Wednesday, October 13, 2010

Chinta Chanduri..

at Wednesday, October 13, 2010

Hari ni aku tengok cerita CHINTA memang gelak saja dengan dialog-dialog diorang..

Padahal tengah scene yang serius, tap dialog dia buat aku gelak terbarai perut

Scene 1:

Dialog antara Fakri, David dan Pembantu David

Fakri baru sahaja keluar dari penjara kerana didapati bersalah merogol Chinta Chanduri 5 tahun lepas. Dia telah datang mencari David di rumahnya..David dan Fakri berkenalan ketika di dalam penjara..

Pem. David: Lu mahu cari sapa ?? baik lu blah sebelum gua hentam sama lu

Fakri: Aku cari David..

David yang berada didalam rumah, mengintai di sebalik tingkap..

David: Hello Fakri, MEMBER SE KANDANG GUA !!!


Member sekandang kooo..Dan dan aku terbarai gelak..Member satu jail pun ada istilah..JAILMATE gitu..huhuhu


Scene 2:

Dialog antara Fakri, David dan GF David

Ketika berbual-bual, David cuba menawarkan pekerjaan pada Fakri

Fakri: Gua ingat gua tak boleh nak join lu la David..Sebab gua ada plan lain..

David: Lu mahu cari itu perempuan tu kan Fakri ??

Fakri: Gua mahu cari Chinta, gua nak kawin sama dia

GF David: Chinta ?? Chinta errrrr..haaa CHINTA KENDURI kan????

David: Haah..CHINTA KENDURI..

Sumpah aku gelak guling-guling sampai terjatuh dari kerusi..


Siapa yang tak tengok memang rugi wooo..Jalan penceritaan memang tak menyakitkan kepala

Tak meleret-leret..

Contohnya kalau ada orang buat jahat pada Chinta (watak utama), sekejap je akan terima balasan

Lepas itu akan ada watak yang lain, buat jahat pada Chinta, tetap akan dapat balasan..

Jadi kapala talak pening nak pikir bila la yang jahat-jahat ni akan dapat balasan..

Aku bagi rate 5/5..walaweiiiii…BEST BEST BEST…

Tetibe aku suka mek Fasha ni..

Dan karakter Adi Putra sebagai Pengawal Peribadi Chinta memang sangat menggugat kesuciaan dara ku ini..hahahaha..

Kau sangat menggoda Ady Putra, lagi-lagi di saat kau layangkan kelembutan rambut jantan mu itu..



6 comments:

Nadira Baharudin said...

hoi..menggugat kesucian dara..ayar x bleh blah ok??

after all aku pun mnat gilo cite nih!!

Fariha said...

hahahaha..aku nak menulis 'kau sudah menebuk kesucian dara ku..' je tad..hahaha

Anonymous said...

hello!This was a really outstanding Topics!
I come from itlay, I was luck to search your subject in google
Also I get much in your topic really thanks very much i will come again

Fariha said...

did u really undertand what i'am talking about here in my blog..?? i dont think so, because i wrote 100% in malay

Fnd Rocka said...

Aku bajet hr ni chinta lak mati.hehe

Fariha said...

mmg pun..mesti ari ni punya episod bnyk adegan sentap2..x cukeeee..nak dia ngn rasul la

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review