Sunday, October 31, 2010

Dilema Seorang Gadis

at Sunday, October 31, 2010

Lokasi : Supermarket

Watak Utama: Seorang gadis- Anggun, bertubuh langsing, bermata bundar, pipi bagai pauh di layang, hidung terletak bak seludang dan lenggok gaya seperti puteri kayangan.. *erk ! macam over la pulak...tapi..ahhh!! bantai..ni cerita aku

Ketika di rumah, si gadis melihat barang-barang dapurnya sudah habis..Tiada apa lagi untuk dimakan..Sebagai seorang anak dara, dia memang sering memasak dan mengemas rumah..Ye..beliau sangat rajin, sangat cekap melakukan kerja rumah...Sebab itulah ramai yang cuba masuk meminang, tetapi ramai sang lelaki yang sudah kecewa kerana gadis tu menolak mentah-mentah...

Mahu tak mahu, si gadis harus keluar untuk membeli barang-barang. Puas beliau memikir, ke mana harus dituju..Fikir dan fikir...Tingggg!! Sambil sebuah mentol menyala terang di otaknya..

'Pergi Wellward sajalah..Itu yang terdekat', ngomong nya dalam hati

Si gadis mencapai kunci motor, dan keluar.. Tidak lupa juga untuk mengunci pintu.. Almaklumlah..ramai benar mat rempit yang berkeliaran menaiki motor yang tak semenggah di kawasan rumahnya. Selalu lah si gadis diganggu oleh mereka...Setakat siulan nakal chuutttt chutttt chutttt, sudah lali benar di cuping telinga.. Naik rimasssss kadang-kadang.. Si gadis tidak menghiraukan sangat gelagat mereka yang seperti manusia berotak di kepala lutut.

Si gadis memulakan perjalanan. Cilok sana, cilok sini, akhirnya sampailah beliau di hadapan pintu pasaraya. Lalu si gadis meletakkan motornya betul-betul dihadapan pintu masuk. Berjalanlah beliau berlenggang-lenggok, lemah gemalai ke dalam pasaraya. Langkah kaki si gadis menarik perhatian beberapa jejaka comel di situ sambil didalam hati memuji-muji beliau.

'Walaweiiiii...cun siottt !!!'

Begitulah kata pujian yang terbit didalam hati setiap kaum adam yang memandang. Termasuk juga laki orang. Tak ketinggalan pokcik-pokcik yang tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari.

Disebabkan banyak barang yang perlu di beli, si gadis mencapai sebuah bakul yang terletak di sudut penjuru supermarket. Beliau pun berjalan-jalan memerhati setiap barang yang disusun di rak. Bila rasa barang tersebut diperlukan, maka diambil diletak didalam bakul. Si gadis sempat mengambil roti, jem coklat, telur, cucur adabi, dan beberapa barang lain. (terpaksa diperibadikan, hehehehe)

Sudah tiba masa untuk membayar, maka berjalan la si gadis menuju ke kaunter. Tibe-Tibe si gadis berhenti... Seperti ada sesuatu di pemikiran beliau. Si gadis betul-betul berdiri diantara dua kaunter. Serba salah dibuatnya. Begitu buntu pemikiran si gadis. Ke kaunter manakah yang patut dituju. Dua-dua kaunter mempunyai cashier yang comel. Yang ini comel, yang belah sini pun alahaaaaiiii...cukup menggoncang jiwa, menggetarkan raga.. Yang manakah pilihan si gadis ??

Memang benar, si gadis mempunyai masalah mental dengan jejaka comel, sehingga cashier comel mana yang harus dituju pun, kene pikir lapanpoloh kali.. Bagaimanakah agaknya mental sang gadis tatkala memilih calon suami ? Pada pendapat anda, siapakah gadis yang bermasalah mental ini ?






2 comments:

Anonymous said...

cacat la mu fa wei...hikhik~!!

Fariha said...

kahkahkah..sesoka hati panggil aku cacat tau...

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review