Friday, December 31, 2010

Entry Terakhir 2010

at Friday, December 31, 2010 0 comments
Wah..!! Nak masuk tahun baru la uoll 2 jam lagi. Dan aku di malam tahun adalah sangat cantik.

Sangat semangat yaww nak tengok konsert.. Tu pun kalau tak hujan la, kalau hujan, nangissss..!

Aku adalah tak suka tahun baru.. kerana


1. Umur meningkat..!!!! tsk tsk tsk. I love to be a sweet 16 girl..huhuhu.. Sila muntah..!

2. Takde boiprennnn..!!! Lagi dasyat yawww..

3. Azam tahun lepas untuk memikat hati Mr A belum tercapai.. hahahaha (mati aku kalau dia baca ni)

4. Kene bina azam baru iaitu memikat hati Mr A sekali lagi.. kihkihkih...

5. Tahun depan, makin banyak persoalan dari cik Kiah dan cik Joyah. "BILA NAK KAWIN..?"

6. Makin banyak tengok member-member kawin.. Sakit hati oh..! Tak boleh ke tunggu aku lepas dulu...??? Ni tak, gatai nak menikoh.

7. Semestinya, yang terakhir, masuk tahun baru, AKU MAKIN CANTIK..!!!! hahahaha. Ni korang la yang tak suka, bukan aku. Ni bukan aku yang tulis, tangan aku jalan sendiri..dah tahan-tahan dah xnak kasi tulis ayat tu, tapi kebenaran pasti terbukti.. hikhikhik. Lempang..!


SELAMAT TAHUN BARU UOLSSS..!!!

Semoga azam korang untuk mendapat jodoh yang mengancam berjaya.. muahahahaha


Thursday, December 30, 2010

Cerita Abang Teksi

at Thursday, December 30, 2010 2 comments
Aku ada benda nak cerita pada korang. Terjadi pada aku sendiri. Motip cerita ini adalah kerana aku nak bagi pesanan ye, JANGAN OBSES DENGAN LELAKI KACAK... Tapi aku suka lelaki kacak. Camno tu...???


Petang tadi, lepas aku balik dari kelas, selalunya aku dengan member-member akan tunggu bas. Tapi jari ni, cun cun je weoll nak sampai dekat bus stop, bas baru je pergi. Nak tunggu bas yang seterusnya, memang berjanggut la. Tapi, tunggu la kejap, dengan harapan menggunung ada bas lagi.


Tunggu punya tunggu, aish...! tak boleh jadi ni, jadi aku pun suruh kawan aku tahan teksi. Maka ramai la yang berebut-rebut kan. AKu perempuan cantik, takkan berebut dengan perempuan tak cantik. MUAHAHAHAHA...!!!


Bila manusia-manusia dah mula kurang, member aku pun tahan la satu teksi ni. Ok, bila aku cakap pasal pemandu teksi, selalunye, apa yang terbayang dalam kepala korang. Kalau aku, pemandu teksi ni, sama ada buncit, tua, botak, dan beruban, dan seangkatan dengan nya yang sepadan la.. Senang kata penampilan yang hanya akan buat aku muka ketat sahaja. Kalau nak tanya destinasi, lagi la kan, kemain masam lagi muka aku.


Lepas kawan aku tahan, teksi ni kemain laju lagi. Aku ingat tak nak berhenti, tetiba, eh berhenti la.. mesti dia perasan akan ada penumpang cantik akan naik. huhuhu.. Sapa ek..??? Entahlah... Hahahaha. Lempang sekejap. Disebabkan teksi tu berhenti paling dekat dengan aku, aku pun berlari la kan nak tanya, karang kalau lambat, sure kene kebas teksi aku.


Bukak je pintu, nak cakap direction, nak ke mana. Dan aku telah....aku telah




OMG....!!!!!!


ADAKAH AKU SEDANG MELIHAT DRIVER TEKSI SEIRAS SHAH RUKH KHAN SEKARANG INI...?????


