Thursday, March 31, 2011

Diberhentikan Kerja

at Thursday, March 31, 2011
Reactions: 
Bukan ahkak ok, bukan ahkakkkkk...! Ni kisah orang lain.. Yuk kepochi hal opis yuk..! Teheee..

Minggu lepas, masa bos takde, borak la dengan opismate aku, nama dia Faizal. Kami ni pekerje berwibawa ok... Depan bos, kemain khusyuk buat kerja, macam tak wujud orang meja sebelah.

Bila tengok bos dah tutup aircond bilik dia, tanda nak keluar opis, hati dah berbunga riang mahu kepochi bersama Faizal... Waaaa, akhirnya boleh bukak mulut. Kalau bos ada pun bukak mulut, tapi berlakon profesional katanya.. Hahahaha.. Gelisssss

Tapi apa-apa hal, kerja aku tetap ikhlas ok, aku bukak pesbuk pun waktu rehat je. Tengok, baik ke tidak. Takdenye orang nak dapat pekerja macam aku ni. Dah la cun kannnn.. Hahahaha..

Bermulanya gosip, selalunya Faizal yang bukak cerita, ahkak tak berani dek non.. Berani curah minyak je dalam cerita tu... ekekeke..

Faizal: Sebelum awak, ade sorang budak yang kerja sini tau... Tapi sekejap je la. Dalam 2 minggu..

K. Peah: Ye ke...?? Tapi kenapa sekejap sangat..??? Tak tahan ke..?? (Curah minyak sikit)

Faizal: Takdelah, bukan tak tahan. Bos pecat...~

K.Peah: BOS PECAT..??????? Sebab ape dek nonnn..???? (Hahaha, aku tak panggil gitu ek)

Faizal: Bos bengang dengan dia..

K. Peah: Bengang..??? Dia mencuri ke..?? Ponteng kerje ke..?? Malas..?? (Minyak dah tuang separuh.. kihkihkih)

Faizal: Ada sekali tu, dia tak datang kerja, lepas tu tak bagitahu sebab apa. Esoknya datang macam takde apa yang berlaku. Tu yang bos bengang tu..

K. Peah: La, sebab tu je kene buang kerje..

Faizal: Ada lagi, dia tu macam blurr sikit la. Lepas tu, angkat telefon pun macam nak tak nak. Suruh kol orang pun tak nak. Malu-malu. Kerja pun lambat..

K.Peah: ASTAGFIRALLAHALAJIIIIMMMMM..!!! (Kebabom..!)


Hahahaha... punya dasyat kalau mengumpat kan. Seronok betul. Takde opismate pempuan pun xpe dah. Yang ada sekarang ni pun boleh tahan mulut nye macam Kak Senah kan...

Kita paling takut kan, kalau-kalau performance kita waktu mula-mula-kerja adalah tidak bagus. Lepas tu tak pasal-pasal, bos suruh sukarela buat surat perletakan jawatan. Dalam hati kita pikir-pikir la jugak, TAK BAGUS KE AKU, KURANG MENGANCAM KE, atau, TAK KUAT KE GODAAN AKU.. hehehe..

Bekerje dengan rajin, hipokrit sikit pun takpe, asalkan tak disuruh berhenti.. Tak gitu Cik Salmah...???



0 comments:

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review