak pernah mengadu dekat mak aku, sebab komfirm aku dapat second round punya bantai..!!

Jadi disebabkan aku takda benda nak defend, tak boleh nak guna perkataan, "ESOK MAK AKU DATANG JUMPA KAU..!", itu buat aku jadi berdikari, cari jalan sendiri untuk elak benda-benda macam itu terjadi. Contohnya buli.

Tapi mak bapak sekarang, anak kene pukul pun, kalau boleh nak cekik leher budak itu and cakap "SEE YOU IN COURT..!"

Disebabkan keadaan macam ni, bukan dari sekolah rendah je, sampai U pun anak-anak akan dibuli. Sebab aku rasa bila dibuli, diorang boleh naik kan nama mak bapak kalau di buli. Sikit sikit "ESOK MAK AKU DATANG JUMPA KAU..!"

Sah sah mak bapak yang nampak besar kan. Bila kene buli, diorang tahu, diorang ada satu solution, iaitu MAK BAPAK.

Cuba kalau mak bapak tak heran??? diorang akan cari 1001 jalan penyelesaian untuk settlekan masalah sendiri. Bukan apa, takut sampai besar, ada masalah sikit je, cari mak bapak. SAMPAI BILA KAN??



by Gadis Cantik

Kerani Je Pun...

at Friday, March 22, 2013 0 comments
Bukanla aku nak memburukkan kerja kerani ok, tidak sama sekali. Bukan hal kerja yang aku pertikaikan...

Perkara ni berlaku minggu lepas... masa kena tu terpinga-pinga jugak la aku. Bayangkan aku yang muka blur ni, tambah blurrrrrrrrrrrr...

Tak kisahla, blurr ke, blorr ke, meh aku story.

Minggu lepas, bos aku adalah super busy..!! Dia ke mana-mana pun dah macam superman kekdahnya. hahaha... zasss sana, zass sini. aku yang nengoknya pening.

Dia punya busy tu, sampai urusan admission untuk sambung PHD, aku yang pos dan sediakan dokumen, susun elok-elok.. OMG..!!!!

Aku bukannya tak boleh buat, benda kecik, tapi aku takut benda tu salah. sebab berkaitan dengan PHD orang kot..!! Sebelum dia balik tu, dia pesan suruh ambil sampul dekat pejabat am.

So aku no hal la, pejabat am tu dah macam office kedua aku, kehulur kehilir, tapak kasut aku je yang berbunyi. yang lain, bontot macam kene paku dekat kerusi, tak bergerak..!!

Aku cari-cari sampul surat dekat bilik fotostat, yang ada cuma sampul cinonet. aku nak yang besar.

So aku tanya sorang staff ni, nak minta sampul la kononnya..

"cik, boleh tak saya nak minta sampul saiz besar bagi pihak Puan F"

"nak buat apa"

"nak hantar borang phd"

"hantar ke mana"

"ke U**"

dia tengok aku atas bawah.

"Cuba tanya cik S"

PFTTTTT...!!!!!

hello, aku ingat ko tanya beriya-iya macam doktor sakit puan, ingatkan ko ada sampul, last-last suruh mintak orang lain.

Bengkek tak bengkek.! oo mentang-mentang aku RA, sesedap tekak je kan ko kenekan aku.

dia menanya tu, macam kan aku mintak tetek dia tau. Sah sah aku beritahu atas urusan Puan F. So takkan aku guna untuk peribadi.

Aku mintak cop supervisor pun, dia tak ada tanya banyak

Benda macam inilah yang dikenali sebagai "KERANI JE PUN"


by Gadis Cantik

Thursday, March 21, 2013

Budak Universiti Zaman Sekarang

at Thursday, March 21, 2013 0 comments
Sejak aku jadi RA and banyak masuk kelas ganti bos, baru aku faham, apa perasaan lecturer menunggu student lambat..!!!

Kalau lambat 5 minit, aku boleh terima, ni lewat 20 minit, apa kejadahnya..!

Macam semalam, kelas 3 jam patutnya boleh habis awal, sampai pukul 5 masih dalam lecture room..

Acik tension..! Eh hello, sebagai seorang bakal psikologist, patut kene punctual ok.