Tak pun AMIR KHAN...???

Tak pun ARJUN RAMPAL...???

Tak pun AKSHAY KUMAR...????

Tak pun Mr A yang muka ala-ala bangla itu...????


Kenapa muka kau seperti ini....?????


Dan aku telah gagap disitu...!!! Cisss



" Er er... T T T TPM Kolej..??? "


Ohh..!!! Rasa nak tampar je mulut ni juta-juta.. Mak tension-setensionnya nok nampak jantan ni. Dan aku telah menepis semua orang duduk di belakang, AKU NAK DUDUK DEPAN..!!


Hensem kot muka kau...!!! Uhhh...aku tak boleh kawal. Nak tumbang nak tumbang..! Tetiba kemain ayu lagi aku. Senyum bukan main meleret lagi. Mak aku pun boleh pengsan tengok keayuan anaknya ni. Sah sah dikata aku buang tebiat...! Hati berbunga-bunga siap tambah air pancut lagi. Selalunya nak balik ke asrama tu, bukan main lama lagi, kali ni, eh kejap nya dah sampai...???? Muka tak puas hati kan kenapa sekejap sangat. Baru nak bahagia. Selalunya sengsara. Hahahaha


Bila dah sampai bilik, aku terpikir. Huish...! tak boleh jadi ni. Aku kene bersuara. Aku akan hantar surat kepada pengusaha-pengusaha teksi melarang amik driver yang hensem-hensem. Kene penumpang yang ade penyakit macam cik buyung ni, tak pasal-pasal headline surat kabar keluar 'Cubaan Penumpang Menggoda Pemandu Teksi Semakin Berleluasa'...Huhuhu... Kalau semua pemandu teksi hensem macam ni, semua penumpang wanita, hilang arah tujuan jadinya. Masing-masing pakat jual kereta, pergi kerja amik teksi sajok. Setiap hari masuk pejabat, hati memang berbunga-bunga la kan. Kualiti kerja pun makin berbaloi-baloi. Bos pun manyak senyum..! Hahahahaha.. GILO..!




Wednesday, December 29, 2010

Penuh Dengan 'Hehehehe' Part 2

at Wednesday, December 29, 2010 0 comments
ni je gmbr yg terbaik. hoho.. sile tag kwn2 len keyh ;))
entri coming soon sbb byk g,br nk edit.. hehe :P
rajin2 tagged sendiri.. huhu
boleh copy n paste. pahtu edit kat photoshop sbb sy dop reti nk edit2.hahaha :))



Setelah membaca sepintas lalu aya-ayat diatas, dan aku telah OH MY GOD...!!!!!!


Ni lagi satu ayat yang penuh dengan 'hehehehe'. Cerita benar ye ni uollss.. Saje aku copy bulat-bulat, biar ade kesedaran sivik sikit..

SAPE ADE PETROL DAN MANCIS...??????

Aku nak bunuh diri...!!!

Erghh..!!! Pantang betul aku.. Emosi kau ada satu je ke ???? Kau nak aku betulkan emosi kau ke ??? Meh aku ajar, macam mana nak rasa konfius, nak rasa terkejut, nak rasa takot, nak rasa sedih..!! Dan jugak, NAK RASA BUNUH DIRI...!!

Tuesday, December 28, 2010

Saya Tidak Ada Bulu Dada

at Tuesday, December 28, 2010 0 comments
Sedang aku mencari-cari idea untuk update blog, sekali terjumpa gambar-gambar ini.. Cute ohh...!!! Ada yang geli ???? Yang lelaki, tak rasa tercabar ke..??? hehehe.

Fakta Cik Buyung: Setelah perbincangan di buat di antara gadis-gadis, kami tak suka dada yang ber 'ehem-ehem'.

