Tuesday, March 19, 2013

Jantung Bergolek-Golek Ke Tengah Jalan

at Tuesday, March 19, 2013
tak tahu nak cerita dari mana.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata.

jap jap, kalau aku buat entry ni, jangan pulak ko pergi tag dekat fb jejaka gemuk sedap itu..!!

huwaaa.. boleh mengundang kemerajukan sampai aku terberanak nanti..

benda ni berlaku semalam. Semalam ahkak ko yang cun ini telah merempit sejauh 20 km semata-mata nak ambil BR1M.

Dah tahu gaji suam-suam kuku, ambik je la apa orang dah bagi.

Boleh juga tutup mana-mana lubang yang terkangkang untuk beberapa bulan tu kan.

Dah lepas amik voucer tu, terpikir sekeja. Baik aku cashkan terus, karang bila lagi.

Orang tak ramai pulak tu kan.

Jadi aku masuk la BSN. ada 3 kerat manusia sahaja. lepas isi borang, ambil nombor, tak sempat duduk pun, no naik dah.

ting..!

kaunter 1, sorang gurl yang jaga. kaunter 2, lelaki yang jaga.

Jadi kau boleh agak la kaunter mana yang aku dapat sampai jantung bergolek ke tengah jalan tu kan. Kah kah kah... dasar...

masa aku sampai kaunter tu, tengok muka dia..

"uish, hensem...!" (dalam hati je la. kalau keluar kat mulut, memang aku tak ambil dah duit BR1M tu, cabut lari terus)

Masa dia tengah cek borang and voucher tu, sempat ku belek mukanya. hahaha.. time ni jantung tak bergolek lagi, tapi dah berlumba-lumba nak keluar dekat anak tekak...

Then dia minta IC, aku bagi. Dia cucuh kat mesin, aku tekap ibu jari. So setel.

Then dia bangun, dia amik tempat nak cop ibu jari tu...

"tangan kiri"

Dia pegang je jari aku tu, zrttttttttttttttttttttttttttt...!!!!  Macam kene renjatan letrik.. aku tengok jantung aku dah kat tengah jalan.. hahahaha... bedebah betul...! Kenapa hensem sangat..!!


Mujur dia tak mintak no telefon, kalau tak, tuan punya jantung yang tergolek tengah jalan..! :)


by Gadis Cantik

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review