Bukan kecik lagi, kalau kawin, boleh ada anak dua.

today, diorang ada test, selamba katak masuk 20 minit lewat..

aku ni yang terpkasa tunggu.

dah la masuk lambat kan, pastu ada yang mintak nak masuk group A sebab kelas esok diorang ada hal. Bila aku tanya, dah mintak izin lecturer belum, jawabnya "dah"

Bila tanya bos aku, dia kata "mana ada"

PUNDEK BETUL..!!!  Terang-terang aku kene kencing.

Satu hal lagi, boleh mintak kata nak keluar awal pukul 12 sebab ada hal... PFTTT...!!!

Aku agak, ni mesti budak ni melampau punya aktif ni. Mujur time tu ada quiz sahaja, kalau lecture? kau nak mintak balik awal jugak???!!!

eee tak paham betul aku budak-budak ni. Mentang-mentang jawatan aku cikai, sesenang je, lepas ni aku nak claim diri sebagai KETUA JABATAN..! berani la mintak bukan-bukan. aku layang surat buang kolej kang..!!

Takpa, aku kan baik hati, (semua peel korang aku dah report..! kompem bos aku bar korang punya exam.. kahkahkah)

by Gadis Cantik

Wednesday, March 20, 2013

Ini Yang Malas Ni....

at Wednesday, March 20, 2013 0 comments
Siapa yang pernah baca blog aku dari dulu, tentu tahu aku suka sangat muji lelaki hensem..! hahaha.. dassssaaarrrr...

Nak nak kalau yang memberi kesan "jantung tergolek ke tengah jalan tu" kan...

Memang sepantas kilat aku cerita kat sini.

Tapi itu dulu. Bila tengah tak ada BF.

Sekarang bila dah ada BF, disebabkan entry abang hensem pegang tangan sebab nak mintak cop jari, budak debab tu dah merajuk sampai hari ini ok..!!

Selalunya tak pulak dia nak bukak blog aku ni.

Dulu masa mula-mula bercinta tu rajin la jugak, konon amik berat kan, sekarang... hurmmm.. dasssaaarrrrrr....

itu tengah merajuk la tu.. henset pun tak nak pandang, aku kol pun, "bz bz bz bz"

Eh aku cari jantan lain kang..! geram..!!!

Ni tengah merajuk stok mulut muncung, makan tak nak, cakap tak nak, diaaammmmmmm.... hentak kaki je belum lagi.. (eh itu style aku, kihkihkih)



by Gadis Cantik

Tuesday, March 19, 2013

Jantung Bergolek-Golek Ke Tengah Jalan

at Tuesday, March 19, 2013 0 comments
tak tahu nak cerita dari mana.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata.

jap jap, kalau aku buat entry ni, jangan pulak ko pergi tag dekat fb jejaka gemuk sedap itu..!!

huwaaa.. boleh mengundang kemerajukan sampai aku terberanak nanti..

benda ni berlaku semalam. Semalam ahkak ko yang cun ini telah merempit sejauh 20 km semata-mata nak ambil BR1M.

Dah tahu gaji suam-suam kuku, ambik je la apa orang dah bagi.

Boleh juga tutup mana-mana lubang yang terkangkang untuk beberapa bulan tu kan.

Dah lepas amik voucer tu, terpikir sekeja. Baik aku cashkan terus, karang bila lagi.

Orang tak ramai pulak tu kan.

Jadi aku masuk la BSN. ada 3 kerat manusia sahaja. lepas isi borang, ambil nombor, tak sempat duduk pun, no naik dah.

ting..!

kaunter 1, sorang gurl yang jaga. kaunter 2, lelaki yang jaga.

Jadi kau boleh agak la kaunter mana yang aku dapat sampai jantung bergolek ke tengah jalan tu kan. Kah kah kah... dasar...

masa aku sampai kaunter tu, tengok muka dia..

"uish, hensem...!" (dalam hati je la. kalau keluar kat mulut, memang aku tak ambil dah duit BR1M tu, cabut lari terus)

Masa dia tengah cek borang and voucher tu, sempat ku belek mukanya. hahaha.. time ni jantung tak bergolek lagi, tapi dah berlumba-lumba nak keluar dekat anak tekak...

Then dia minta IC, aku bagi. Dia cucuh kat mesin, aku tekap ibu jari. So setel.

Then dia bangun, dia amik tempat nak cop ibu jari tu...