Malu nak cakap ayat penuh...Ehem, kasi lempang laju-laju... Fakta ye..!! So pliz jangan simpan-simpan.. Weoll geli, nanti teringat-ingat sampai ke malam. Kalau la dapat suami macam tu, aku PAKSA ok, kasi tarah..! Macam terasa memeluk mamalia lain...



Bentuk apakah..??? Transformers uollsss... mantap ah..!

Yang ni bentuk bra. Pun I likeeee...!!!! hihihi



Well, aku nak story kat uollss, sebab bila aku tengok bulu bentuk bra ni, aku teringat cerita seseorang.. Agak sensored sikit, tapi...ah..masing-masing dah besar, nak tapis-tapis pun apa guna.. Ye tak..???

Kalau tak nak baca, sila tutup, kalau rasa gatal nak tau, boleh skroll bawah...


Kawan aku ada cerita, kawan dia ni nak kawin. Dan beberapa minggu sebelum tarikh perkawinan, si bakal pengantin ni adelah mengutarakan sebuah permasalahan yang pada dia sangat besar. Sesuatu yang akan memalukan diri dia sendiri pada malam pertama nanti. Jadi si sahabat ni, pelik la, kenapa nak runsing..?? Apa masalahnya..?? Tak ade dara kah..??? hehehehe. (ni aku reka). Si sahabat yang mengambil berat ni pun, bertanya, apa masalah yang besar sangat tu kan. Si bakal pengantin menyatakan yang dia tak normal macam wanita lain. So, apa yang tak normalnya kan..??? Wanita itu cukup sempurna.


Aku tetiba tak nak cerita uollsss.. Boleh..???? Kalau ada yang request, aku akan cerita. Karang ade yang mengata aku membuka aib orang pulak... Well, apa-apa pun apa pun kelemahan kita, anggap itu satu anugerah. Mungkin pada orang lain takde, pada kita, Allah bagi extra pulak...

Bertazkirah pulak aku hari ini.. Eh ada lagi tau gambar bulu dada unik. Tapi, maafla, yang bulu bertocang, xde pulak contoh kat sini..



Terasa malu pulak dengan gambar atas ni, sebab cerita tergantung aku tu, nak sama kes dengan pattern kat atas ni la.. hikhikhik


SUPERMAN..!! Yeah yeah...


Sekian sahaja persembahan dari bulu dada kami..


p/s: hak hak hak.. Macam nak lempang je..


Monday, December 27, 2010

Bukan Main Gedik Lagi..!

at Monday, December 27, 2010 0 comments
Ye, kita ade ratu gedik yang baru, pantang nampak kamera zoom je, lentik bukan main..

Betul uollss, ade sorang tu, mula-mula macam sotong, gaya orang patah pinggang, camera zoom je, zaaaaassssss senyum meleret, part punggung tu la x boleh tahan kan, terus kasi up..! Wah, ko tengah feeling Tyra Bank ke nok ???? Yang aku pulak, eh eh budak ni, ade lagi rupanya yang lagi gedik dari aku...



Well, lagi korang gedik, lagi aku suka bebeh, kite xnak sampai patung tugu negara pun lebih berstyle dari kita. No no no...

Aku memang betul-betul tak tahu mereka ini sama cetak seperti aku. Camwhore...!!! Aku amik gambar pakai camera handphone pun, kembang kempis hidung masing-masing... Kecut-kecut pipi masing-masing.


Aku sedang mencuba untuk menjadikan budak lelaki camwhore tegar seperti budak perempuan. Khas untuk budak lelaki kelas aku, awas kamu..!! aku akan jadikan kamu semua lentik seperti kami.. (erk ???? hehehehe)


Err maksud aku, janganlah lentik sangat, sapa pun nak rasa sepak je kan... lentik yang keras ye anak-anak jantan ku sekalian...




