Friday, March 22, 2013

Jangan Kasi Can

at Friday, March 22, 2013
Aku ingat lagi dulu waktu aku sekolah rendah, aku ada seorang member, nama dia Mas.

Kira aku kamcing la dengan dia. Kalau darjah 6 dulu, kira aku, dia and beberapa orang lagi, memang otai habis..! Kepala besarrrrr punya. hahaha...

Walaupun otai, ada lagi murid yang lagi otai dari kitorang ni, ini jenis budak-budak yang suka usik-usik tarik tudung la..

Ala, bese kan dulu kecik-kecik, budak laki tarik tudung budak perempuan, sampai koyak la jugak jahitan tengah tudung tu. Aku pernah kene banyak kali ok..! eh tapi aku rasa semua yang tarik tudung aku tu mesti sebab syok kat aku. wakakakaka..!!!

sebab diorang tak ada modal mengurat, diorang mengusik la kan. en pandai-pandain je teori ko kan pempuan gemuk.

Ramai la budak perempuan kene usik, tapi tak siapa yang berani buat lebih-lebih dekat si Mas ni.

Padahal nak banding dengan aku, mesti dia paling banyak kene tarik tudung sebab dia lagi gojes dari aku. Eh. hahahaha..

Masa aku pindah masuk sekolah tu, aku tertanya jugak la. kenapa ramai tak ngusik dia kan.

Lepas tu suatu hari, entah macam mana, ada seorang budak ni, dok main ejek-ejek nama bapak.

ni lagi satu tektik nak ngurat. ejek nama bapak..!! kalau budak yang nama bapak pelik sikit tu, memang kene la kan..

bila budak ni ejek nama bapak mas, BAPAK DIA DATANG SEKOLAH OK..!!

Kuss semangat. ni baru budak yang tak berapa nak panjang "barang", kalau agak-agak kene bantai dengan cikgu...??

Selalu juga aku yang kene bahan ejekan, cuba la juga mengaharapkan mak aku datang sekolah and bagi sedaaasss dekat budak jahat tu, tapi mak aku adalah sangat tak suka ambil hal benda remeh temeh ni.

Pada dia kalau ada apa-apa berlaku itu adalah salah sendiri. Jarang nak salahkan orang lain ataupun pihak sekolah. Kalau boleh berubat, pergi hospital, tak payah banyak cerita.

Datang sekolah semata-mata nak amik report kad.

Kalau aku ngadu ada orang ejek pun, jawapan dia satu je, "biar je la"

Dulu kalau kat sekolah, aku memang selalu kene bantai dengan cikgu, punca utama HOMEWORK TAK SIAP..!

Tapi aku tak pernah mengadu dekat mak aku, sebab komfirm aku dapat second round punya bantai..!!

Jadi disebabkan aku takda benda nak defend, tak boleh nak guna perkataan, "ESOK MAK AKU DATANG JUMPA KAU..!", itu buat aku jadi berdikari, cari jalan sendiri untuk elak benda-benda macam itu terjadi. Contohnya buli.

Tapi mak bapak sekarang, anak kene pukul pun, kalau boleh nak cekik leher budak itu and cakap "SEE YOU IN COURT..!"

Disebabkan keadaan macam ni, bukan dari sekolah rendah je, sampai U pun anak-anak akan dibuli. Sebab aku rasa bila dibuli, diorang boleh naik kan nama mak bapak kalau di buli. Sikit sikit "ESOK MAK AKU DATANG JUMPA KAU..!"

Sah sah mak bapak yang nampak besar kan. Bila kene buli, diorang tahu, diorang ada satu solution, iaitu MAK BAPAK.

Cuba kalau mak bapak tak heran??? diorang akan cari 1001 jalan penyelesaian untuk settlekan masalah sendiri. Bukan apa, takut sampai besar, ada masalah sikit je, cari mak bapak. SAMPAI BILA KAN??



by Gadis Cantik

0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review