Thursday, March 10, 2011

Membebel Kerana Makan Sikit

at Thursday, March 10, 2011

Makan ciput salah, makan banyak kene jeling, tak makan dikata buang tebiat..! Itulah makcik hang tuah yang memang bertuah kerana membelanja anak perempuan molat dia belanja makan meribaun tengahari tadi..

Selepas berperang di dalam kedai kain untuk beli kain baju raya, menujula kami anak beranak yang bam bam ke meribaun.. Macam tau je kan anak naga dia ni tengah lapar tak hengat...


Sampai kat kaunter, nampak gambar nasi lemak... fullammmaaakk...!!! Baru gambar je kan, baunya dah boleh sampai ke kaunter, 'Beli la aku, beli la aku... Aku janji tak gemukkan kau'...

Ceh propa..! aku takkan terpedaya dengan nasi lemak itu... Sampai je depan kaunter,

'Bagi set burger chicken satu (untuk mak aku), dan set NASI LEMAK satu..!!'


Ekekekeke...


Makan punya makan, tak pandang kiri kanan, bom meletup kat luar pun, aku tak hadap, ngap ngap ngap, habis separuh... Lepas tu terasa mual, dah tak lalu makan, padahal bende alah ni, dulu, sekali hadap je, selesai tanggungjawab...

Mak aku tengok nasi yang tak habis tu, die mula bukak kaunter syarahan pok pek pok pek


Rugi betul bawak ko ni gi makan, makan suh habiskan pun tak nak. Susah betul, membazir tau tak. Kalau tahu tadi beli je la seketul dua, tak payahla membazir beli nasi. Mengada je lebih.. Bla bla bla


Pedih tul mendengar... Menjawab la aku kan kalau dah dibebel, menjawab tu perlu..!


Kalau makan banyak, nanti kata anak macam mak badak sumatera la, gajah kembung air la, nanti baju kawin tak muat, mujur anak ibu ni orang dah menjaja bercerita kurus melawa tau... Kalau tak, bertanya la orang keliling, Anak ko mengandung berapa bulan..???

2 comments:

Anonymous said...

ttba rindu nk g mkn marry brown...suke aym dia besar2..sedap meletop2..he3..

Fariha said...

tadi dpt aym goreng yang garing meletup2...setapppp.jom...!!! tapi sedap lagi kfc...hehehehe

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review