Eh eh, gambar perempuan ni pun ade la.. Ni memang wajib, kalau xde, memang adelah sesuatu di situ kan. Kalau tak ada, sama ada dia dah gemuk, xpun tengah meroyan laki hilang la tu... See, muka manyak heppi, badan masih maintain.. oh 'bahagia' sebenarnye... hehehe
Grrrrrrr !!!!!



p/s: aku tak ade bende nak update sebenarnye. Sampai satu tahap sudah ketandusan idea.. OH TIDAK....!!!!!


Saturday, December 25, 2010

Kisah Rahmat & Peguam

at Saturday, December 25, 2010 0 comments
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, "adakah anda sudah berkahwin?"


Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.


Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin


Rizal : Sekali sahaja.,


Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,


Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?"



Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan


Peguam : Erkk..


Friday, December 24, 2010

Berlenggang ke Mid Valley & Jom Heboh

at Friday, December 24, 2010 2 comments
Harap maaf, dalam seminggu ni, sudah 4 entri tentang jalan-jalan. Ada sesapa yang menyampah..?? Menyampah tandanya cemburu. Wakakakaka. Ate, mak aku suruh balik pun, aku terasa, eh aku ade kampung ek..?? Hak hak hak. Dasar anak durhaka..! Takde duit baru terasa rindunya la kan pada makcik hang Tuah... Hahahahaha. Tetiba rindu makcik hang Tuah.. Ehem ehem...!! Tetiba macam rindu yang dibuat-buat. hahaha

Kali ni kami bertiga, Acik Minachi, Acik Buyung dan Acik Fiza Tombam ke Mid Valley. Aku yang memaksanya nak pergi. Sebelum ni aku dengar je kan pasal Mid Valley ni. Besar la, gedabak la, boleh sesat-sesat la. Besar nya sampai ko buat drift dalam tu, x sampai hujung bangunan, minyak kereta sudah habis. Betul ka ??? Pagi-pagi kemain malas lagi nak bangun. Acik Fiza paling semangat sekali kan. Aku baru nak capai gayung, die dah sengih-sengih nak gerak.

Weoll naik komuter dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley, dan manusia-manusia yang wujud adalah super ramai. Lepas tu bertolak-tolak. Nasib la aku ni kental orangnya, ko tolak aku, aku tolak ko balik. Biar gedegang penyek kat pintu..!

Pagi-pagi, seri muka pengantin tu ada lagi. Bila part berebut-rebut, seri kemana, manusia ke mana. Nyahh ko..!! Hidup kat KL tak boleh mengalah.. Kene keras ko..!! Kalau tak senang-senang je orang nak tepis kau. Kadang-kadang yang tepis aku tu, makcik-makcik kan, lagi la bengang aku memuncak. Dahla makcik, perangai macam ahli gusti.

Dalam pukul 1, sampaila kami ke Mid Valley, dan aku yang pertama kali tengok Mid V, ni adalah VA VA VA VA...!!! Standard ko gabungkan 4 shopping mall kat batu pahat tu kot. Kat batu pahat tu, pejam celik je kan, kalau yang ni, ko tinggalkan aku sorang-sorang, seminggu x jumpa jalan pulang.

Cari makan dulu sebab lapar. Cik Buyung teringin makan hotplate, dan mereka layankan aje perempuan tak mengandung ini. Bukan kempunan pun, lebih kepada mengada-ngada mintak sepak.. Itulah aku. Hak hak hak...! Habis koo aku makan, jangan main-main.

Well, ade beberapa kedai makan dalam foodcourt tu sendiri, mahal bukan main lagi. Kitorang pilih tempat yang harga standard je. Boleh la... Walopun kat Batu Pahat, harga sizzling tu baru RM 5.50, tapi kat Mid V adalah RM 8..!!! Kalau air pulak, dulu biasanya adalah RM 1.50, tapi sekarang adalah RM 3..!! Welcome to KL bebeh..


