Monday, January 31, 2011

Nama Baru...

at Monday, January 31, 2011 0 comments

Alkisahnya aku mendapat nama baru uollsss.. kelas gituwww.. meh aku kasi story..

Hari ni, macam biasa, habis je kelas, aku pergi minum petang dekat cafe.. Minum-minum, borak-borak, gosip-gosip, cerita skandal orang tu, skandal orang ni.. Sugardaddy pempuan ini, sugarmummy lelaki itu... hikhikhik... Best kot bergosip hal skandal orang, artiss sangat..


Lepas minum-minum tu, laju-laju berlari ke bus stop sebab nak kejar bas. Keluar je cafe, hambek ko, dari jauh boleh nampak bas. Apalagi, berlari mengangkat kain la sambil lambai-lambai tangan. Boleh bayangkan..??? Sila jangan... sangatla seperti lambaian ratu seorang yenna jual kacang putih. Oh hell je...


Naik-naik je, pakcik yang tersangat la ramah dengan kami, tegur aku, 'Hai makwe ku..~'... Ok fine, aku tahu sebijik macam HAI seorang sugardaddy kepada anak ayam nye... Dan aku tak suke... YEARKKKK...!!


Eh eh pakcik ni, lelebih pulak ye, ade jugak yang makan tong letak duit syiling ni. Keras pun keras, bosar pun bosar...


Aku hulur duit seringgit, terus ke belakang, malu kot... Ramai gila orang, budak-budak sekolah jangan cerita la kan.. Budak sekarang ni dah pandai koo, Nampak perempuan lelaki mesra sikit, mula la sosek sosek, eh kakak tu dengan pakcik tu la, skandal ke diorang, mesti kene sponsor ni... Kooooo mulut, macam stokin kepam doploh tahun kot..


Selalunya pakcik ni akan tunggu budak-budak kelas aku, sebab pakcik ni memang baik, dah kumpul semue, baru gerak ke asrama.. Sementara tunggu tu, budak-budak yang dekat dengan driver, borak-borak la dengan pakcik ni.. tetiba kan, diorang gelak-gelak, pastu pandang muka aku... Dalam hati, kenapa pulak la ni...


Pastu ade sorang member aku ni pun bersuara...


' Fa, pakcik tu panggil fa PEAH...!'


PEAH kooooo... Ada muka kak Peah ke aku ni kan... PEAH pun PEAH la pakcik... Asalkan bukan PEOT. Well, Peah dan Farehah memang la dah nak sama, tapi boleh terjun bangunan ko kalau satu bas tu panggil aku PEAH. Ok lah, kak PEAH ko nak tidur ni, abang Peah ko tu asyik buat perangai pulak sejak akhir-akhir ni... Nak cari pakwe baru dalam mimpi...


Dalam mimpi: Hai, saya Erra, boleh berkenalan... hahahaha


Saturday, January 29, 2011

Sentap Kuasa Soploh

at Saturday, January 29, 2011 0 comments
Semalam, boleh tak abah ko tu, beriya-iya nak ajak mak ko ni keluar, sampai ke sudah tak keluar.. Dia boleh bantai tidur kroh kroh kroh.. Mak ko ni pun apa lagi, sentap la sampai di saat ini.. Menangis-nangis ha dek abah kau tu


Kelam kabut bapak ko memujuk... Dia tak tahu, mak ko ni ada kuasa kungtau.. Angin puting beliung kalau suka mungkiri janji..


Kejap lagi tahu la nasib abah ko tu, emak eh dah siap sedia dengan gerakan silat king kong kuasa padu..


Haih, susah becinto dengan orang tuo ni... Emak ko ni suke beno la melalak dalam karoke, bapak ko tu pulak, budget suara Arron Kwok, letak la pisau kat leher pun, tak keluarnye suara tu.. Mahal katanya. Nak buek camno, bapak ko tu ha, tahunya makan makan makan... Kejap lagi keluar la anak sekor dari perut tu.. Omak eh pun naik debab ni ha..


Mood Omak : Merajuksentap kuasa soploh
Mood Bapak : Mencari idea memujuk omak eh yang cun macam kak erra malam ni.. Kalau tak... Awas...!!!

Wednesday, January 26, 2011

Esok Erra Fazira Pergi Raub Yaww..!!

at Wednesday, January 26, 2011 0 comments

Erra Fazira la ko sana.. Bagai kondo dan setinggan bezanya kan.. Hahahah. Apebendebala perumpamana aku ni. Akhirnya, habis sudah seksa duduk dalam kelas pandang dinding.. Kalau dinding tu ade mulut, berbaldi-baldi dah muntah tengok wajah aku yang secara tak sengaja ayu melampau ini.. hahahaha..


Hari ni masing-masing semangat.. memilih baju yang terbaik. Kasut pun polish baikkkk punya, sampai boleh nampak la silauan gigi dari senyuman korang yang baby-baby fesh itu. Kalau pergi kelas selekeh, dengan gaya macam company baru lingkup, gaya bos baru lepas merogol secretary, takpe, no hal, xde sape nak ngurat..


Esok sape-sape yang diri sebelah aku, jangan komplen tau aku bau pasar malam jalan TAR ke, bau SOGO ke.. Terlalu murahhhh.. Hik hik hik. Serba baru uollss.. Belasah je la labu, asalkan ko tak cakap aku bau Lorong Haji Taib sudah..


Well, nak tido lah..gadis cantik memerlukan beauty sleep ni.. ceaaa, budget betul la kak Erra ni.. hahahaha


Tuesday, January 25, 2011

Ragam Papa & Mama

at Tuesday, January 25, 2011 0 comments
Tengah seronok melayan fb pada jam 7 petang, sambil-sambil tunggu papa pulang dari kerje. Eceh...budget isteri tersolehah kan..


Tett tett tett tett..!

Mesej masuk ke telephone.. Bila tengok nama penghantar, senyum sampai ke telinga sebelah lagi... huhuhuhu..


Mama, tengah buat apa..?

Ma tengah baring-baring, papa dah balik kerja..? Dah mandi..?? (motip tanya dah mandi..? hihihi gatal terlebih)

Belum, papa tengah rehat ni, penat sangat kerje tadi

Papa ari ni kerje dekat area mana..?? Sakit lagi belakang papa tu..?? Rindunya kat cayang mama sorang ni... (Sila lempang..! hahahaha)

Tadi papa pergi dekat area atas sikit sebelum Nilai. Dekat area Bangi. Nak balik tu singgah dekat Bukit Jelutong. Dah dua hari mama, rezeki papa murah sangat.. Dah dua hari sale, dapat RM 700

Baru dua hari kan papa, kalau seminggu..?? Ni yang nak manja dengan papa lebih sikit minggu ni... I love uuuuuu..