"tangan kiri"

Dia pegang je jari aku tu, zrttttttttttttttttttttttttttt...!!!!  Macam kene renjatan letrik.. aku tengok jantung aku dah kat tengah jalan.. hahahaha... bedebah betul...! Kenapa hensem sangat..!!


Mujur dia tak mintak no telefon, kalau tak, tuan punya jantung yang tergolek tengah jalan..! :)


by Gadis Cantik

Monday, March 18, 2013

Tak Boleh Tahan...

at Monday, March 18, 2013 0 comments
Semalam kan, jejaka yang gemuk-gemuk sedap ittewww telah datang buat surprise.. auwwwww..

2 bulan okeh tak jumpa. Mana aku tak hangin.

asyik outstation manjang. mengalahkan orang kerja engineer..!

Sebagai awek yang solehah (pin tudung labuhhh), i olls pun dengan sepantas roket bersiap.

dah lepas makan tu, dia ajak pergi cari casing untuk tab dia.

dah macam kene rogol aku tengok casing dia yang sekarang. koyak sana, koyak sini. Hoi, mangsa rogol pun tak hazab macam casing dia..!

then we ols masuk 1 kedai handphone ni, mata aku ni bila tengah banyak duit, memang melior sikit.

tengah-tengah meliar mata tu, ternampak ini okeh..!!!









 hadoi..!!! bergolek-golek jantung aku tengok kecomelannya...!!

ya ampun, aahhh tolong.. tolong... kenapa warna pink..!!! pulas minyak motor pun, dah macam pulas tak pulas, makan pun macam masuk tak masuk (tapi masuk), eh.. hehehe...

i is very geram..!



agak-agak, kalau aku jual jejaka gemuk-gemuk sedap tu, berapa rat boleh dapat... kahkahkah..!!






by Gadis Cantik

Friday, March 15, 2013

Orang Lelaki Ini Kan...

at Friday, March 15, 2013 0 comments
Fahami lah bahawa cerita di bawah adalah kisah benar..

bukan rekaan yang kononnya nak cipta kontrovesi, APA KAU INGAT AKU NABILA HUDA??

 Cerita mengenai seorang jejaka dan seorang gadis..

Jejaka tersebut sangatttt comel (a.k.a gemuk gemuk sedap) hahahaha..


dan si gadis pula, alahai..... kalau lelaki tertengok, terus kol apaknya suruh masuk minang.. (biadap sungguh perumpamaan yang ko bagi buyung oi) hahahaha

 Suatu hari kuda hitam si gadis manis telah pancit tayarnya.

Degedekgekdekdegedek... (bunyi tayar gelong)

Dengan rasa gundah gelana, si gadis telah menelifon si jejaka, dengan harapan, jejaka memberikan kata-kata semangat, dan berasa kasihan dengan nasib malang si gadis..

gadis: by, ayang kat bengkel ni..

Jejaka: la, buat apa kat bengkel tu.

gadis: tayar pancit. tengah bawak kat jalan, tetiba rasa gelong..

Dengan penuh romantik, si jejaka menjawab:

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TU LA, BERAT SANGAT BADAN TU, SAMPAI PANCIT..!



pfftt..!!

Agak-agak kalau aku bakar tetek dia, berani tak dia ulang cakap benda yang sama????






by Gadis Cantik

Thursday, March 14, 2013

Bos Saya Cakap...

at Thursday, March 14, 2013 0 comments
Today bos masuk bilik, of course la mesti ada kepochi sikit dengan dia.

dia seorang pensyarah (skema ayat aku), in same time seorang psychologist.

kira macam kalau untuk orang yang ada SAKIT OTAK, boleh consult dengan dia secara percuma.

oh 1 more thing, dia ni kira alim juga la, so aku ni sebagai pencacai yang hina (hahahaha) adalah sangat respect pada dia.

than this morning, aku mengutarakan satu soalan pada dia..

"Saya nak tanya pendapat puan la, puan rasa kalau kita cerita dekat FB yang kita ni asyik mengeluh nak baby, nak anak, nak itu, nak ini, puan rasa ok ke"

"ada yang macam itu ke"

"rata-rata la puan. sebab apa yang dia post semua orang boleh baca kan. So kita yang tak berapa kenal dia pun, boleh tahu hal rumahtangga dia"

"yang selalu duduk mengeluh tu, dah lama sangat ke tak ada anak"

"tak sampai 5 bulan pun"



NAK TAHU APA REAKSI DIA SEBELUM KASI JAWAPAN...????








