Saturday, September 18, 2010

Anak Beranak Yang Pelik...

at Saturday, September 18, 2010
Reactions: 
Hari ni keluarga aku buat perangat pelik....entah apa-apa je kan..yang aku ni dok perhatikan diorang, dengan aku-aku naik pelik...

Hari ni bf adik aku datang beraya rumah..sanggup ko turun dari KL turun Batu Pahat ni semata-mata nak beraya rumah aku.

Yang datang xdela ramai bebeno, 4 orang je pun, mak aku dari pagi bersilat kat dapur ni masak untuk tetamu,,,masak laksa lagi...

Dalam lebih kurang pukul 1 lebih macm tu, diorang pun sampailah depan rumah.

Aku buat x tahu je la kan, bukan kawan aku, jad mood nak mandi memang xde...

Busuk pun busuk la...

Klo termuntah laksa gara-gara bau aku, ada aku kisah?? Gituw kan....

Yang mak aku klo orang nak datang, awal-awal dah bersiap...

Bukan siap-siap yang biasa tau, ni tahap gemerincing rantai emas, gelang emas boleh dengar sampai ke dapur...

' Nak kemana ni bu??? sampai ke dapur nu ha kakak boleh dengar barang kemas tu bunyi.. dasatttt..'

'Eh biasalaaaaa...jeles ! '

Yang adik aku, dah gedik-gedik ni pkai baju kurung bagai..

Aku bangun tidor je nampak die dah pakai baju kurung, aku tanya la dalam kepelikan..

'Ko kenapa buang tebiat pakai baju kurung???'

Dalam hati aku, sejak bile adik aku ni rajin ikut orang pergi marhaban ni...

'Kawan aku nak datang la...'

Bile je mamat-mamat tu sampai depan rumah, ibu dan adik dah menggeletik semacam...

Adik aku pulak, dia punye meroyan pakwe dia sampai, dibiarkan aje kawan kawan dia kat luar pastu berdesup ke dapur pastu buat ayat celaka...

'ibu, segan la bu..ibu la pergi depan' (sambil terlompat-lompat)

x sempat mak aku nak jawab, Aku pun ape lagi, 'ko kenapa???? buang tebiat??? kan kawan-kawan ko tu..'

Bila adik aku blah g sambut tetamu, giliran mak aku pulak....

Tetibe mak aku joget-joget cak lempong sambil mengeluarkan ayat tersebut pada aku... ( sumpah !! memang dia joget tau)

'Kak...ibu segan la kak..nak pergi depan ke x ni? malu ibu...'


Pulaaaaaaaakkkkkkkk............

Klo yang anak dara yang malu dan gedik-gedik ni aku boleh paham la uolllsss...ni mak aku...motip mak aku nak gedik-gedik tersipu-sipu malu jugak ni kenapa ??? Macam budak-budak tu datang nak masuk meminang mak pulak uollsss..Memang aku x faham...

'Yang ibu ni kenapa pulak tergedik over mengalahkan adik ni...alah, pergi je la depan..diorang bukan nak tengok ibu, nak tengok adik...'

Perangai pelik si emak berterusan sampai la diorang balik...

Peliknya bermula bila tad ada sorang budak lelaki dari tetamu adik aku tu borak-borak la dengan ibu, pastu die ni tanya-tanya la pasal biskut raya.rasanya budak ni particular sikit bab masak-memasak..bile budak-budak tu balik, mak aku tanya pada adik aku..

'Dik, kawan ko yang borak dengn ibu tadi lembut er???

'Ibu ni, klo orang tanya hal masak-masak dah kata lembut..dia cuma suka makan je..tengokla size dia mcam mana..'

aku pun mencelah..' entah ibu ni, ibu kan suka klo dapat anak mcm tu, nanti rajin nolong kat dapur, kitorang ni kan malasssss, tido pun sampai ke tgahari..'

Mak aku memang suka dengan lelaki-lelaki lembut ni..gemor benor la dia klo dapat menantu gitu



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review