Ko nak tahu ape pakcik ko yang kacak bergaya tu balas..???



ZZZZZZZ.......


Boleh dia bantai tidur...???? Pasrah aje dapat boyfriend macam ni.. Takpe takpe..

Ade Kehepsi, ade pizahat,
Jumpa nanti, leher mu ku kerat..!


Monday, January 24, 2011

Bershopping Sampai Lebam

at Monday, January 24, 2011 0 comments
No no no... Bukan bershopping sampai lebam. Bershopping sampai tembam ok.. Mana taknya, sambil jalan, sambil makan, jalan 50 meter, makan 1 kilometer... Jalan 10 meter, makan 2 kilometer..wakakaka.



Pada hari sabtu yang lepas, seorang anak dara yang cun tak hengat, bersama 3 orang mak dara kopi janda (hik hik hik) telah mengambil keputusan berjalan-jalan, sambil membeli belah. Gitu kan... Destinasi adalah SOGO uollsss... Tetiba dompet cik buyung tak bocor pulak kan minggu ni.. hik hik hik, elaun sudah masuk uollss.. Kalau tak, bosar lobang dompet eh...!! Bocor memanjang...

Minggu ni kalau nak aku tabur duit dari atas KLCC nuh tu pun aku sanggup.. Kecik punya hal la.. Hahaha..berlagak betul, kang Allah koyak kan terus poket ni, boleh jadi kingkong aku kat puncak KLCC.. Syukur syukur...



Eceh...! Ayunya.. Mama sape la ni.. Hahahaha.. Pitammm..

Mula-mula plan nak tengok wayang tau, tapi tetibe tukar plan, sebab bile pikir-pikir, baik membeli dari awal.. Nak nak Sogo tengah buat jualan kingkong kan.. harus serbu..Sape tak pergi rugi wei... Untuk wanita yang memang tersangat pantang nampak tanda %, harus pergi ye.. Waktu macam ni, janganla ko cari pasal, merajuk ke bergaduh dengn laki masing-masing.. Rugi tak rugi... Raya cina, raya pose, tahun baru, anniversarry perkahwinan, adalah antara majlis-majlis yang diharamkan korang buat drama sentap dengan laki.. Kalau nak gaduh, lepas impian korang untuk licinkan Sogo dengan gaji laki, yang tu ok... hahahaha..



Pagi-pagi, gigih bangun pukul 10, siap-siap, cukur ape yang patut (hik hik hik), tebas apa yang perlu, terus zaassss amik teksi. Kami, gadis-gadis yang cantik, naik LRT saja.. Bila jumpa LRT, macam nak nangis. Macam bercinta kata ko. Dah sebulan lebih tak jumpa cik LRT.. Drama sangaattt...



Yeay sudah sampai... Ini adalah first time datang shopping kat sini.. Dan pertama kali jejak sini.. harus macam drama hindustan aku.. Kene pecah kelapa bagai.. Perasmian katanya... Huhuhu




Kami perempuan yang berperut seperti tangki minyak tongkang vietnam, kene cari makan dulu. Dan mereka-mereka terpaksa melayan kerenah aku kempunan aku makan sizzling.. Masing-masing muka pasrah tak rela je kan.. Nak sizzling nak sizzling..! (Kalau dengan papa buat perangai begini, mesti dah kene kene jeling, apehalkopempuan..! hahahaha)




Aku makan mee sizzling keras...! Urghhh...die punye keras tu, ko boleh pakai buat gantung diri kat kipas tu, leher ko patah, tali ko tak putus.. Serius..! Mee cap apa ko bagi makan ni ha..?? Mesti cap Thong Ah Yap ni...



Lepas je makan, berdesup cari port untuk shopping.. Sebut je penjuru mana aku tak pergi, tingkat mana aku tak serang. Seperti hilang kawalan ok. Tangan kiri, pegang seluar dekat bahagian ni, tangan kanan pegang baju kat bahagian sebelahnya. Sebolehnya kan xnak orang kebas..


Kalau ade yang dah pegang baju yang aku nak amik tu, zassss mendapatlah jelingan maha padu dari aku...! Ko pehal pempuan..! Gituwww.. Wanita ni, nak tengok perangai sebenar, mudah je.. Time sale, pecah la tembelang, macam aku..!! Hahaha.. Take not ya wahai lelaki.. Eh tapi i romantik tau, cume waktu sale je, i manja-manja garang sikit.. Cea... up up..!



Tak cukup dalam Sogo, terus shopping ke Jalan Tar pulak...kat sini, memang lagi nauzubillah, betul-betul menduga kesabaran kata ko.. Aku tak pernah jejak pun sini, dan barang-barang die, murah ok... Ada satu kedai aku masuk tu, semua baju harga RM25. Semua ye..!! Tak kira ko nak baju macam mana pun.. Yang tudung pulak jangan cerita la, murah sangat.. Aku beli selendang, 2 helai 15 hingit.. Mana nak dapek dalam dunia ni ha..! Jalan TAR sahaja.. Cea..tetiba nak mempromote...



Kami shopping tak banyak mana pun..Kira ok la kan kalau shopping sampai senget bahu... Kalau yang maksimum tu, sampai kengkang-kengkang kot naik tangga LRT tu.. hahaha.. Cover beb cover... Padahal sampai bilik, longgar-longgar kepala lutut.. nak capai katil pun macam orang mintak nyawa, mintak nyawa..~





Berehat sebentar bersama gadis cantik dan dayang-dayangnye.. hahaha.. Eh, dayang minachi la paling over senyum... Kemain lagi ek buat muka ayu, kita tahu la kamu tu, suka buat muka tagih jodoh. Wakakakaka




Penat sudah, masa untuk balik.. Masa tengah duduk ni, sempat ok beberapa muka budak tak boleh nak up tegur, 'Ni nak pergi mana ni...~' Budget kami minah indon yang xde tempat tinggal... Hamlau punya langsuir. Hello, aku duduk penthouse tau.. Kau ade..??? Daaa~



Friday, January 21, 2011

Olololo Tomeinya

at Friday, January 21, 2011 2 comments



Pakcik gendut korang tu tengah merajuk ok.. tak padan dengan umur, tak padan dengan panjang, ade hati tu 'Mama memang suka kan keluar dengan lelaki tu. Ok. Bye'


Ko tengok, ko tengok.. Sakitnya hati.... Bukan sepatutnya turn mama ke yang merajuk.. Ok, lelaki sangat suka ye berkelakuan begini.. Bila tengok awek nak merajuk, cepat-cepat cari tajuk yang boleh buat si pakwe merajuk. Nanti yang si awek ni kesian la, lupa pada merajuk sendiri, terkial-kial mujuk pakwe sendiri yang merajuk palsu itu.


Kalau dulu mula-mula kenal, mama la jantung hati, mama la jantung pisang papa, mama la gendut papa, mama la itu, mama la ini.. Sekarang..???


