gila bapak punya lama tak update.
konon la nak kembali tegar semula, memang kene kahak je aku ni dengan orang kampung
meh nak cerita meh.. masa tu aku ada story pasal nak kawin kan, now kita story situasi lepas berkahwin.
cerita pasal lepas kawin ni, konon pengantin baru ni, memang la seronok, kalau kene kawin pakse pun, masih lag seronok kekdahnya kalau tengah jadi pengantin baru ni.
yang paling tak seronok, sebulan lepas kawin..!
time tu ko siap sedia la dengan soalan dengn cik kiah mulut rabak, "dah isi belum???"
pantang betul aku orang menanya bab bab berisi ni. wei, hutang kawin pun kot terbengkalai, ada hati nk tanya dah isi belum.
meh aku koyak mulut ko meh. satu lagi hal ialah kalau yang dah nak teringin sangat nak anak tu.
yang konon-konon dah 5 bulan kawin, tak ada isi baby, melainkan lemak mak baby..!!
ni lagi satu nak menghangin, kononnya REDHOOOOOO... kononnya PASRAHHHHHHHHH... kononnya REZEKI BELUM ADA.... kononnya TAK MERUNGUT....
ujung-ujung ko dok ngadu dalam FB.
manusia ini jenis yang tak reti bersyukur. untung ko ada laki, untung ko ada kerja (kerajaan pulak tu kan, hazabbb..!), untung ko mampu beli rumah sendiri, cuma ANAK aje yang tak ada lagi..
APA KO MASIH TAK PUAS KE...??????
ramai lagi manusia (aku lettew) yang laki masih belum ada, rumah harapkan tinggalan mak bapak, kereta lagi la, sampai ke angkasa aku dok merenung kereta yang tak turun tiba. nak kata anak, belum tentu aku kawin aku ni jenis senang lekat atau tidak.
JADI BERSYUKUR LA... Sebab ada orang yang lagi malang dari kau, dan jarang menrungut..!!! (nak kata tak pernah, nampak nau tipunya)
jadi, mari USAHA USAHA USAHA, bukan MENGADU dalam fb. mak tensi ok tengok status gaya pasrah menyerah itu. lepas tu dok mengharap komen dari rakyat jelata yang tumpang kesian.
Dah semua rakyat jelata tau ko jenis susah nak beranak.. tak ke lebih memalukan ???? pastu nak nak aku pulak yang baca kan, tengok muka laki bini dekat pic profile, aku dah pikir yang bukan-bukan. dah aku tersenyum sorang-sorang. eh..!
Nak mengadu boleh, tapi bukan dalam FB, kiah oi, cari somebody yang boleh dipercayai dah boleh bagi nasihat.
sekian sahaja info dari perempuan meroyan tengok status fb perempuan meroyan nak anak. bye..!
by Gadis Cantik
0 comments:
Post a Comment