Acik Fiza Tembam ada hendak membeli hadiah dekat kedai sport. Jom la gerak, sambil mengusha-usha jejaka yang aktif..! hahaha. Memang mengancam. Kepala aku dah macam CCTV, mata aku pulak macam scanner, menilai mereka-mereka itu atas bawah. Kalau ada yang kacak tu, terus tettt tettt tettt tettt tettt..!!!!! Hehehehe gatai.


Sementara menunggu Acik Fiza Tembam membayar, menggedik dulu. Lama kot tunggu dia. Kau membayar ke, ko merompak dalam tu. Ke ko tengah potong line aku..?? Ciss..!


Lepas je beli barang sukan, weoll window shopping saje, Cik Buyung sangat sedar diri ketika ini ye, kalau tengah banyak duit, hilang pedoman aku di situ. Hilang arah pun ye jugak. Bila tengah kopak, jadi manusia sekejap. Hak hak hak..! Jalan-jalan sekejap, lepas tu ade nampak decoration untuk krismas, ade teddy bear besar-besar. hadiah besar-besar, terus tarik mereka seperti orang gila untuk bergambar.

Ada pokok krismas yang sangat tinggii.....Tingginya boleh sampai ke tingkat 3. Macam mana la gamoknya diorang masukkan pokok tu kat pintu utama. Semua bende adalah giant. Dan aku boleh feeling gadis genit di situ.. Hehehehe


Kemain lagi aku bergambar, orang lain dah pandang-pandang je kan, perempuan ni nak kene lempang agaknya baru sedar diri. Dari tadi dia, lepas dia, dia, lepas tu, dia balik. DIA DIA DIA...!


Kenapakah rupa aku sangat spastik waktu ini? Acik Fiza Tembam la ni, time aku tak ready, dah snap.. GRRRR...!!

Kepada Ummi: Oooo, kemain lagi kata aku gedik ek.. Meh aku kasi gedik lagi. Kau tengok la gambar yang seterusnya. Ada rasa nak santau aku tak ? Wakakakaka


Hahahaha. Peliz... Lagi dihalang, lagi tonggek aku bergambar. Tyra Bank pun boleh resign tengok gaya aku. Sila geli...! hehehe. Weoll gerak balik kira awal jugakla, dalam pukul 3, sebab aku dah bising nak ke Jom Heboh. Pertama kali aku pergi jugak ni. Sebelum ni feel dalam tv je kan, sekrang boleh tengok live..! Dekat je dengan hostel aku. Jadi tak payah susah-susah nak amik train lain untuk balik.

Muka manusia penat..! Tak larat dah sebenarnya. Tapi berjaya mengentalkan diri berjalan-jalan mengharung godaan artis ensem... hehehe. Diorang ngurat I uolss. Sila percaya. Ada awek kat sebelah pun, dari jauh boleh main kenyit-kenyit mata dengan aku.


Ada pameran kereta Ferrari ko...!! Oh ye, nak cerita, setiap kereta ada model yang akan berdiri sebelah kereta ni tau. Dan model untuk kereta merah ni, muka adalah super duper berlagak. Macam taik..! Tau la kau penat, tapi kau di bayar untuk senyum. Kalau tak tahan, jangan amik kerje tonggang tonggek ni. Buat sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit semuanya lah. Yang kereta satu lagi, elok je model nya walaupun kereta dia suam-suam kuku aje. Kau ingat, rambut karat kau tu cantik..??? Macam berus sental periuk nenek aku aje.

Jalan-jalan jauh sikit, ternampak pulak booth BIOTECH CORP, saya sayang BIOTECH CORP sebab itu saya kasi semangat di sini. Hehehehe. Elaun bulan ni tolong kasi cepat sikit ek... ERK ??? Hahaha. Ada Fauziah Gous uolss..! Dalam tv, xdelah nampak cantik mana, bila secara live, omak aih, Cik Buyung pun boleh jatuh ranking kalau macam ni. Cantik gila muka dia, badan solid kemain.