Janganla merajuk ma, nak jadi macam budak umur 18 tahun ke..??? Tak nak kan.. Jadi jangan merajuk


Itu aje.. Boleh ??????


Kalau aku tahu, aku dah bunuh je dengan tulang dalam sup tempoh hari.. Dan hari ni, nak merajuk sekali lagi, tak boleh ok, sebab dia dah cari point awal-awal fire aku..Perghh pedas je kan..


Papa merajuk tak comel la, macam spongebob..! hahahaha


Thursday, January 20, 2011

Awek Cun Yang Sentap Sendiri

at Thursday, January 20, 2011 6 comments



Tajuk nak up je kan.. hik hik hik... Nak cerita sikit pasal pakcik korang tu la.. Ala sape lagi, my only ehem-ehem tu.. Dia tu kan dah nak diambang waktu Asar, kene panggil pakcik... wakakaka...

Malam tadi, weoll berdua pergi dinner, dia teringin makan sup tulang, aku insan yang cantik, lagi lemah lembut, akur saja, tapi di hati nak MacD, nak MacD..!! Taknak sup tulang, taknak sup tulang.. ! Gitukan memberontaknya. Sampai kat kedai pun, rase kene ditarik-tarik, dipaksa-paksa.. Mencik..!!

Tapi disebabkan aku dah janji nak belanja, tulang pun tulang la... Selamat duit aku..Wakakaka.. Keji tak keji aku kan..

Masa tengah makan, borak-borak la. Macam-macam cerita keluar, 3 hari tak jumpa, rindu menggunung, beban tak tertanggung.. Borak-punya borak, gelak punya gelak, keluar la cerita pasal seorang kawan dia ni, nama dia Razak.. Razak dan cik abe aku tu, sama kerje ye uollss, Senior Sale Supervisor


'Papa cemburu dengan Razak tu Ma..'

'La, kenapa pulak papa cemburunya..'

'Yela, mama nak tahu tak, walaupun die tu serba kekurangan (bisu ye uolls), tapi sales dia RM 3000 sebulan'


'Macam mana dia boleh dapat banyak tu papa..?'

'Rezeki anak kot mama..'


Lepas dia cakap rezeki anak tu kan, aku cuba-cuba la nak test, sejauh mana kasih sayang chenta mati dia tu pada aku kan.. Saje nak tengok kan..


'Papa nak kaya macam Razak tak..??'

'Mestila papa nak.. Macam mana..??'

'Senang je pa, papa kene ikut langkah dia. Kawin la. Nanti papa dapatla rezeki anak, rezeki isteri..'

Kau nak tahu apa pakcik yang budiman ni jawab...???


'Oooo macam tu, kalau gitu, papa kawin dua la mama, mesti rezeki double kan..??


BOLEH..?????


Grrr... Ada hati tu kan.. Dia dah sengih-sengih gatal.. Oooo nak berbini dua ye..??? Nak pasang satu lagi ye, nak rezeki double ye. Amik ni.. Dush Dush..!!! Nasib je baru puji aku comel, kalau tak, makan la kau dengan tulang-tulang ni.. Alat membunuh sudah berada di pinggan.. Tinggal pembunuh melakukan jenayah saje.. Cissss...!


Padan muka aku, gatal sangat nak bertanya, kan dah sentap sorang-sorang.. Menyesal nyaaa..!! Xnak kawan papa dah.. :P . Cecece, xnak kawan xnak kawan pun, gedik ajak dating hari ni... Hik hik hik


Wednesday, January 19, 2011

Cik Buyung Ada Interview Yaww..!

at Wednesday, January 19, 2011 4 comments

Padan muka aku. Ingat nak main-main je klik kerja kat Jobstreet malam tadi. Sekali, eh eh orang tu kol la.. Gila cepat kan.. Bagus-bagus..!!

Tapi macam tak bersedia lagi la uolls untuk aku bekerja.. Sayang nak tinggal kawan-kawan ku yang semua bontot macam mummy shrek tu.. Mana nak dapat species gitu kan.. Sudah terancam katanya..Hik hik hik

Cececece, macam la dapat kerja tu, belum apa-apa dah pikir, nanti kerje nak bawak motor la, pastu parking kat stesen LRT, pastu boleh jalan kaki, pastu nak cari rumah dekat dengan papa.. Nanti tiap malam boleh mengada-ngada mintak belanja makan, pastu leh manja-manja mintak gelang emas. Hik hik hik.. sepak je juta-juta cik buyung ni.. Baru nak interview je kot kan...

Tapi debar-debar la, apa yang aku nak jawab ni. Aku bio marin, yang aku nak pergi ni, bahagian admin, ok, dalam laut sudah sedia maklum, takkan ada ofis yang penuh dengan meja, dan ikan-ikan duyung yang jadi secretary..

Maklumat Interview:

Jawatan - Admin Executive
Tempat - Cosmopoint
Tarikh - Jumaat ni pukul 9


p/s: Macam tak sesuai je kan jadi orang admin.. Secretary baru mengancam. Artis sangat kannnn...


Tuesday, January 18, 2011

Aku Merinduimu ~ Ding Dong

at Tuesday, January 18, 2011 4 comments

Ada sesapa rindu akan wajah perempuan cantik di sini..??? Sila tendang juta-juta.. Wakakaka.. Agak lama tidak update, gara-gara tiada cerita-cerita menarik tertarik ko memang tembom...

Eh hari ni aku ada exam tau.. Gila punya susah, gile punya panjang, gila punya orang.. Hambekkk.. memang susah kot, well, macam jawab soalan Agama Islam, jawab berdasarkan logik akal.. Dan ada dua soalan yang aku tak sempat nak jawab tau.. Eh, bukan tak tau, tauuuu cuma tak sempat. Kalau dia bagi masa setengah jam lagi ke, mesti asyik-asyik aku mintak kertas lebih, asyik-asyik mintak kertas lebih. Esei kan... Ceaaa.. Cerita nak up je ...

Nak tahu tak, mesti penanda kertas tu minum racun tau, sebab aku letak nama Gadis Cantik.. Hik hik hik.. Dekat ruanagn I/C pulak, aku bubuh je 007.. Hak hak hak.. Gadis James Bond gitu kan..

Tapi, gadis cantik sudah buat sebaik, dan secemerlang yang mungkin. Sehinggakan penanda kertas aku tu akan kagum menggunug la, sampai merajuk taknak tanda kertas orang lain, sampai boleh kata, 'She is the best..!! She is the cutest..!! She is the sexiest..!!' Hahaha..


