Dengan rasminya, semua bas di Terminal Bukit Jalil, dah berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan yang baru tu bermula 1 March..
Oh ye, terminal ni khas untuk yang nak balik ke arah selatan ye, contoh macam Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor. Kalau ade yang nak balik ke Timur atau Utara, tapi gatal nak merasa terminal baru, sila shuh shuh..!!! Anda berada di landasan yang salah ye.. Hahaha..
Sebelum ni terminal Bukit Jalil tu la yang paling buruk kan, kalau ribut datang ke, dilangar dek garuda ke, dengan sekelip mata je, terus tinggal tapak je kawasan tu.. Very tak kukuh tau..
Aku ingat lambat lagi bas bas ni akan berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan, sebab minggu lepas masih ada lagi, tetiba abang kaunter tu kata, 'Kat sini dah takde bas dik, semua dah pindah...'
Ko kan, bile aku dah angkut semua baju 2 3 beg yang macam batu ni, baru nak bagitahu, bas semua dah pindah, nasib baik abang belakang tu hensem, tak jadi marah, senyum je.. siap mintak maaf lagi.. wakakakaka.. Gadis melayu sangat, padahal dalam hati, "Wat de fish..!" Hehehehe
Terus aku zassss ke Terminal Bandar Tasik Selatan, dekat je dengan Bukit Jalil tu. Besar ok, sesat barat jadinya, nak masuk lorong mana pun, terkial-kial dalam kereta.. Mulut kak peah ko ni, memang tahu komplen je, "Ha sini sini, masuk sini, belok kanan, eh eh, belok kiri, u-turn u-turn...." Hehehe, tension je driver kan..
Masuk je ke terminal, mulut aku ter waaa waaa, terlalu pengak (jakun) sangat kan masuk terminal yang macam airport. Kalah LCCT kooo...mata aku yang macam perempuan kabret ni, bercahaya penuh keimanan, ekekekeke, gara-gara, semuanya nampak baru dan berkilat..
Siap ada lobi pelepasan ok, dan siapa yang nak naik bas sahaja yang boleh lalu lobi perlepasan ni, tunjuk tiket, dan boleh turun eskalator, jadi kalau nak nangis-nangis dan drama-drama dengan yang tersayang, boleh buat depan guard tu..
Sebab, yang tak naik bas, tak boleh lalu lobi perlepasan ni. Sapa yang bawak beg banyak macam aku, merasalah ko senget bahu angkat sorang-sorang di situ...
Kat dalam ni semua kemudahan dah tersedia depan mata, ATM bersepah, kedai makan pun bersepah-sepah, siap ada Kenny Rogers tau, KFC je takde..tsk tsk... Ai suka KFC ye.. Food court, 7E, semua adalah..
Kawasan lobi pelepasan. Setiap syarikat bas akan ade lobi pelepasan sendiri. Jadi yang untuk kali pertama tu, silalah tanya dikaunter, lobi pelepasan mana yang anda patut pergi. Kalau ko beli tiket Transnasional, tapi tunggu kat lobi KKKL, sampai Perdana Menteri bertukar untuk kali ke soploh pun, belum tentu lagi bas ko sampai..
Inilah beg beg saya... Percaya tak aku yang mengangkat sorang beg beg ni...Sila percaya ye.. Mula-mula adik aku yang tolong angkatkan, bile sampai depan lobi pelepasan je, adik aku tak boleh nak turun, jadi guard tu suruh amik troli. Kelas koooo.... Feeling macam nak naik MAS .. Padahal bas ekspress je.. ekekekeke.
Kesimpulannya, saya amat suka dan berpuas hati dengan Terminal Bandar Tasik Selatan.. kalau boleh nak jumpa jodoh kat sinila... (tetiba)... ekekeke..
0 comments:
Post a Comment