Patutla Iqram Dinzly suka. Iqram pun, dalam tv biasa-biasa je, tapi depan-depan..! Melayang-layang jiwa den dibueknya.. Ehem-Ehem..! Jangan rapat sangat, aku jeles ni. Aku tak amik gambar artis banyak-banyak pun sebab tak larat. Bila dah puas hati, masing-masing balik dengan muka ketat. Sampai bilik je terus terkangkang. Penat gila kot..!


Thursday, December 23, 2010

Ke Balai Seni Lukis Negara Pula

at Thursday, December 23, 2010 0 comments
Aku ada lawatan dekat sana secara besar-besaran, bezanya weoll tak pakai baju sekolah. Kalau tak mesti aku dah tak tunjuk muka kat dunia ni lagi. Tinggal je bawah jambatan. Aku tak suka lawatan macam kat sekolah tu..


Motip lawatan ni? Well, instructor aku cakap, orang yang berpemikiran sains ni kadang-kadang kene berkarya, kene berseni, kerana, orang sains ni selalu akan jadi kuli pada orang seni. So, kira cara ni nak menjadikan kita lebih kreatif, dan mampu jadi bos BESAU.



Sehari sebelum tu weoll dah diingatkan supaya sampai tepat jam 9.30 pagi. Ate, kene pergi sendiri koo.. Dahla jauh dari Bukit Jalil nak ke tempat ni. nak berebut-rebut dengan orang yang nak masuk kerje lagi. Suke membuat badan aku naik muscle tau.. Acik tak suka..!

Tak suka, tak suka pun, muka manyak sengih.. Sebab boleh jalan-jalan. Takla asyik pandang dinding kelas je, orang gila pun mampu bunuh diri kalau macam tu. Balai Seni Lukis Negara buka pukul 10, jadi serapan-serapan dulu. Kemudian ada taklimat sikit.

Bila instructor ni nampak aku amik gambar, bergaya kemain, cepat-cepat dia buat announcement, 'Dalam gallery, no camera allowed. No one can take picture'


Cisss..!! Macam tau-tau je.. Jadi semua gambar diambil secara pukal di kawasan lobby sahaja uollss. Aku sedih..!! Tak dapat bergambar, boleh parkingson jadinya.


Tepat pukul 10, main door pun terbuka, dan melawat ke gallery yang ada. Tempat ni, ada 3 tingkat. Setiap tingkat ade 2 gallery. Gallery bawah sekali ada banyak sangat lukisan yang mahal-mahal. Riban-riban ko.. Harga mengalahkan bunga hutang Along. Kami ditugaskan untuk pandang dan feeeeeellllll lukisan tu. Serius aku x pandai. Aku boleh komen sama ada cantik atau tak cantik. Tu je.



Tapi, memang aku akui mereka ni sangat kreatif. Even atas aluminium pun diorang boleh melukis. Ko lukis orang atas kertas pun, nampak macam gorilla, kalau atas aluminium??? Tenuk gamoknya.



Masuk gallery yang kedua plak. Yang ni sumpah group kitorang bising. Semue gambar yang ditunjukkan, adalah wrestler. Ala, ahli tinju tu.. Ada pulak otromen ketot. Budak lelaki la yang beriya benar tu.. Ooo korang, dalam kelas muka serius innocent, sampai aku tertipu, sekali masuk tempat ni, habis tembelang pecah. Ada ke diorang request wrestler perempuan..!! Dei Yennadei..!!!


Bising sangat sampai kene tegur kot dengan mak guard dan pak guard. Malu uollss. Then kene warning pulak dengan instructor kitorang. Tsk tsk tsk. Lepas tu terus behave.