Aku sudah mandrem itu kertas jawapan, biar kasi nampak, jawapan esei yang aku jawab 1 baris sahaja, nampak macam doploh muka surat.. Hebat tak hebat mandrem Cik Buyung.. Sapa-sapa yang terasa masuk exam je fail, bile rase fail mesti ada exam, nak ilmu memikat penanda kertas, syarat nya, announce lah, bahawa aku lah Gadis Secantik Seantaro Dunia..! Nescaya kamu akan mendapat kab ba ra kap alif ta alif nun..! KEBERKATAN....~~~



Sunday, January 16, 2011

Dah Tak Boleh Gedik-Gedik

at Sunday, January 16, 2011 4 comments

Nangis dulu ok.. Tsk tsk tsk.. Selama ni aku menyanjungi lelaki kacak di dalam blog. Setat hari ni, no puji-puji, no lambung-lambung, betapa kacaknya mamat itu. Sudah ada yang memerhati. Sudah ada yang menyiasat. Siap ada kanta lagi tau. Huwaaaaaa... Acik tak suka..!


Aku sudah mendapat perlian dari seseorang yang .. er special, er istimewa, er tersayang, dan errr ape-ape jelah kan.. Malu sebenarnye. Gedik pun iye. Hik hik hik.. Lempang..!


Ingat tak entri aku pasal Dia Sangat Gentleman tu. Ade kan.. Bukan main melambung lagi aku puji sampai pluto nuh. Hensem la, kacak la. Eh tapi memang kacak ok.. Tadi semasa si ehem ehem nak hantar aku pulang ke asrama, selepas puas ber ehem-ehem (hikhikhik.. Gatai), dia tanya aku...


"Mama (lempang sekali), macam mana mamat ensem yang dekat dalam bas tu..??"

"Mamat ensem yang mana pulak ni papa (lempang 2 kali..!)"


Aku terpikir-pikir... Ape kene la pulak dengan pakcik ni, tetiba pulak kan. Mamat hensem mana ni ?? Aku tak pernah date dengan mana-mana lelaki (wah statement, memang bisa..hahahah)..


"Ala, yang mama cerita tolak-tolak makcik, amik-amik gambar, ensem papa tengok, dapat no telefon..?"


Dalam hati aku, ah sudah... Takkan dia baca kot kan.. Dia tak tahu aku ada blog uollss. Sebab, dalam blog boleh nakal-nakal tanpa pengetahuan dia.. Depan-depan senang pecah lobang. Dia dah sengih-sengih kambing, muka aku dah warna pink, malu-malu babu fesh.. Hahahaha..


"Papa baca ek...???"


Dia sengih lagi, tanda iye la tu kan..


"Papa jahat oh..! Papa marah ke..?"


Nak tahu apa die jawab..?? Aku ingat cemburu ke apa..


" Tak, papa tak marah, normal la tu, bila pakwe takde kat sebelah, nampak lelaki hensem, memuji-muji dalam hati..., Macam tu jugak dengan lelaki. Ternampak awek cun sikit, mesti memuji-muji, nak-nak awek xde kat sebelah. Dapat no telefon tak..? Sapa nama die Ma..?


Agak menusuk di hati la ayat dia tu kan.. Huhuhuhu..


"Jadi, kalau mama takde kat sebelah, papa puji-puji awek lain la..?"


Dia geleng-geleng..

Elehhhh..! Budget je tuh kan.. Kot la nampak yang lagi gebu sikit dari aku, menitik -nitik air liur..

Kesimpulannya, no puji-puji lelaki kacak after this.. kene behave uollss.. Susah nanti kalau ada yang merajuk.. Nak-nak kalau merajuk time dinner.. Rugi-rugi.. Wakakakaka. Lepas ni nak puji dia sorang je, mana tau, lembut hati dia nak bagi gelang emas sebesar rantai tambat kapal tu ke. La la la la ~



p/s: Ada yang muntah dengar adegan papa mama ni..?? Hik hik hik... Ok what, sebelum ni decide nak panggil baby tau.. Hahahaha.. Berkapan lah engkau disitu..

Saturday, January 15, 2011

Duit Nuffnang Pertama

at Saturday, January 15, 2011 6 comments

Yeay..!! Pertama kali aku nak cash out kan duit nuffnang pertama aku ni.. Walaupun rm 50 aje, tapi susah kot nak dapat Rm 50 ni. Setahun berblogging, baru boleh nak cash out.. Jenuh acik tunggu. Sampai kempis lemak-lemak ni. Hik hik hik.


Yang ni, otw akan di cash out kan.. Tanpa korang, sapelah blog aku ni. Cewaahh..! Agak budget disitu. Ingat ramai pembaca ke kan. Nanti kalau aku dapat juta-juta, aku belanja seafood eh eh eh..??? Tunggula korang, memang berjangguit nak capai juta-juta. Hahahaha... Bila aku post ni, hari Isnin ni, ramai la yang kerumun mintak belanja.. Baik aku cakap, alamak, dompet teringgal la, pakai duit korang dulu la. Sok aku bayar. Pastu esoknya buat lalalalala~ Hahahaha.. keji keji



Friday, January 14, 2011

Dia Sangat Gentleman

at Friday, January 14, 2011 4 comments
Pucuk dicita, ulam bergolek-golek.. Aku sempat menyaksikan kegentleman-nan seorang lelaki kacak dalam bas.. Hak hak hak


Kisah nya... Aku baru balik dari kelas, nak tunggu bas dekat bus stop. Setengah jam macam tu, lepas ketiak aku memang cukup basah,sampai boleh perah pakai span, baru la nampak bas terkedek-kedek datang. Naik bas di sini, kene cukup kental, kene berebut-rebut dengan makcik kilang Indon yang super duper menakutkan.


Kalau ko lembik, ko tersingkir. Tu je syaratnye.. Hahaha.. Memang horror. Aku wanita berurat konkrit, berdarah simen, xkan kalah beb..!! Harus dapat duduk kan. Makcik tak makcik, semua aku langgar. Hahahaha.

Lepas je bayar tambang, dapatlah jugak aku duduk, siapkan reservekan kerusi untuk minachi ok, dia tu lembik sikit, kene ade bodyguard macam aku. Wakakaka. Bila aku duduk je, aku terpandang sesusuk tubuh sedang duduk. Mata dah bertukar bintang-bintang. Muka dah shining-shining baby fesh.


Alamak...!!! Abang ensem, abang ensem.. Dah cuit-cuit minachi kat sebelah. Dia sengih-sengih tersimpul ayu.. Fake giler senyuman tu !! Saje la tu nak potong line kan.. Saje nak buat gadis cantik terselindung disebalik semak samun... Tak boleh percaya ini perempuan.