(mata ke atas, lidah terjelirrrr.....)

kah kah kah.. otai betul bos aku. yes, dia sendiri buat reaksi mata ke atas, lidah terjelirrrr.....

seorang psychologist buat gaya gitu, adalah sangat cool okeh..!! oh dia orang Johor jugak. eh, orang Johor memang cool la.

so dia kata gini, "apa-apa yang kita post dekat FB, kena mintak kebenaran dari suami (kalau ada suami la), tanya dulu, dia suka atau tidak, boleh post atau tidak, mengaibkan atau tidak, kalau dia tak redha, tidak ke  dah berdosa? kalau suami kata jangan, jangan letak. Buang balik. Kalau suami kasi, lantak la kan... Tanya suami, boleh ke tidak. Jangan sampai apa yang kita post, bukan sahaja mengaibkan diri, malah mengaibkan suami"

Dengar tu ye anak-anak, bukan saya kata, dia yang kata..

Sekian tazkirah dari ahkak yang mulut jahat ni. ahkak tak ada laki, so ahkak bebas dek non..! (libas janggut)...





by Gadis Cantik

Wednesday, March 13, 2013

Kisah Selepas Kahwin..

at Wednesday, March 13, 2013 0 comments
gila bapak punya lama tak update.

konon la nak kembali tegar semula, memang kene kahak je aku ni dengan orang kampung

meh nak cerita meh.. masa tu aku ada story pasal nak kawin kan, now kita story situasi lepas berkahwin.

cerita pasal lepas kawin ni, konon pengantin baru ni, memang la seronok, kalau kene kawin pakse pun, masih lag seronok kekdahnya kalau tengah jadi pengantin baru ni.

yang paling tak seronok, sebulan lepas kawin..!

time tu ko siap sedia la dengan soalan dengn cik kiah mulut rabak, "dah isi belum???"

pantang betul aku orang menanya bab bab berisi ni. wei, hutang kawin pun kot terbengkalai, ada hati nk tanya dah isi belum.

meh aku koyak mulut ko meh. satu lagi hal ialah kalau yang dah nak teringin sangat nak anak tu.

yang konon-konon dah 5 bulan kawin, tak ada isi baby, melainkan lemak mak baby..!!

ni lagi satu nak menghangin, kononnya REDHOOOOOO... kononnya PASRAHHHHHHHHH... kononnya REZEKI BELUM ADA.... kononnya TAK MERUNGUT....

ujung-ujung ko dok ngadu dalam FB.

manusia ini jenis yang tak reti bersyukur. untung ko ada laki, untung ko ada kerja (kerajaan pulak tu kan, hazabbb..!), untung ko mampu beli rumah sendiri, cuma ANAK aje yang tak ada lagi..

APA KO MASIH TAK PUAS KE...??????

ramai lagi manusia (aku lettew) yang laki masih belum ada, rumah harapkan tinggalan mak bapak, kereta lagi la, sampai ke angkasa aku dok merenung kereta yang tak turun tiba. nak kata anak, belum tentu aku kawin aku ni jenis senang lekat atau tidak.

JADI BERSYUKUR LA... Sebab ada orang yang lagi malang dari kau, dan jarang menrungut..!!! (nak kata tak pernah, nampak nau tipunya)

jadi, mari USAHA USAHA USAHA, bukan MENGADU dalam fb. mak tensi ok tengok status gaya pasrah menyerah itu. lepas tu dok mengharap komen dari rakyat jelata yang tumpang kesian.

Dah semua rakyat jelata tau ko jenis susah nak beranak.. tak ke lebih memalukan ???? pastu nak nak aku pulak yang baca kan, tengok muka laki bini dekat pic profile, aku dah pikir yang bukan-bukan. dah aku tersenyum sorang-sorang. eh..!

Nak mengadu boleh, tapi bukan dalam FB, kiah oi, cari somebody yang boleh dipercayai dah boleh bagi nasihat.

sekian sahaja info dari perempuan meroyan tengok status fb perempuan meroyan nak anak. bye..!

by Gadis Cantik


 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review