Thursday, March 10, 2011

Apa Kejadahnya Kau Usha Nenen Aku ?

at Thursday, March 10, 2011
Reactions: 
Aku sudah serik menaiki bas ekspres transnasional dari KL ke BATU PAHAT jam 5 petang..!!

Jika anda adalah pemontot tetap di BATU PAHAT, dan mengada-ngada nak naik bas dari KL, kalau bukan hari cuti, sila lupakan.

Kalau tak, mendapat la kes seperti aku, nenen diushar oleh driver bas.. GRRRRRR...!!!

Pakcik yang tak sedar diri, keranda kata mari, kondo kata pergi ini, sudah berani dan memandai-mandai mengambil kesempatan ketika hanya aku seorang sahaja penumpang di dalam bas..

Dinasihatkan, jangan melayan sangat driver-driver ni, kalau di ajak duduk kat depan je, sila gam punggung tu, tidak usah memandai dengan senyum meleret pergi ke depan, nak terehek-ehek dengan pakcik tu...



Alkisahnya,

Aku dari KL sebab ada interview, dan bas adalah jam 5 petang, jadi disebabkan tak ramai orang, aku gamble je la amik tiket tu, walopun aku dah paham perangai driver tu yang terlebih peramah..

Sampai dekat R&R Kampung Bemban, driver tu pun kata..


Sapa yang nak ke Muar, sila naik bas sebelah, bas ni akan terus ke Batu Pahat


Aku tengok, sorang-sorang penumpang turun, yang hanya tinggal aku sorang..!

Dalam hati aku, idokler memikir yang bukan-bukan. Takde maknanya pakcik tu nak culik aku buat bini dia. Buat perabis petrol bas je, bagai membawa lari 100 tong gas. Dia pun start la enjin bas, dan tegur aku...


Eh, awak, dudukla depan sini, kat belakang tu ada hantu, mari la duduk depan...


Aku memang cuba tolak, tapi dia memaksa-maksa. aku pun mengalah. Mungkin nanti senang nak bagi aku turun dari bas agaknya.. Aku pun angkat beg, terus duduk depan. Lepas tu, dia pun mula la pok pek pok pek.. Aku ?? Menguap..! hahahaha... Giler kurang ajar tau. Tapi memang aku menguap, serius bosan giler cerita die nak mampus...


Tak lama lepas tu, dia bunyi lagi...


Eh, awak duduk depan kat sini boleh tak, sakit la kepala saya nak toleh-toleh ke belakang..


Kat sebaris tempat driver tu, selalunya akan ada tempat duduk untuk co-driver, aku punya bebal dan bengapnya duduk situ.. Ngekor je. Lepas tu dia mula bersuara...

DB - Driver Bongok
CB - Cik Bebal (memang pun..!)


Driver Bongok:Saya nak tanya ni, tapi jangan marah la bla bla bla... awak dah kawin..??
CB:Err belum lagi
Driver Bongok:Ooooo..dah ada boyfriend..???
CB:Dah
Driver Bongok:Orang mana..??
CB:Perlis...
Driver Bongok:Jauhnya.. hehehehe.. Saya nak cakap sikit boleh tak..?? Bukan apa la, ni antara kita-kita je la ye. Harap awak tak marah la, kalau saya kata ni


Aku dah mula pikir dia nak kata apa, sebab masa tu xde orang dalam bas, jadi orang bebal tetiba boleh berpikir apa yang nak dicakap oleh driver bebal itu...


CB:Cakap aje la, apa dia??
Driver Bongok:Takdelah, masa mula-mula saya tengok awak ni, masa pertama kali, macam awak dah kawen. Mintak maap la ye, tapi awak punya badan, payudara awak, bontot awak, punggung awak, semua macam orang dah kawen...


AKU??????


Sudah tumbuh tanduk, ekor, taring, asap-asap dimulut...


What the fuck you uncle...!!! Dalam hati aku, pakcik ni, x cukup bersunat satu kali... Muka aku dah merah padam, tak tahu nak buat apa... Reaksi aku, ketawa dalam sentap...!! Ketawa pontianak..!! Ketawa penyedap jiwa...!!! Lepas tu, dia sambung lagi....


Driver Bongok:Saya ni dik, nak diikutkan memang jahat, jahat sangat..Saya ni, memang dah banyak 'main' dengan perempuan-perempuan masa muda-muda. Tak kira la sape pun, kalau rasa saya suke, saya akan 'main'. Tapi kalau abg 'main' (tetibe jadi abg), abg mest bertanggungjawab, tapi yang penting jangan buat hal, Abg dah banyak kali bertunang, bla bla bla bla...


Time ni aku dah menguap balik... Wakakakaka... Tapi lepas tu dia tanya lagi


Driver Bongok:Awak ade pengalaman macam saya..?? kalau ada, cerita la, kita-kita je...


Bongok tak bongok, bebal tak bebal la ko ni kan pakcik...!!!

Siap tanya aku lagi...


Driver Bongok:Awak takde lagu-lagu best ke dalam henset tu. Mari la bluetooth ke saya... Video video 'best' takde??? (serius die tekankan ayat 'best' tu)... Ala, video-video blue ke, jomla kongsi-kongsi...

Tak cukup dengan tu, siap dia buruk-burukkan bini dia yang tak pandai melayan waktu malam...


Driver Bongok:Abang ni dik, bukan nak cakap apa la, kalau la abang dapat perempuan yang pandai melayan abang, abang balik rumah tu semata-mata untuk tidor je. Nak pandang bini pun buat apa kan, bukan dia nak melayan kita pun, dah puas dapat dengan orang lain..

Aku tak tahula apa dosa aku malam tadi, dapat berjumpa dengan pakcik yang perangai macam 100 ekor babi ni. Aku serik weiii..



4 comments:

uMmI NuR aIn said...

scary muvie tul...
nsb baik ko tk diapa2kan...
pelik tul pkcik tue...
ishh..

Fariha said...

seram ummi oi...daku terpaksa lamelayan, iyekan aje, karang aku ke mana, orang tua tu ke mana, bas ke mana..layan aje, janji smpai rumah

Anonymous said...

giler btol driver tu fafau... sexual harrasment btol..harus ku report polis taw..siyes... da sangap tu..sibbik kmu elok2 saja x d apa apa kan

Fariha said...

tula..taktik tak diapa2kan, adalah melayan aje, kang klo kte buat muka kan, lagila kite tak akan smpai rumah...senyum je, pura2 suke dengn cerite sex die tu...klo tak, daku yang dikekahnye..scaryyyy

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review