So, makin lama, makin ramai pulak yang naik sampai bersesak-sesak. Dari tadi, aku masih di dalam angan-angan khayalan, mata masih berbintang-bintang kan. Tibe-tibe, aku nampak dia dah bangun. Eh, nak turun dah ke..?? Jangan la turun plzzz, tak sempat merembes ni. Hahahaha

Rupanya dia bukan nak turun dari bas ok, dia nak bagi makcik-makcik tu duduk. Dia sanggup berdiri. Aku yang memerhati, alah alahai... ekau sudah tusuk jantung den la yob.. Apo namo eh..???




Kali ni, bukan bintang je keluar, bulan, planet pluto, marikh, matahari sudah terpusing-pusing kat mata.. Tangan minachi sudah ku pulas-pulas kerana kegeraman. Ei ei ei..!!!


Then, aku pun cakap pada minachi, "Mira, kesian kan makcik tu. Kita bagi dia dudukla, penat ha dia berdiri kan. Sampai ketor-ketor"


Dengan tetibanya aku jadi angle-angle baby fesh.. Hahahaha.... Bukan apa, saje nak adjust tengok tinggi mana lelaki ni, senang aku nak deal dengan mak andam. Wakakakaka..


Thursday, January 13, 2011

Sedapnya Tido

at Thursday, January 13, 2011 0 comments

BAZILAH BINTI JUSOH...!!!!


Sila bangun ye.. Jelesnya tengok Baz tidor tak bangun-bangun. Eh, hidup lagi ke tak minah ni. hahahaha. jahat gila aku. Takdelah, statik je roomate aku ni tido.. Risau menggunung ni. Oh ok, dia baru bergerak sikit. Hidup lagi. huhuhu

Aku bangun, dia tido, aku tido, dia tido, aku bangun tido, dia tido.. mencik ok dengan orang yang boleh tidor lama-lama ni...

Aku nak tidur lama-lama, mesti ada je yang cemburu. Tak sampai 5 minit, ada je yang calling-calling... Ada je yang suruh sign agreement sana sini, check juta-juta, kontrak ber K K.. Susah jadi CEO ni.. Ceaaaa.. (kembang hidung sebab henset bunyi lagi kencang dari korang)..

I kan famous.. Tu tak masuk lagi buzz buzz kat FB, twitter, YM, bersusun-susun, tu ade lagi yang tengah tunggu giliran nak buzz aku.. Hakhakhak.. Ayat nak menang je kan.. Tidak ku sangka, hidupku sepopular ini.. Hahahaha... Muntah..!


Motip entry..?? Just nak bagitau aku glamour.. Wakakakaka

Sebenarnya sedang keseorangan di kala Bazilah Jusoh xnak bangun-bangun. Dan saya kesepian... tsk tsk tsk

Kisah Duit

at Thursday, January 13, 2011 2 comments



Kan aku ada pung pang pung pang pasal elaun yang tak masuk-masuk lagi tu kan. Yang KONON-KONON masuk 12 hb tu.. Sejak 12 hb Januari, aku telah 10 kali membuka Maybank 2U, tak termasuk aktiviti mencucuh kad di ATM, adalah juga lapanploh kali (ok itu tipu), baki tetap sebelas hinggit sembilan ploh sen.. sebelas hinggit sembilan ploh sen.. sebelas hinggit sembilan ploh sen..!!


Rasa nak bunuh diri kot tiap kali tengok angka sebelas hinggit sembilan ploh sen tu.. Ate, aku menunggu sebelum 12 hb lagi ni.. Baru rancang 13 hb nak goyang bontot kat club ke kan.


Well, tengahari tadi, orang dari Biotechcorp datang dan bagi jaminan minggu depan duit akan masuk... Lambat tu.. Minggu depan ye.. Kita tengok apa jadi minggu depan, kalau xdeeeeee... aku teeea pale mu.. Cube royak sungguh ke ambo. Ceaaahh.. sesuka hati nak teeeaa kepala orang kan..


Girl, Monday night, kita goyang bontot kat Aloha jom... Hahahaha.. Shhh. Jangan bagitahu budak lelaki tau, jatuh saham makcik.. Anak-anak ayam ku sekalian, set time, kita goyang dada kat Loft malam Selasa.. hahahaha


Macam haram je perangai aku.. Well, artissss kannn... Tak keyell la tak pergi club (trademark cik buyung paling latest)


p/s: dapat duit nanti nak beli ape ek..?? Angan-angan nak beli spender Victoria Secret tak tercapai lagi ni.. hikhikhik.. Orang sekarang, spender pun boleh jadi angan-angan..


Wednesday, January 12, 2011

Miss Universe & Mummy Shrek

at Wednesday, January 12, 2011 2 comments
Yang mana satu mummy shrek..??? Mestilah yang belakang tu... hak hak hak.. Miss Universe kene duduk depan-depan kalau tak, penonton tak nampak. Artis katanya kan, kalau bergambar, hasil kene kencang. Instructor sibk bagi penenrangan, yang aku dengan mummy shrek ni sibuk bermuncung-muncung, ber muahh muahh (lain macam je bunyinye. hehehe).


Oh...! Mak terkejut nok.. nok mana yang terkejut. Mestilah nok shrek.. hahahaha


Sementara menunggu apebendebala entah nama machine tu beroperasi, nok-nok menjalankan misi menggedik, tanpa menghiraukan lelaki kacak yang memandang.. Huisshh, jatuh saham acik ni tau..( betulkan selendang balik. Hahaha)


Jelingan maut kami berdua. Terimalah..! Dan muntah...

Tuesday, January 11, 2011

Debaran $$

at Tuesday, January 11, 2011 2 comments

Debar tak, debar tak..???

Bukan debaran menunggu di pinang orang, tapi debaran menunggu 12 January 2011.. DUIT MASUK WEI... Aku dah terbau-bau kewangian abang-abang bank yang akan luluskan duit student BeST.. Dan muka-muka kakak-kakak Biotech-Corp cantik yang muram, di saat menunggu tarikh ini..


Lama kot tunggu ni. Kalau la duit masuk esok, hari Khamis, semua masuk kelas bau kedai je ok.. Dah takde dah bau stokin kepam. Semua baru. Takde dah tengok baju lusuh, semua pakai baju yang belum tanggal tag harga, nak tunjuk 'Baju aku beli kat Sogo weii, ko kat masjid India je.. Xde kelassss... Hahahaha'

Kalau yang lelaki, kasut bau wangi je kan, maklumlah, sebelum ni nak beli sabun basuh stokin pun, nangis dulu. Yang perempuan pulak, part mana yang tak bahu kedai. Atas bawah. Kat kepala, bau KLCC, kat tangan bau Pavillion, kat peha bau Times Square, kat kaki bau I-Setan.. Ko nak mana lagi, yang dalam-dalam tu, bau Victoria Secret. Jangan main-main kooo.