Masuk ke tingkat 2, tak ada pameran lukisan, ada gubahan-gubahan oleh penggiat seni. So, setiap gubahan tu akan mempunyai cerita tersendiri. Kat tepi tu, ada la explaination, tapi aku pemalas gila nak baca. Banyak kot. Kalau baca yang ni, yang dekat aras tadi mesti lupa balik. Wakakakaka

Berada 2 jam di dalam tempat tersebut, buat aku weng weng seketika. Seni ni memberatkan rupanya. Ko sedut tenaga aku ke apa. Keluar je dari gallery, masing-masing lembik ke main. Tak mampu berpikir dah. Bila di tanya, best atau tak, respond adalah yilekkk..!!! Dengan aku aku pun yilekk..!

Dekat luar best. Hehehe. Boleh shopping cenderamata yang cantik. Aku ingat nak belikan untuk si gendut, tapi tula, kat sana aku boleh pulak x ingat, dah sampai hostel baru menyesal. Lukisan yang dijual kat luar ni pun, super mahal...!!!

Muka dah tak tahan nak balik... Bagi aku yang bukan peminat seni, agak boring kot. Sesapa yang suka melukis. Boleh la..nak tengok-tengok. Satu lukisan, ko tenung setengah jam. Sampai lukisan ke 10, pak guard halau balik. Bagus..!!!


Wednesday, December 22, 2010

Penuh Dengan 'Hehehehe'

at Wednesday, December 22, 2010 2 comments

' Hai uolsss. hehehe.. Buat apa tu.. Ha, mesti tengah merendek bawah pokok kelapa kan.. Hehehe. Dah mamam belum? Cik Buyung mamam banyak tadi. Hehehehe. Tu yang cik buyung naik 2 kilo minggu ni. Hehehe. Cik buyung nampak giant la. hehehe..'


Di atas adalah lakonan semula versi cik buyung ye.. Aku ni dikire golongan manusia kejam yang cube memperkotak katikkan penulisan blog orang lain.. Tapi serius, kali ni aku bukan saja nak memperkotak katikkan, malah aku nak BAKAR terus blog dia...


Ni adalah cara terapi terbaik untuk membuang hehehehe tu ye..
Pertama kali aku adalah mengalami super duper gila tension bila aku baca blog orang. Kenapa? Kau bayangkan, dalam satu baris ayat, berapa banyak hehehehehe daaaa.. Wei, badut pun boleh bunuh diri tau baca blog dia. Inikan pulak aku, manusia yang bermuka Mr. Bean..! Mr Bean pun boleh geleng kepala.


Pada dia memang kelakar la, pada aku..???? Rasa nya, ko pehal nak ketawa ??? Aku tak ketawa pun.
Bukan sesetengah ayat je tau. Hampir semua..! Giler kentang punya hebat kan boleh buat setiap ayat kelakar. Aku pun tak sehebat kau.


Ataupun kan hehehe dia tu membawa maksud 'Aku cuba membuat ayat kelakar, tapi tak kelakar, tapi, cube la kau ketawa untuk kekelakaran ni ye ??


Gitu ke maksud kau ..???


Nasib baik aku baru baca satu entry kau penuh dengan hehehe, kalau aku baca dari awal sampai akhir, aku dah telan racun tikus kot sekarang ni. Naktahu blog sapa ? Nak aku kasi link ?? Tak payah la. Nampak noo aku kejam pulak kan.. Perempuan cantik tak kejam uolsss..



Ok now, aku ketawa hehehehehehe, harap-harap, kau berhenti la tulis hehehehe tu dalam blog ye. Aku dah ketawa pun. Punya payah nak paksa hehehehe aku ni keluar. Sesekali keluar hehehe tu, normal la. Tapi bila dah sampai tahap satu ayat hehehehe 2 3 kali tu, memang aku suspect ko termakan ubat sawan overdose.



Aku bukan nak kondem, ni apa yang aku rasa sebagai pembaca. Aku selalu tanya member-member, apa yang kau rasa bila kau baca blog aku, bagi kritkan maut sikit supaya aku boleh baiki. Ada yang suruh aku kurangkan unsur lucah, tapi, yang tu korang suka baca kan. Cet...! Tak suka konon, dalam hati dah boleh bina taman bunga kot.


