Tuesday, March 26, 2013

Bini Langsing...

at Tuesday, March 26, 2013

Ketahuilah bahawa di saat aku menulis entry ini, aku takut akan di santau oleh bini bersaiz XXL di luar sana... hahaha...

Apa yang aku cakap adalah atas pandangan aku sendiri. jadi kalau ada yang terasa, tak perlu la sentap. sebab aku sendiri bukan bersaiz S, tapi XL jugekkk...

Aku tulis sebab aku rasa benda ni betul, kalau korang rasa tak betul, ADA AKU KISAH KAN..???

Artikel ni banyak di sharekan di FB, mostly untuk melangsingkan produk kuruskan badan katanya. Aku bukan tertarik pada artikel ni, tetapi pengomen-pengomen yang 90% adalah sentap..!!

Aku agak, yang sentap ni mesti saiz XXL kan?? hahaha... dan yang menyokong statement ni, mesti antara badan yang maintain dari anak dara liuk lentok, jaga makan, jaga minum semua..

Itulah lumrah dunia, bila dikatakan suami lebih "sedap" kalau bini langsing, nak kan bukti sahih. Bila dah ada proper kajian, tau pulak nak memekak kan.

Tahu tak berapa susah nya seorang perempuan yang dah beranak 3 4 maintain kurus??? walaupun aku tak kurus, tapi aku tahu sangat susah..!!

Bukan senang. Tengok anak makan sedap, suami makan sedap, bini terpaksa ratah sayur macam kambing dah kekdahnya..

Ramai yang kata, "suami saya tetap sayang walaupun saya gemuk bulat macam capati" puiiiiiiii... 

ya, memang sayang, tapi tu agak-agak kalau dapat laki yang kategori "kurang nakal". memang bertuah la kan. agak-agak kalau sebelum kawen dapat ayam serama, dah kawin dapat seladang, bila lalu ayam serama depan mata, takkan tak pandang kan?

lelaki... nafsu... adalah SATU..!! jangan tipu kalau kau nak kata kat aku "laki saya bernafsu tengok lemak saya yang macam ropol-ropol meja ni"

Pfftt... ada suami yang tidak kisah bini saiz S atau XL, tapi percayalah cakap aku ni, kalau laki kau kene cucuk dengan perempuan bersaiz S, memang menangis la ko di sana mengenang nasib memegang title MJ.

Bini langsing ni sebenarnya bukanlah penentu utama rumahtangga bahagia, tapi antara salah satu punca yang boleh memberikan kebahgiaan. SALAH SATU....

Letakkan diri sendiri sebagai suami, tanya diri, "kalau aku jadi suami, aku suka bini aku gemuk ke kurus"

Dalam sekelip mata, ko sendiri terbayang betapa cantiknya nya kalau diri kau sendiri ada berat sekitar 50-52 kg... kan...

Aku pernah ada berat 65kg masa dua tahun lepas, dan aku rasa bangga tengok diri sendiri dekat cermin. Bila dah gemuk, aku rasa kenapa aku pilih badan gemuk padahal aku boleh kurus dengan usaha. 

Jangan kata "suami saya tak kisah, tak tegur". Berwaspada ya. Lelaki yang tak pernah bersuara atau yang memendam ini la yang bahaya, sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Dia diam, tapi banyak agendanya. Dia bising, tapi kita tahu apa yang dimahunya. 


 

1 comments:

Anonymous said...

Yes betul

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review