Dan malam esok, aku sure, MacD depan hostel tu, dah jadi macam kedai mamak je.. hek elehhh.. gituw kan. Nak datang pun, x payah pikir, dompet aku bocor tak ek minggu ni,. Takpun dalam kepala dah berkira-kira, tadi siang duit 50 sen ade 5 keping, 20 sen ade sepoloh keping, duit kertas seringgit ade 5 keping, dah bayar itu ini, eh cukup makan MacD ni. Hari kamis ni, xde dah, kasi terjah aje kan..


Aku jamin, tepat pukul 9 esok, masing-masing xde dalam kelas, berderet beratur kat ATM tu, takpun, yang malas nak tengok, cari muka aku, 'Fa, duit dah masuk ???' Apa ko ingat muka aku kaunter pertanyaan baki ke..???


Apa-apa hal pun uollss-uollss yang berkenaan, sabar ye.. Esok malam kasi terjah itu JJ ke, Sogo ke, nak up lagi Pavillion ke, sapa pakai baju buruk hari Khamis, kite kasi ketawa.. Muahahaha.. Sekali aku.. Nangisssssss...


p/s: Jom pi Pavi.. Cikai-cikai pun the Curve la.. Ceaaaah


Usha Tugu Negara Pulak

at Tuesday, January 11, 2011 0 comments
Bismillahhirrahman ni rahim, dimulakan sebuah entry berjalan-jalan lagi, dengan muka perempuan cantik yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Keh keh keh..


Dekat kelas dah ade yang menegur ok. 'Fa, ko ni asyik berjaaaaaaaaalan aje..!' Dah tu camno, kaki ni, paku la macam mana pun, akan ku seret jugak.. Lepas je aku berilmiah (katanya kan) di Muzium Negara, awek adik aku tanya, "Nak pergi mana lagi kak..??". dengan sifat kepatriotikan dan kesetiaan kepada negara, aku jawab "TUGU NEGARA bebeh". Hahahaha.. Terbebeh-bebeh koo.



Sapa dah jalan Tugu Negara..??? Angkat hidung.. Aku dah pergiiii, boleh kembang hidung..! Hahahaha. Ko ada, ko ada..???


Well, aku boleh bet la, ada orang KL yang x pernah tengok pun Tugu Negara yang sebenar..?? Kalau ko kata, Tugu Negara ni adalah patung yang kecik, meh aku sekeh kepala ko. Dalam tv, nampak tak berapa besar ok, bila tengok depan hidung, kau akan rasa OMAKAAAIIHHHH (cara orang melayu), OMAIGODDDD (cara orang putih).



Bosar kemain.. mencucuk langit. Dan aku adalah kagum terloncat-loncat.. Kalau tanpa loncat tu, kagum sikit je. hikhikhik. Tugu Negara ni, area Taman Tasik Perdana tu je, cuma, nak masuk dalam tu, kene jalan sikit, bukanlah, betul-betul tepi jalan. Apa..??? Malas jalan..??? Kooo, sejak jadi manusia ni, cubalah bawak insaf sikit dengan lemak-lemak tu. Ceaaaa.. Mentang-mentang dah turun 3 kg, motif ???? hahahaha




Masuk je pintu utama, mula-mula akan ada Tugu Peringatan, Tugu Peringatan dan Tugu Negara ni, lain ok. Yang Tugu negara tu khas untuk askar Melayu, yang Tugu Peringatan tu, untuk semua.



Tapi, kat Tugu Peringatan ni, dah ada nama-nama orang yang terkorban, so, banyak nama orang putih la, orang Melayu nan adooo. Cari-cari jugak, tapi tak ada.

Gigih la adik ipar aku tu melayan perangai gedik aku ni.. Aku posing gaya ratu pun, dikata cantik.. Hak hak hak. Best kot ada adik ipar, kalau ko kata ko penah menang Miss Universe pun, die ucap tahniah. Hahahaha. Sejak-sejak pinggang dah 24 ni (ke..?? hehehe), saham aku double.. DOUBLE wei...

Monday, January 10, 2011

Dah la gemuk...

at Monday, January 10, 2011 2 comments
Sambung. Dahla gemuk..!!! Perangai macam tutttttt... macam teeeettttt... macam totttttt..!!! Aku benci mamalia dugung itu, bajet macam bagus je kan. Kalau berjalan, muka tak boleh blah langsung, kemain mendada macam artis.. Hey, yang kau tunjuk tu bukan dada ye, itu lemak..!


Dah lama aku nak cerita, tapi aku pendaaaammm je, ni baru terluah. Kisah perempuan gemuk, yang aku terpaksa pandang HARI_HARI.. HARI-HARI ye..! Tiap kali tunggu bas, terpaksa pandang muka dia.. Kalau uolls nak tau, dugong ni, super duper sombong ok..!! Aku benci.. Muka agak sial sikit la.. Aku pernah senyum kat dia, tapi dia boleh buat muka celaka depan aku. Perggh..!! Sejak hari tu, aku dah mark ikan paus itu. Pempuan ni sangat menjengkelkan ok. Padan la kau takde kawan kan.


Kawan aku pernah cerita, masa nak naik bas, budak tu tolak kawan aku ok.. Kau tahu, dah la die tu GEMUK, pastu die pergi tolak kawan aku, kawan aku tu, kalau ko tiup pun, boleh sampai obersea. Ini kan pulak di sondol oleh ikan paus. Panas je la kawan aku tu, tau la nak cepat kan, tapi agak-agak la nak tolak. Kalau badan ko tu seslim nasha aziz takpe jugak. Daaa...! Saiz kau dah padan nak masuk Biggest Looser ok.


Minggu lepas tak silap aku, masa tengah tunggu bas Kat Bus Stop. Masa tu lama jugak la nak tunggu bas tu sampai. Ada seorang driver ni, pakcik la kiranya, memang peramah orangnya, suka buat lawak. Dia suka buat lawak bukak pintu lambat-lambat kalau kalau dia tengok kami ni nak naik. Weoll tak kisah mana la, sebab pakcik kannn.. Hormat uollss.. Masa tunggu bas tu, pakcik ni la yang jadi driver, jadi sampai-sampai je bas tu depan kitorang, die buat la main-main tak nak bukak pintu bas.


Kau tahu, apa budak gemuk a.k.a belon udara tu cakap..???



"Pakcik, bukakla..!! Erggh erghh..!"



Kurang ajar tak..?? Mana adab ko pempuan..?? Kau sedar tak, badan kau tu gemuk, xde jantan nak, lepas tu perangai ko tott tett tuttt..?? Ko perasan tak..??? Dengan orang tua pun, ko tak hormat. Orang kata, biar muka x cantik, biar badan tak solid, biar muka ko parut-parut, tapi, orang semua suka kawan dengan kau.. Ni tak, belon panas tu pun aku rase lagi sejuk dari baran kau tu..!! Apasal kau nak marah..??? Penat menanggung lemak..???

