Monday, December 20, 2010

Saya Sayang Abang Petronas...

at Monday, December 20, 2010
SEBAB ITU SAYA KE SINI...!!!



Hak hak hak, Memang tajuk entry Cik Buyung kali ni, agak keterlaluan sedikit. Keadaan sudah mencapai status janda desperate..!


You can see that bola-bola manja ??? Yesss, Cik Buyung wat at PETROSAINS uollsss. PITAM DULU..


Ini adalah tanda cintaku untuk abang petronas yang kacak-kacak, bahawasanya Cik Buyung menghargai jasa mereka dengan melawat ke Petrosains. Ecececeaaaa.


Sejak aku berada di KL ni, jaaaaaalan memanjang.. Cuti nya hari Sabtu, hari Isnin dah terpikir-pikir nak pergi mana. Hehehe. Dan hari jumaat adalah hari paling bersemangat berbincang dengan member-member, nak pergi pukul berapa, nak pakai baju apa. Malam jumaat duduk depan almari, pikir selama setengah jam, baju mana yang nak dipakai biar tak nampak macam pakaian angkasawan..!


Seperti biasa, cik buyung akan bangun lagi awal seperti biasa, nak pergi kelas pun tak seawal tu uollss.. Dah cantik-cantik tu, ketuk pintu bilik member dan 'Dei minachi.. chalooo..!'



Weoll naik LRT sahaja. Acik xde kereta, sila guna kemudahan yang ada. Kereta free, driver free, tambang bayar. Laju pun laju kan..

Mak, nak encingggg...hahahaha (Eh.! bukan tau)


Kepada yang mana-mana tak tahu, Petrosains terletak dalam KLCC. Ada yang tak tahu ke ?? ko sekolah ke tak ni ha ?? Tula, dulu-dulu cikgu buat rombongan, tak nak ikut. Kemain menggatal cari pakwe kat kantin kan. Aku lah orang itu. Hehehehe


Saya pergi dengan ini minachi . Why minachi ?? Sebab dia selalu perasan yang dia lagi cantik dari saya. Tiap kali dia perasan cantik, saya seperti nak terjun bangunan. Serius..!


Sampai-sampai je dekat KLCC, perut dah lapar gara-gara menerjah ribuan lautan manusia, muka pun dah macam singa. Nak nak, semalam, ada sorang manusia perut buncit tu teringin makan KFC, apa lagi, kasi terjah..!!!

Saiz ayam di dalam gambar dan di alam sebenar adalah berbeza ye uollsss.. Kenapa dalam ni nampak besar, saja nak bagitahu aku la perempuan perut buncit tersebut.


Setelah makan ayam, inilah hasilnya..!!!!

Sesapa ada bawa petrol dan mancis tak ? tsk tsk tsk

Lepas je mamam, terus ke PETROSAINS. Naik lift, zaaaasss ke tingkat 4. Ramai gila ko.. Nak jalan pun, langgar-langgar dada dulu.. Hehehehe. Apakah ?? Di sini, sudah banyak kali aku ternoda.. Disebabkan pertama kali pergi, tak tahu arah mana nak dituju, nampak je orang beratur, cepat-cepat kitorang beratur.


Ingatkan diorang nak beli tiket, rupanya nak naik gondola masuk ke Petrosains. Dan dekat tempat tiket takde orang beratur langsung...!!!


Tak ke pelik..

Nampak tak kakak belakang aku tu? Yang baju hitam. Rupanya kene tempah tiket dulu uollss sebab terlalu ramai yang masuk. Nak tahu giliran kitorang pukul berapa. Pukul 4..! Ate kau gila nak suruh aku tunggu selama tu..??


Gila-gila pun, aku amik jugak..hehehe. Tapi dekat kaunter bayaran, lain pulak jadinya, ada orang cancel kan tiket, jadi dapatla masuk pukul 1.. wehooo. yabeda bedu..!!!


Sementara pukul 1, kita jalan-jalan diluar dulu, jual muka..! Hak hak hak. Kot kot ada engineer, x ke tuah datang sedebukkk pada koo namanya...


Rakam pendapat anda tentang nanoteknologi...
Dan..itulah pendapat kami.. Sengal..!

Acik suka touch touch skrin ni.. Tu yang menggatal meng touch segala mak nenek computer.. Kat luar ni pun, ada beberapa orang yang tengah buat demonstration pasal nanotechnology. Aku ni bengap, x paham sikit, terus blah.. Hahaha. Tak minat la.. Tak best pulak tu orang yang bagi demonstrasi kat situ. Kasi yang kacak sikit la oii..


Pukul 12.30, weoll pun beratur. Kemain panjang lagi. Dengan pelawat yang bawak baby stroller lagi. Adoii la.. Dengan budak-budak yang nagis lagi, rasa nak lempang memang memuncak. Budak-budak sekarang dah terlalu manja. Ko tengok si gendut tu, kecik-kecik tak menyusahkan hidup pun, kalau budak-budak ni jadi anak aku, siapla..!!