Eh, kalau aku buat hehehe tu kan, mesti korang akan hantui aku dalam mimpi kan. Sebab jadi penyebab korang mati gantung diri.

Tak nak uolllss, hantu kuat berangan aku sendiri pun sudah diluar kawalan..!


Tuesday, December 21, 2010

Jalan-Jalan di Taman KLCC

at Tuesday, December 21, 2010 0 comments

Selepas kepenatan di dalam PETROSAINS, acik kene amik udara segar sikit.. Belajar Sains selama 2 jam ko, sewel kejap otak ni.. Dekat luar KLCC ni kan ada air pancut, tapi masa weolls datang, air pancut nya tak nak keluar. Ate sampai bilanya aku kene tunggu ni..??

Minachi: Air pancut nya tak keluar la Fa

Aku: Alooooo..Dah tu bilanya nak keluar ni ? Kan dah petang ni...

Minachi: Tak tahu la. Masa orang datang dulu, dalam pukul 5 lebih macam tu la.

Aku: Cantik ek ???

Minachi: Takpun..~


Citt...!!! Cara menunggu dan kekecewaan minachi terhadap air pancut tu, macam lawa bebeno.. Ku tertipu. tsk tsk tsk

Sebab x dapat tengok air terjun, weoll pun jalan ke depan sikit, tengok budak-budak mandi.. Budak tau, bukan bapak budak..!


Pipiku montel tak agak-agak. Aku teringat, dulu ade pernah si gendut mandi kat sini. Kemain dia tau. Macam anak gorilla jumpa air.. Dulu masa kecik-kecik, mandi kat sini selamat la, sebab airnya parat kaki je. Aku ingat lagi, gendut baru umur 2 tahun kot, jalan pun x betul lagi, adik aku tinggalkan die kat kolam renang. Pada orang dewasa, x la dalam, tapi pada gendut, air paras pinggang kot. Jalan pun masih jatuh. Jadi bayangkanla, kalau die terjatuh, tentu-tentu la lemas.


Aku adalah seperti pelangi di waktu petang. Center of Attraction gitu. Kalah minachi..

Nak andi..! Nak andi..!

Boleh jugak berpiknik kat sini. Masak-masak kat rumah, pastu bawak tikar, mangkuk tingkat dan segala mak nenek baju untuk mandi manda. Untuk yang budak-budak ye je. kadang-kadang mak budak yang over benonya.. Kalau 10 mak budak yang mandi ?? Tak ke malam tu diorang terpaksa menambah 10 lori air Indah Water ???


Berlatarbelakangkan KLCC.. Alamak, x nampak pulak KLCC nya.. Perasan tak sejak akhir-akhir gambar aku macam mana..??

Hurm..Macam mana ek..??? Makin mengancam kot...! Hak hak hak. Silakan sepak aku laju-laju..

Pose ngengada Cik Buyung pada bulan ini adalah seperti ini.. Hahahaha. Banyak lagi yang akan menyusul. Lepas ni adalah aksi mulut ternganga. Ala macam iklan Victorea Secret tu.. Mengancam tak..?? Hak hak hak..


Taman ni bersih je, Jadi nak duduk kat mana-mana pun rase selesa. Kalau sesetengah taman tu, boleh sampai nampak bekas orang meludah yang minggu lepas punya. Yeark...!!!


Diakhiri dengan gambar cik buyung yang kemain happy di samping kereta barunya.. Hehehehe. Kenangan di waktu usia tua ni.. JOM BALIK..!! Eh, jangan naik ramai-ramai kereta baru aku ni, karang tak lepas bonggol, satu hal pulak nak mengangkat..!


p/S: Eh Cik Buyung..! Bukan masa ni kau beriya tahan teksi tapi teksi taknak berhenti lepas nampak muka kau







 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review