Perempuan Cantik Sedang Kemalasan

at Monday, January 10, 2011 0 comments



Sejak akhir-akhir ni aku malas sangat nak taip entry.

Malas nak cerita.


Malas nak karang ayat.


Malas nak letak hehehe hohoho hihihi


Malas nak syok sendiri dah (dengan mengatakan aku la perempuan cantik di abad ini)


Malas nak kutuk orang.



Malas nak mengaku diri sendiri glamour. Boleh ?? hehehehe

Malas nak amik tahu yang aku digilai ramai.. Hakhakhak..


Malas nak menggilai jejaka kacak di dalam blog.


Malas nak mengumpat Mr A

Malas nak bagitahu yang diri ni bukan tak laku, tapi demand terlampau.


Ok kesimpulannya.. MALAS...!!!

Thursday, January 6, 2011

Muzium Negara Bebeh..!!

at Thursday, January 06, 2011 2 comments
Dimulakan dengan gambar mak datin paling hot di abad ni sebagai mukadimah.. Ya a auuuwwww. Ececeaaa.. Cukup panas..??? Lebih panas dari hati korang yang malam-malam buta dan kena pandang Ratu Dunia di bawah ini. wakakaka.

Minggu lepas, hari Ahad, walaupun keluar rumah dah pukul 3 petang, boleh cover 1 KL uolss berjalan.. hahaha.. Tipu je.. Well kali ni, kita ke Muzium Negara.. Nampak macam adik-adik yang lambat up je kan pergi situ.. Tapi percayalah, berbaloi-baloiiiiii. Plan sebenar nak ke zoo, tapi, dompet aku berlubang pulak. BESAR pulak lubangnya kan :P.. Nak masuk zoo pun 15 hinggit..! Makan dalam tu lagi, tak campur dengan kepansan yang melanda-landa.. berpoloh-poloh makcik nanti..

Aku tak tahulah Muzium Negara ni area mana, tapi, dalam satu kawasan, adalah besar okeh.. Kat situ la muzium, kat situla Taman Burung, kat situ la memorial Tun Abdul Razak, dan kat situ jugakla Muzium Polis. Kalau ada yang feeling-feeling er Mat Sallerrrhh, er uolss boleh walking-walking, running-running until u meet the hell... Hahahaha

Eh lupa nak bagitahu, i pergi dengan bakal adik ipar i yang baik hati uolss.. Kenapa baik hati ??? Ko cakap la nak kemana pun, start enjin, terus vroooommmm..!! Dengan aku je la kan boleh, kalau uollss yang mintak, entah-entah dapat jelingan padu 'Kau apa hal nak suruh-suruh...!' . Gitu...

Mula-mula mahu ke Planeterium Negara, tapi, tengok-tengok, tutup pukul 4.30. masa tu dah pukul 3.30 kan, macam mana tu..?? Tak sempat kau nak kentut untuk kali kedua kat situ, dah kene halau keluar.. Baik aku pergi tempat yang boleh kentut banyak kali. Wakakakaka.. Apahal entah nak tutup cepat-cepat, apa ko ade urusan hal paduka baginda nak kasi setel ke..?? Relek-relek sudeeeee..

Diatas jejantas. Mahu menyeberang ke destinasi syurga.. Muahahaha


Uiii.. melekuk melentik meletop...!!! Hahahaha.. memuji diri sendiri adalah baik untuk awet muda.. Tips hari Jumaat ye uolsss.. Kawasan ni macam sunyi sikit la, sebab tak ramai orang, walaupun hari Ahad, janganlah mengada-ngada nak jalan sensorang, lepas tu kasi pose maut jelingan manja dengan lelaki yang tengah lalu-lalang disitu.. No no no..! Man is danger, especially the ugly one..! The cute one ok... hahahaha Apakah ???

Masuk sahaja pintu utama, ada pameran keretapi-keretapi zaman dahulu.. Dari jalan besar, dah boleh nampak bende-bende ni kot... Terus keluarkan camera. Kechek kechek...!! Gedek Gedek...!!

Masuk hall pertama, adalah pameran baju-baju tardisional.. Pandang sekali lalu je, malas kot nak baca tulisan, banyak kemain, kalau kumpul-kumpul, boleh jual buat duit tau... Aku insan yang tak suke membaca. Jadiii... next..!!

Comei sungguh la kakok ni..duduk simpuh molek.. Ada sesapa berkenan nok jadikan calon bini.. Tapi kakak ni tak boleh beranak la... Auuwwww... Seram ok, patung kat sini, nampak macam hidup. Malam-malam mestiiii...... tettt...!!! Kebanyakan adalah pameran pakaian tradisional, termasuk aksesori yang maha berat letak kat kepala, tangan dan kaki bagai...

Demonstrasi me... me... me- apa ek ??? Haaaa, mencetak batik la senang paham..


Singgahsana di Raja. Warna-warni lagi kooo. Macam rumah makcik Hang Tuah dah.. Setiap dinding kaler merah pink hijau kuning biru..!



Teka bende apa ni...???? Keranda kaum Dayak uollsss.. Seram mak.. Dan bende ini adalah kocik ok... Nak masuk punggung pun, hazabbb...! Orang Dayak kecik-kecik ke..??? Well, yang aku tahu, tak semua mayat yang dimasukkan dalam keranda adalah dalam keadaan baring tegak.. Setiap kepercayaan ada posisi tersendiri.. Ecececea, dan macam tok penggali kubur dah aku


Destinasi seterusnya adalah ke Istana Satu.. Bukanlah istana betul, kire istana zaman orang dolu-dolu. Dan Acik sangat sodih sebab, 'Macam ni ke istana kooo..!!' Upgrade sikit je dari rumah kampung yang paling cikai dekat Batu Pahat.. Kecik wei... Kalau yang ni istana, rumah rakyat jelata adalah upgrade sikit dari reban ayam ke..???


See.. Aku tak tipu, inilah Istana Satu nya.. Panas membahang pulak tu dalamnya..

Ruangan dapur makan Istana Satu


Ruangan touch up -touch up.. Hehehehe.. I like this section.. Banyak cermin..!


Ruangan beradu sang raja dan si permaisuri.. Auuuwww


Batu dalam pagar tu, bukan nesan ye uolls. Tu adalah batu entahapaapa, sebab aku kelupaan. Tapi dikatakan batu ni hidup, bukanla malam-malam dia loncat pagar tu pergi minum teh tarik roti canai, tapi batu ni membesar, membesar dan membesar...!