Nak masuk ke petrosains tu, kene naik bende alah ni. Nama dia gondola kalau tak silap. Best ko..! Maximum naik adalah 6 orang. Yang gemuk sikit, 4 orang. hehehehe. Sesuka hati aku je.. Tema bende alah ni, Merentasi Masa. So, bila ko naik tu, kiri kanan akan tunjuk dari mula-mula bumi ni wujud sampai la jadi negara maju. Cantikk...!!!! Gambar tak de sebab x boleh menggedik atas ni. Karang terbongkang pulak gondola tu..!


Muka gembira sebab dah selamat naik gondola. Seram kot bende alah tu. Kene naik bukit segala.. Ni adalah bahagian nanotechnology. Motif letak tangan situ ? Tak tahu la labu...


Lepas tu, masuk ke ruang yang ada pameran zaman purba. Ada abang dinasour uollss..! Abang ni boleh nyanyi lagi.. Tangan boleh gerak-gerak lagi.. Rasa nak cubit-cubit je pipi kau, Abang DInasour. Cik Buyung rase kau sangat comel.. Kat sini, macam dia kasi intro la, macam mana petroleum terbentuk semua, sampai boleh terhasilnya minyak kenderaan yang kita guna sekarang... NEXT...!

Kita masuk area angkasa pulak.. Pun best..! Cik Buyung adalah berebut-rebut dengan budak-budak kecik sebab nak test satu-satu. Peduli apa aku, aku besar, ko kecik. Nyah ko..! Mana boleh mengalah uolss..Ku tak tahu motif basikal tak berfungsi ini.. mesti diorang lupa letak bateri. Weii..! basikal ni dah kiokkk la..



Mrs Sheikh Muzaffar to be.. Ececeaaa..

Kita bermadu la ye Dr..... Er.. Sapa nama perempuan tu? Tak ingat sudah..
Ini pun aku berebut..!! Harap maklum.. Dah balik hospital agaknya budak tu. wakakakaka..

Makkk..!!! Hantu Kak Limah..!! Larikk...!!!!

NEXT..!!!

Ini adalah platform olok-olok. Aku nampak bende alah ni, kemain suka lagi. Beriya-iya aku tarik tangan minachi pergi amik tiket.. Ni bukan sekadar platform minyak je tau, ada helikopter lagi. Aku dah hentak-hentak kaki nak naik heli, tapi tak tahu nak naik macam mana. Nak tanya, malu.. Last-last, dengan keazaman yang tinggi, dan beberapa lempangan padu di muka, tanyala juga.

Alah senang je uollss..! Amik tiket kat kaunter je.. Mr Bean pun boleh buat.


Bende alah belakang tu la helikopter nye. Bukan terbang pun, dia macam kasi effect la sikit. Contoh, macam tengah-tengah udara dilanggar petir ke, akan rasa la terhentak-hentak tu.. kecut perut jugak naik bende alah ni.

Muaahhh..! Saya sayang abang petronas. (tetiba..hehehe)

Keluar aje dari helikopter, kami sudah berada seperti diatas platform sebenar.. Tak best sebenarnye platform minyak ni ek ?? Penuh dengan besi. Shopping komplex tak ada ke bang ??



Ada gelongsor uollss kat sini. Dan aku telah naik.. Hehehe, xnak la tunjuk gambor. Acik malu..!! Sebab suara acik la yang paling kuat menjerit gara-gara terpusing secara membulat dalam tu.. NEXT..!


Masuk bahagian kereta-kereta pulak. Ada kawasan yang boleh main game uollss. Tapi yang naik semue budak kecik. Takot pulak, bila aku request nak naik, ada yang menegur, 'Berat tidak melebihi 50 kg ye'

Akakkkk jugak yang sentap sensorang..


Di dewan pameran yang terakhir, ada tayangan 3D selama 15 minit. Disebabkan aku ni jenis nak try semua, aku angkut minachi masuk sekali. Bayar 2 hinggit..! Mahal kot. 50 sen dah la kan..hak hak hak

Apa ko ingat nak masuk toilet Cik Buyung..???

Lepas je tengok tayangan 3D ni, kene naik gondola sekali lagi untuk mencari jalan pulang serta ketenangan.. Oh, aku tak boleh belajar lama-lama. 2 jam di dalam ni pun sudah buat aku stress..! Nasib baik la ade abang yang kacak sebagai penenang jiwa.. hehehehe

Itu sahaja dari kami, Cik Buyung dan Minachi..!

4 comments:

Anonymous said...

minachi haaaa??

Fariha said...

terkejut kah wahai minachi ku sayang..muahahahaha

Anonymous said...

of kos le terkezutttt...hahaha

Fariha said...

eleh, buat2 terkezut je tuh. dah tau cerite die akan keluar

Post a Comment

 

BeLoG CiK BuYuNg Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review