Patung peringatan yang diperbuat daripada besi.. Saje aku gedik-gedik peluk patung ni, nak rasa, macam la gamoknye peluk orang putih, nak peluk yang betul-betul, ehem ehem, belum aku sempat bersuara, masing-masing dah bukak langkah.. nak terajang aku.. hahaha



Kereta bomba zaman dolu-dolu.. Tangga dia pun, antik kemain. Roda belakang pun, alahaiiii, macam mengundang kebakaran yang lagi besar je. hahahaha

Ok, tu baru ruangan di sekitar Muzium Negara, belum masuk dalam hall utama lagi. Sebelum itu, mencube pose paling budget seksi pernah aku buat.. hahaha.. Yang tukang amik gambor pun, dah tahan-tahan perut nak ketawa, tapi nak jaga hati kakak ipar, cakap je 'CUTE'... hahahaha

Peace mahal ratu Cantik Dunia.. Eceh...! Jangan tiru gayaku...

Aku di depan pintu masuk muzium. Feeling tourist tembam uollss..


Masuk Muzium Negara murah saja uollss... Rm 2 ye.. DUA HINGGIT.. Untuk warga asing, 5 hinggit.. Padan muka, mahal... Kita murah jeeeewwwww.. Kembang hidung muka berlagak.. Kau ada..?? Apasal tak letak 10 hinggit ek..??? Baru la cepat kaya hasil kikisan duit Mat Salleh.. kan kan kan.. Ni tak, tiap tahun kikis duit rakyat sendiri.. Upsss...hehehe

Ada 4 dewan kesemuanya. Ada Dewan A, B, C dan D. So macam ikut turutan la. Mula-mula masuk Dewan A uolss. Ok, dalam ni semuanya adalah mempamerkan barangan-barangan purba, dan kehidupan manusia beribu-ribu tahun dulu.. Memang cerita yang super duper antik habis la.. Zaman Neolitik, Paleolitik dan bla bla bla.. Tak ingat la der.. yang bla bla tu, letak jelah apa ko nak letak..hahahaha.. Boleh gitu.

Masuk-masuk je dewan A, ade pameran tempat simpan mayat.. Apakh ini ??? Seksaan jiwa dan mental kah ??? Kasi terkejut je.. Bagi la warm up dulu sikit kan. Masuk-masuk nampak rangka manusia.. Kalau budak kecik ni, boleh tersampuk doploh hari tau. Gambar di atas adalah keranda orang dolu-dolu..

Bentuk kuburan orang dolu-dolu.. Cantikkann ??? Entah apa-apa cik buyung ni, kubur pun dikata cantik..

Yang ni pun bentuk kubur jugak.. Niceeeee... Tapi aku tak sempat baca, ke aku dah lupa ek..??? Well, kalau ko letak lelaki kacak tepi tu, sure aku tercongok bace info selama setengah jam di situ. hahahaha. Take a note ya pihak muzium..! Kene ada attention grabber.. eceh...!


Para tengkorak yang disayangi. Nak kasi tau ni.. Setiap tengkorak ada label kat bawah dia kan. Macam tengkorak pertama, dari manusia mana, tengkorak dua, dari manusia lain pulak. Dan, 3 tengkorak paling kiri, ada tulis 'replica', tapiiiiii tengkorak paling kanan sekali takde...!! Adakah..~ Ayoooooo Tengkorak paling kanan, adalah dari manusia Homo Sapienz ye.


Gong dari Terengganu.. Sangat retro uolsss...!

Kebanyakan barang-barang ni, adalah dari Tanah Melayu.. Sekitar Perak, Terengganu, Kedah. Johor tak banyak ok.. Sentap..!!!


Inilah dia rangka yang aku cakapkan tadi... Real ok..!! Dan aku mengalami kejadian pelik, dimana, bila aku nak amik gambar kan, lepas je tangkap gambar kat hall ni, mesti camera aku hang hang... Rasa nak campak je, sebelum ni xde pulak buat hal.. Lepas je keluar, masuk hall B, terus ok. See, sangat mengada-ngada..

Masuk hall B, kat sini, semua pameran adalah tentang zaman kesultanan Melayu.


Kepala naga ini selalu digunakan sebagai perhiasan di kepala kapal.. Sangat scary. Macam nak menerkam


Batu apa entah. Acik Buyung sudah lupa. Payah nak sebut lagipun. Kang aku hentam nama bende alah ni, kene rejam pulak.


Patung di belakang aku ni, sepatutnya ada 8 tangan, tapi hanya tinggal 7 sahaja. Satu lagi patah semasa dijumpai. eh, patut ni, yang orang buat pemujaan tu ke..?? Kecik je.. Panjang tangan aku lagi rasanya.. Aku kan manusia bertangan hantu, tak normal..

Kan ku tusuk keris cintaku di hatimu, wahai jejaka kacak. Hahahaha.. Gilo ko Cik Buyung debab


Social party bebeh.. Hahahaha.. Zaman dulu-dulu mana ada club nak bincang bisnes itu ini. So, gambar di atas menunjukkan perbincangan Sultan dan saudagar-saudagar A'rab lah. Ya ante, ya anta, ya muaallim, ya maulana, ya taik unta'.


Hall C pulak, tentang pameran di saat Tanah Melayu di serang penjajah-penjajah Inggeris, Portugis dan Belanda..


Segala mak nenek replika kapal, meriam, senapang, baju perisai yang digunakan oleh askar Inggeris ada dalam ni..


Aku tak tahu kenapa gaya aku macam mummy shrek dalam gambar di atas.. Erghhhh..!!


Pakcik yang gigih menoreh.. Dah bertahun, toreh tempat yang sama je, tak gerak. Yang peliknya, pokoknya ada satu je.


Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu. Classic gituw... Dulu-dulu kan, aku penah cuba naik basikal pattern camni, tapiiii.. adehhhh sakitnya..huhuhu..Tau-tau je la sakit kat mana ye. Macam nak terkoyak uolss.. Ouch...!! lelaki-lelaki, sila tutup mata, jangan baca ye..

Watashiiii Gadis Cantik dess..!!! Hahaha.. Paham maksudnya..?? Kalau budak-budak kelas aku baca ni, mesti malam ni aku muntah-muntah dek disantau.. hahaha. Mereka jeles ok, setiap kali saya kata nama saya Gadis Cantik. Tak sesuai ke ? (Sambil tengok cermin)


Banyak ilmu yang dipelajari hari ini murid-murid. Penat kot jadi cikgu sejarah ni kan. Nak -nak, otak dah berkarat tu, belajar Sains memanjang. Kiri kanan, silinder, kelalang kon, bikar, hot plate, oven, dan segala mak nenek barang la. Warna baju tentera Jepun pun tak dapat nak teka, memang aku campak ko kat landasan LRT nu.


p/s: Berpeluh-peluh menaip entry. Ketiak sudah basah, mahu mandi-mandi, manjakan badan ku yang cekci ini. Eceh...! Sekian sahaja


With love,

Gadis Cantik wannabe.



(hahahaha.. Sempat)



 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review